Lazada Malaysia

Friday, December 13, 2013

Home » 11 Disember 2013 - Berakhirnya Sebuah Persahabatan

11 Disember 2013 - Berakhirnya Sebuah Persahabatan

"Kalau kita tak suka seseorang yang suka pada kita, terus-terang sahaja. Jangan buat orang menanti. Jangan cuba-cuba nak uji sampai dia terbukti benar-benar suka kita. Jangan sampai libatkan kedua-dua keluarga. Jika pasti tidak suka, katakan saja tidak suka. Jika suka, katakan suka. Sebab kita tidak tahu mungkin Allah akan membalas kembali perbuatan kita membuat orang ternanti-nanti. Buat orang menanti dengan harapan palsu adalah berdosa. Bila orang terluka, kitalah yang menzalimi orang. Doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah. Jangan sampai Allah pula uji kita dengan seberat-berat ujian. Jangan sampai Allah makbulkan doa orang yang dizalimi kita. Jangan sampai Allah buat kita pula yang ternanti-nanti seseorang yang kita nak. Belajarlah dengan tegas berkata, "Ya" atau "Tidak". Istikharahlah juga sebelum memberi jawapan."

"11.12.13 - Cantik sungguh tarikh ini. Banyak orang suka tarikh ini kan. Tetapi bagi diriku, tarikh ini benar-benar merubah kehidupanku 100%. Tarikh yang mana diriku betul-betul terasa kesunyian di malam hari tanpa ditemani peneman setiaku selama ini. Walaupun memori itu masih tersemat dalam hati dan mindaku, saya berazam saya akan jadi wanita yang paling kuat di dunia ini. Saya berjanji tidak akan buat kawan-kawanku sedih lagi dengan kesedihanku malam semalam. Wahai cinta idamanku sebelum ini, pergilah engkau jauh-jauh dari hidupku. Saya berjanji saya akan berhenti menangis mulai sekarang kerana saya tahu saya boleh melupakan segala memori pahit manis bersama kamu, Mr.M. Ayuh Solehah, kamu boleh! Chaiyok!"

Insan mana yang sanggup menahan kesedihan setelah dialah menjadi penawar dan pembuka pintu hati yang tertutup selama 3 bulan. Dia datang bagaikan cahaya dalam hidupku. Tak disangka, saya menyangka dia merupakan madu dalam hidupku tetapi ... Pada 3 Januari 2013 yang lepas, saya masih teringat tarikh ini bagaikan tarikh yang mengajar saya erti kesabaran. Dan sekali lagi pada 10 Disember 2013, peristiwa sebegini berulang kembali dalam hidupku. Orang yang selama ini saya percaya dan tunggu, rupanya... Sekejap saje masa berlalu, tak menyangka peristiwa ini akan datang kembali dalam hidupku.

Sebelum ini, saya memang pengikut setia Fb Mr.M. Apapun dia buat, saya boleh tahu. Kerana saya ada "sense of humor" yang membolehkan saya tahu apa yang orang saya sayang buat. Suatu hari, saya teringin nak selidiki seorang perempuan ini. Saya cuba untuk cari penunjuk yang tepat kerana sejak-sejak ini saya meragui Mr.M. Saya add Wechat perempuan itu dan bagaikan terasa ada kaca dalam hati ini kerana perempuan itu bagitahu yang dia adalah "Bakal Tunang Mr.M". Ya Allah, bukan main terkejut bila saya tau. Saya tak mempercayai kata-kata perempuan itu pada mulanya, jadi saya cuba bertanya Mr.M adakah betul apa yang perempuan tu bagitau. Dan bagai lagi menusuk-nusuk tajam hatiku pabila Mr.M mengiayakan apa yang perempuan itu bagitau. Air mata tangisan meluncuri pipiku. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Pasti ramai yang tanya kenapa Mr.M sangat bermakna buat diriku. Ini adalah :
  • Dia pembuka hatiku selepas diriku diuji oleh pernikahan mengejut Mr.A. Apakan daya, Mr.A mengkhianati semuanya. Setelah 3 bulan saya cuba untuk memulihkan hati, tiba-tiba Mr.M datang dalam hidupku. Semuanya datang di saat saya baru mula menggunakan WeChat.
  • Mr.M adalah lelaki pertama yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa dengan saya. Sudah 2 kali kami berjumpa. Sejujurnya, sebelum ini saya tak pernah jumpa lelaki.
  • Mr.M adalah friend pertama dalam akaun Wechat, Line dan Tango saya.
  • Mr.M adalah lelaki pertama yang tunaikan impian saya untuk menonton wayang bersama.
  • Mr.M adalah lelaki pertama yang saya keluar bersama.
Apa yang lebih teruji lagi, pabila saya berada di kawasan yang pernah menjadi tempat persinggahan kami dulu membuatkan airmata saya tiba-tiba mengalir... :'(

Awak ;
Kenapa sebelum ini awak tak bagitau saya yang awak dah berpunya? Kenapa awak tak jujur? Kenapa awak diamkan semua ni? Kenapa awak buat saya macamni? Kenapa awak tak berani bagitahu? Kenapa awak? Kenapa? Awak terlambat bagitau di saat saya dah mula sayang awak... :'(

Awak bagitahu saya yang awak akan bagitahu semuanya ketika awak nak bagi madu yang saya order tu nanti. Awak nak tahu, bila awak dah balik nanti dan awak jumpa saya untuk bagi madu yang saya order tu, pada haritu juga saya nak celebrate birthday awak. Awak tahu tak, awak dah hancurkan semuanya! Saya kumpul duit Nuffnang saya semata-mata saya beli hadiah birthday untuk awak. Tapi apa guna hadiah ni lagi? Saya nak bagi siapa?! Awak masih nak juga bagitahu semuanya waktu tu ke? Dan hati saya makin hancur, pada hari selasa yang lepas awak boleh tanya saya lagi bila nak jumpa awak untuk bagi madu tu. Awak, simpan sajelah madu tu. Saya tak nak... :'(




Awak masih ingat lagi dengan lolipop atas ni? Lolipop tu masih saya simpan sehingga sekarang dan saya tahu awak dah makan. Selama awak tiada di sini, saya selalu tengok keychain lolipop ni. Tapi apa gunanya keychain ni sekarang? :'(


Sebelum ini, saya ada buat solat istikharah dan tak menyangka yang mimpi saya memang benar. Mimpi tu menunjukkan saya bagaimana untuk mengetahui siapakah Mr.M yang sebenarnya. Allah menjawab persoalan saya dengan menunjukkan petunjuk yang Mr.M tak akan jumpa saya dengan tangan saya sendiri untuk pertemuan selepas ini. Ya, saya yang batalkan pertemuan nanti kerana saya tak nak jumpa Mr.M. Apa guna jumpa sekali lagi setelah saya tahu Mr.M dah berpunya?... :'(


Bermula dari saya taip permulaan entri ini sehingga ke penghujung entri, airmata saya mengalir deras. Selepas ini, tiada lagi ucapan "Take care awak", "Jangan balik lambat" dan "Goodnight" daripada saya untuk awak.  Dan juga selepas ini, tiada lagi kisah diantara saya dan Mr.M dalam blog ini.



Lagi 18 hari sahaja lagi tahun 2013 ingin melabuhkan tirai sebelum memasuki tahun 2014. Berbagai-bagai peristiwa yang berlaku tahun ini dan menguji liku-liku harianku. Mengajar diriku erti kesabaran serta mematangkan pemikiranku. Mengajar diriku tabah dan mampu memaafkan sesiapa yang pernah melukakan hatiku. Ya Allah, berikanlah sinar kebahagian untukku menjelang tahun 2014. Untuk tahun 2014, diriku sudah bersedia untuk memaafkan insan yang pernah menguji kehidupanku tahun ini. Daku memohon pada-Mu, ya Allah. Kurniakan diriku sekeping hati yang mampu memaafkan orang dan bukannya hati seorang pendendam. Aku hanyalah insan biasa.

"Andai buruk daging itu, buruk lah seluruh jasadnya. Andai baik daging itu, maka baiklah seluruh jasadnya. Dan ketahuilah bahawa sekeping daging itu adalah hati, baik hati kita, baiklah seluruh jasad kita."

7 sweet comments:

Lynn Munir said...

Sabarlah Solehah, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

sheda ucu said...

sedihnyaaa sabar ye syg bila allah tarik seuatu dari kite pastinyaa dia akan gantikan ngan sesuatu yg lebih baek.. insyaallah

Cik Nur™ said...

Faham keperitan yg solehah alami..apapun moga soleha tabah,,,anggap semua ni adalah pengalaman yg mematangkan kita...

sabar yea solehah...

Liniey Nor said...

solehah..bykkan bersabar k..liniey tau mmg sakit bila kena cmni..tapi nak t cmne kn..ini takdirNya..insyaAllah ada yg lagi baik dr mrM tuu..smile k :) *hug*

Liana Sulaiman said...

sabar ye

Chic Na said...

sabar solehah.. jadikan iktibar utk ms depan.. semua tu ujian utk jadikan solehah lebih kuat.. stay strong k..

Deqla Manjew said...

sedihnye.. akk sendiri pernah rasa perasaan yg solehah lalui ni.. byk2kan bersabar dan berdoa memohon ketabahan hati dariNya.. sesungguhnya hanya Dia maha mengetahui.