Lazada Malaysia

Wednesday, September 26, 2012

Home » » Tips : Dukan Diet " Diet Cara Kate Middleton "

Tips : Dukan Diet " Diet Cara Kate Middleton "

Pernah dengar mengenai Dukan Diet dan ingin kurus seperti Kate Middleton? Untuk pengetahuan semua, Kate Middleton pernah menggunakan Dukan Diet ni sebelum majlis pertunangannya dengan Putera William. Diet dan rutin senaman Kate Middleton mendapat banyak publisiti semasa majlis perkahwinan diraja. Sehingga kini Kate Middleton kehilangan banyak berat badan. Berat badan Kate Middleton kini adalah £ 130 (58.967kg) dengan ketinggian 5'10 inci (177.8cm).

Dukan diet sebenarnya dicipta oleh seorang doktor dari Perancis iaitu Pierre Dukan. Dukan diet ini mempunyai 4 fasa iaitu :

1. Attack Phase
(Fasa Serangan)

Dalam fasa serangan, diet terhad kepada protein sahaja. Walaupun hanya putih telur merupakan protein tulen, daging tanpa lemak, ikan, makanan laut, ayam dan produk tenusu tanpa lemak juga boleh menjadi sumber kepada protein tulen. Protein akan menyebabkan kita berasa kenyang. Korang boleh mengikut diet ini selama 2-7 hari bergantung kepada berapa banyak berat badan yang korang ingin kurangkan. Lagi lama korang berada dalam fasa ini, lagi banyak berat badan akan dikurangkan.

2. Crucial Phase
(Fasa Penting)

Dalam fasa ini, diet protein semasa fasa satu tadi diselang-selikan dengan sayur-sayuran hijau atau yang siap dimasak. Korang boleh menyelang-selikan kedua-dua jenis makanan ini (korang boleh makan sayur-sayuran seberapa banyak yang korang hendak). Ini membantu dalam membakar banyak kalori. Tapi, protein dan sayur-sayuran ini tidak diboleh dicampur dalam satu hidangan. Jadi, makanlah macamana yang korang mahu. Pagi makan protein, tengah hari makan sayur ke. Kekalkan peringkat ini sehingga mencapai sasaran korang. Dengan kaedah ini korang akan kehilangan satu paun untuk setiap 5 hari. 

3. Consolidation Phase
(Fasa Penyatuan)

Ini adalah fasa yang menyebabkan badan rasa release. Dua fasa sebelum ini merupakan fasa yang sangat tegas tetapi pada fasa ketiga, badan kita tidak akan rasa terlalu tertekan. Dalam fasa ini, korang boleh menambah 2 keping roti dan satu bahagian buah-buahan dan keju ke dalam diet korang. Selain itu korang juga boleh menambah 2 hidangan karbohidrat. Tindak balas berbalik, korang dinasihakan untuk berada dalam fasa ini selama 5 hari bagi setiap 5 pound korang hilang semasa fasa 2. Dengan memudahkan badan korang kembali ke tabiat makan biasa, ia juga membantu menghalang semua berat badan yang hilang daripada kembali.

4. Permanent Stabilising Phase
(Fasa Menstabilkan Tetap)

Fasa ini adalah di mana bermulanya semula kehidupan normal. Makanlah apa sahaja yang korang inginkan , tetapi hanya mengambil makanan yang sihat. Tetapi, sehari dalam seminggu, korang kena kembali ke fasa pertama tadi (terhad kepada protein).

Ha, macamna? Dah tahu kan cara-cara untuk berdiet bersama Dukan Diet. Apa lagi, jomlah sama-sama amalkan Dukan Diet ni untuk mendapat berat badan yang ideal dan langsing seperti Kate Middleton. Selamat mencuba! :)

9 sweet comments:

Si Matatajam said...

Menarik gak Dukan Diet ni yek..dulu kak M kerap gak wat diet protein ni..

Cendol said...

oh malasnye nak berdiet!haha biarlah kate saje yg diet.hihihi
sys ape khabar?sorry ye lame tak singgah sini

dya bunga said...

first time dgr dukan diet..huhuh

Mrs Velentine said...

ada baca tentang ni semalam..

Cik Nur said...

bagus info ni solehah.. :)

Chic Na said...

cik na nak tambah berat badan. petua plisss. ;)

Pn. Sheila@CC said...

mcm2 diet ada... y ptg kita disiplin semua boleh jd... InsyaAllah..

Deqla manjew said...

sis deqla x penah diet la.. kalo boleh nk gomok...hihi

Amy Amira said...

tu la selalu org malaysia buat atkins diet je,tp kalau x bersenam buat atkins diet mmg akan kena penyakit batu karang,serangan jantung dan buah pinggang,tp sy cuba dulu dukan diet ni,bila berat dah turun sikit baru sy cuba diet2 yg lain,yg ptg kena workout dan disiplin,atkins diet pulak kalau x ada disiplin mmg kena penyakit2 yg dkt atas tu la