Lazada Malaysia

Friday, January 6, 2012

Home » Tutorial : Cara Memasang Kotak 'Followers' dan 'Comment' untuk Classic Template

Tutorial : Cara Memasang Kotak 'Followers' dan 'Comment' untuk Classic Template

Assalamualaikum dan hai semua pembaca blog.

Hari ini saya senang hati sangat sebab saya sudah berjaya membuat kotak 'followers' dan 'comment' untuk blog saya. Al-maklumlah, sesiapa yang menggunakan classic template kena pandai main code blog dan hebat dalam susun atur blog. Akhirnya percubaan saya selama ini tidak sia-sia. Oleh disebabkan saya berjaya membuat kotak 'followers' dan 'comment' ini, jadi saya inginlah kongsi serba sedikit caranya. Sila rujuk cara-cara nya di bawah ye :

Tutorial Memasang Kotak 'Followers'

  • Mula-mula sila layari google.com/friendconnect.
  • Di bahagian 'Overview', sila klik 'Add the members gadget' dan pilih la mana-mana yang anda rasa patut buat.
  • Kemudian di akhirnya, klik 'Generate Code' di bahagian 'Create the HTML code' dan 'copy code' tersebut.
  • Bukak bahagian 'Template' blog anda dan klik 'Edit HTML'.
  • 'Paste' code tersebut di mana-mana yang anda kehendaki dan klik 'SAVE TEMPLATE CHANGES'.
Yeayyy dah siap!


Tutorial Memasang Kotak 'Comments'

  • Klik butang 'Setting' -> Comments.
  • Kemudian pilih 'Pop-up window' di bahagian 'Comment Form Placement'.
  • Kemudian klik 'SAVE SETTINGS'.
Yeayyy dah siap!
Itu sahaja. SELAMAT MENCUBA...

3 sweet comments:

9n0L4 said...

nice sharing. sesuai utk newbie. :)

Polcadot girls♪ said...

tekan link tu tak kene bayar ke? saye bace terms tu dye kate kene bayar 1,000$ ..betulke?

Solehah Shamsuddin said...

@Polcadot girls♪ yunk, skrg ni mmg kena bayar.lagipun tuto ni dh lama sy buat.jadi dlu2 free utk blogger