Lazada Malaysia
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts
Showing posts with label Shila Amzah. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

Kemenangan di dalam Asian Wave 2012 merupakan suatu kemenangan yang sangat bermakna buat Shila Amzah untuk tahun 2012. Tahniah Shila Amzah untuk kemenangan ini. Shila Amzah berjaya mengalahkan peserta lain yang turut serta dalam Asian Wave 2012. Dikatakan superstar suatu ketika pada pusingan awal, Shila Amzah buktikan dirinya adalah terbaik antara 12 penyanyi yang bertanding dalam final Asian Wave 2012. Media-media di China masing-masing membuat liputan mengenai Shila Amzah yang berasal dari Malaysia yang berjaya menjadi juara Asian Wave 2012 dengan lagu Cina. Shila Amzah, anda memang terbaik!



Tajuk Lagu : Forever Love
Nyanyian Asal : Lee Hom


Tajuk Lagu : Set Fire To The Rain
Nyanyian Asal : Adele


Tajuk Lagu : Gemilang
Nyanyian Asal : Jaclyn Victor


Persembahan Penuh Shila Amzah

Shila Amzah, congrates!...

Thursday, August 9, 2012

Shila Amzah Mengambil Keputusan Untuk Terus Bertudung


Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, penyanyi popular Shila Amzah telah mengambil keputusan untuk memakai tudung. Menurut laporan daripada sebuah blog hiburan tempatan, Shila atau nama sebenarnya Nur Shila Amir Amzah mengakui bahawa dirinya telah 'berhijrah' dan akan terus mengekalkan imej bertudung.


"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung.


Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung. Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.


"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.


Sumber : Yahoo Malaysia