Lazada Malaysia
Showing posts with label Olimpik 2012. Show all posts
Showing posts with label Olimpik 2012. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

Bryan Nickson Lomas Gagal Mara Ke Separuh Akhir Terjun 10M Platform




Kesilapannya kian ketara pada terjunan ketiga, ketika membuat percubaan gaya terjunan ‘back 3 1/2 somersault, beliau mendapat 29.70 mata menyebabkan kedudukannya merosot ke tangga ke-26. Bagaimanapun, pemenang gangsa Sukan Komanwel 2010 New Delhi itu memperbaiki kesilapan untuk mencatatkan 74.25 mata pada terjunan keempat, 96.35 mata dan 84.60 mata masing-masing pada terjunan kelima dan keenam. Pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, Bryan menduduki tempat ke-26 daripada 28 penerjun dalam acara sama dengan mengumpul 384.45 mata. Jadi secara umumnya sudah berakhir cabaran atlit Malaysia di Sukan Olimpik London 2012 kali ini dengan tersingkirnya Bryan, Malaysia kekal dengan satu pingat perak dan satu pingat gangsa.

Sumber : Portal Sukan

Friday, August 10, 2012

Keputusan Akhir 10M Platform Wanita Individu Sukan Olimpik 2012

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong membawa berita gembira dengan menambah satu lagi pingat gangsa dalam temasya Sukan Olimpik 2012 dengan menduduki tempat ketiga final acara 10m platform individu wanita di Pusat Akuatik, London, sebentar tadi. Pandelela memungut 359.20 mata dalam persaingan yang berakhir sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia). Dalam acara itu, emas dimenangi oleh Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang perak dibawa pulang oleh Brittany Broben dari Australia (366.50 mata). Dengan kejayaan penerjun muda dari Sarawak ini, Malaysia setakat ini telah mengutip dua pingat pada Sukan Olimpik 2012.

EMAS: Chen Ruolin (CHN) - 422.30 mata
PERAK: Brittany Broben (AUS) - 366.50
GANGSA: Pandelela Rinong (MAS) - 359.20






Tahniah Pandelela Rinong Anak Pamg!

Thursday, August 9, 2012

Keputusan Perlawanan Akhir Keirin Individu Lelaki Sukan Olimpik 2012


1. Great Britain
2. Germany
3. New Zealand
3. Netherlands
5. Australia
6. Malaysia

Atlet Malaysia : Mohd Azizulhasni Awang


Nama: Mohd Azizulhasni Awang
Tarikh Lahir: Jan 5, 1988
Acara: Keirin Lelaki (Berbasikal)
Kelayakan Terdahulu: Beijing, China (2008)

Kemenangan pingat gangsa dimenangi oleh dua atlet yang bertanding dari New Zealand dan Netherlands dan tiada kedudukan tempat ke-4. Malaysia tewas dalam acara ini. Tidak mengapa Azizulhasni Awang. Walaupun anda tewas dalam perlawanan akhir ini, sekurang-kurangnya anda layak ke perlawanan akhir. Anda adalah salah satunya wakil dari Asia untuk perlawanan akhir ini. Kami bangga dengan anda! Kepada atlet Malaysia yang lain, teruskan usaha anda untuk terus berjuang mendapatkan pingat untuk Malaysia. Malaysia boleh!