Lazada Malaysia
Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Antillia (Rp 9,2 Triliun) - Rumah Paling Mewah Dan Mahal Di Dunia


Assalamualaikum.

Berikut ialah penerangan mengenai Antillia :
  • Berlokasi di Mumbai, India.
  • Rumah ini memiliki 6 tingkat tempat letak kereta untuk menampung 168 keretanya, jakuzi, gim, tempat luncur ais, bioskop peribadi dengan kapasiti 50 tempat duduk, tempat mendarat helikopter, kolam renang, Kuil Krishna, bar, perpustakaan dan dua tingkat pusat kesihatan.
  • Seni bina yang indah dengan tradisi unik dari India yang biasa disebut Vastu Shastra. Amat susah menggambarkannya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana indahnya seni bina dalam rumah ini.
  • Rumah ini mempunyai 27 lantai dan seluas 40.000 meter persegi yang juga dikenali sebagai ‘The Taj Mahal of the 21st Century’.








Inilah pemilik sebenar rumah ini; Mukesh dan Nita Ambani.

Friday, July 27, 2012

Kota Jodhpur, India - Kota Berwarna Biru


Jodhpur, adalah bandar kedua terbesar di negeri Rajasthan, India. Terletak 335 kilometer (208 mil) barat dari ibu negeri Jaipur. Dulunya ia dikenali sebagai Marwar. Jodhpur adalah destinasi pelancongan yang popular kerana ada banyak istana, tembok pertahanan dan kuil-kuil.


Kota ini dikenali sebagai “Sun City” kerana cuacanya selalu cerah sepanjang tahun. Kota ini juga disebut sebagai “Kota Biru” kerana banyak rumah bercat biru di sekitar Fort Mehrangarh. Jodhpur terletak berdekatan dengan pusat geografi negara Rajasthan, yang membuatnya menjadi tempat yang senang untuk dikunjungi oleh pelancong. Kota tua Jodhpur dikelilingi oleh tembok batu tebal.


Mengapa penduduk Jodhpur mengecat rumah mereka menjadi biru? Banyak orang yang tidak tahu mengapa alasannya. Namun sebahagian mereka percaya bahawa itu berhubungan dengan sistem kasta yang berlaku di India. Ini bermaksud bahawa kelompok Brahmana adalah yang pertama kali mengecat rumah mereka dengan warna biru untuk menandakan kedudukan mereka dan membezakan mereka dari kelompok yang lain. Tapi para penduduk pun mengikuti mereka. Mereka mengecat rumah mereka dengan warna biru. Sampai sekarang warga Jodhpur tetap mempertahankan tradisi ini.