Lazada Malaysia

Saturday, March 14, 2015

Home » » Tutorial : Edit Gambar Instagram Versi Saya

Tutorial : Edit Gambar Instagram Versi Saya

Assalamualaikum.

Sebenarnya tutorial ini sudah lama diminta oleh dua orang follower Instagram saya. Oleh kerana kekangan masa saya yang sibuk dengan belajar, jadi harini saya cuba untuk buat tutorial ini khas untuk mereka berdua. Tutorial ini pernah diminta di SINI dan di SINI. Bukan ini saje mereka pernah minta, ada juga yang lain pernah minta di tempat lain akan tetapi saya sudah lupa. Maaf kepada yang saya sudah lupa. Tanpa berlengah masa, saya akan ajarkan korang bagaimana saya edit gambar seperti di bawah ini.


Untuk style gambar di atas ini, saya edit menggunakan apps Square InstaPic-No Crop HD. Selepas install apps ini, buka apps ini. Kemudian di dalam setting apps ini, korang boleh pilih samada nak pilih Gallery, Camera ataupun Collage. Jadi korang klik pada Gallery. Pilih gambar yang korang nak edit. Selepas itu, di dalam setting apps ini ada icon seperti "teardrops". Klik setting tersebut dan nanti boleh adjust kadar "blur" gambar. Adjust "blur gambar" sehingga kosong. Save gambar. Dah siap! Simple sangat. Selepas itu, share gambar ke dalam Instagram. Dah tak perlu crop gambar pun.


Untuk style gambar di atas ini pula, saya edit menggunakan apps 100 Bokeh Effects. Mula-mula, edit gambar dengan menggunakan tutorial Square InstaPic-No Crop HD di atas ini. Kemudian, install apps 100 Bokeh Effects. Selepas install apps ini, buka apps ini. Klik pada "Open Gallery" yang ada dalam apps ini. Pilih gambar yang korang nak edit. Setelah pilih gambar, klik pada setting berbentuk "bintang" yang ada dalam apps ini. Ada 100 jenis efek bokeh yang korang boleh pilih. Setelah pilih, save gambar dan dah siap. Senang sajekan. Selepas itu, share gambar ke dalam Instagram. Dah tak perlu crop gambar pun.

Terkadang saya terfikir kenapalah sebelum ini gambar orang dalam Instagram ini semuanya cantik. Rupanya hanyalah dengan menggunakan apps editing dalam App Store. Alahai, mudahnya nak cantikkan gambar. Yang lain, jom cuba.

2 sweet comments:

ezyra taharin said...

saya akan edit gambar untuk blur kan sikit jerawat yang ada kat muka hahaha.. btw klik 3 DIGI untuk awak^^

lelamaisara said...

oh..baru tau..nanti nak cube jugak la...lagi cantik no gambar...kan...:)