Lazada Malaysia

Sunday, January 4, 2015

Home » » Resepi : Flower Pot Ice Cream

Resepi : Flower Pot Ice Cream

Assalamualaikum.

Atas kehendak ramai yang teringin nak buat flower pot ice cream ini, dengan rela hati terbuka saya post resepi aiskrim flower pot ini ke dalam blog saya. Resepi ini sangat mudah kerana tidak perlu menggoreng, merebus ataupun sebarang aktiviti memasak. Jom cuba, jom cuba. Mudah sangat.



Bahan-Bahan

1. Pasu bunga saiz dan jenis seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.
2. Cawan polysterin (beli yang saiznya muat dimasukkan ke dalam pasu ini).
3. Aiskrim jagung (perisa terpulang pada kehendak individu).
4. Biskut oreo.
5. Daun pudina (sebagai hiasan).


Langkah-Langkah

1. Mula2 ambil pasu dan masukkan cawan polysterin ke dalam pasu. Sila pastikan cawan polysterin betul-betul menutup ruang tepi dalam pasu sebab nak elakkan aiskrim cair dan keluar meleleh ke lubang bawah pasu.
2. Lepas itu, ambil aiskrim jagung dan masukkan ke dalam cawan polysterin tadi. Aiskrim jangan terlalu banyak sangat sebab nanti nak tabur biskut oreo di atas aiskrim.
3. Kemudian hancurkan biskut oreo dengan tangan dan taburkan di atas aiskrim.
4. Letakkan daun pudina di tengah atas sebagai hiasan umpama ada daun yang sedang tumbuh.
5. Siap. Mudah, ringkas dan cepat. Cubalah rasa. Sedap tidak terhingga. Selamat mencuba.

3 sweet comments:

Unknown said...

sedap nampak ^_^ http://ijahoney.blogspot.com/

Nyna nieyna said...

huwaaaaa nak tryyyy .. slalu nina buat float je .. eskem campo ngn air coke ..

ezyra taharin said...

simple sangat resepi nya hehe...thanks share