Lazada Malaysia

Thursday, January 29, 2015

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) REGISTRATION SLIP FOR MARCH SESSION 2015

Assalamualaikum.

Sebenarnya nak dijadikan cerita, sekarang ini saya sibuk dengan persediaan MUET saya. Subhanallah, rasa takut tu tidak boleh bayangkan sekarang ini. Maklumlah, dah lama tak belajar Bahasa Inggeris. Tergagap oitt... Dan yang best, MUET saya ini bermula sebelum waktu sibuk belajar saya.


Semalam saya saje2 buka laman web MUET dan terpampanglah semua di atas ini. Pergh dah boleh print slip MUET ke. Jadi cepat-cepatlah saya masukkan IC dalam ruangan.


Ambik nah... Sekali jadual MUET betul2 yang keluar. Ya Allah, biar betul apa yang saya tengok ni. 11 Februari saya dah mula kertas MUET(Speaking). Alamak, internet2. Sekarang juga saya buka internet. Maklumlah kena tahu maklumat semasa sekarang ini. Sebab terkedang soalan mereka ini berkaitan maklumat semasa. Oklah kawan-kawan. Doakan saya dapat jawab exam MUET ye. Insya-Allah saya akan buat yang terbaik untuk diri saya. Aamine.

Go Solehah go! You can do it!

Giveaway Mudah amirnawawi.com

Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Entri ini adalah entri untuk Giveaway Mudah di blog amirnawawi.com. Saya begitu teruja untuk turut serta dalam giveaway ini. Giveaway ini cukup mudah dan pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang. Jom kita semua sertai bersama.


Copy gambar dan linkkan ke entri ini

Copy gambar dan linkkan ke entri ini
Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan
1. Panasonic Digital Cordless Phone
2. Plush Toy dari LINE
3. Wang Tunai RM10 untuk 4 pemenang
4. Review blog untuk 3 pemenang.
5. CD Karmin dan Glee Original dari Sony BMG
6. Patung Churp-churp yang comel lagi kiut miut
7. Dan pelbagai hadiah lain yang akan dikemaskini
(Hadiah akan ditambah dari semasa ke semasa)
Referall terbanyak akan menerima hadiah khas iaitu RM30 & Buku Pilihan

Giveaway1 

giveaway2 

giveaway3


churp26


3. Voted gambar saya di sini. dan printscreen dan masukkan di dalam entri. Contoh seperti di bawah. (paling penting) Ini untuk buktikan yang anda telah mengundi..



4. (tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan mereka tahu) Selesai!


Giveaway mudah ini berlangsung dari 25 Januari hingga 31 Januari 2015. (6 hari sahaja) Cepat-cepat :)

Wednesday, January 28, 2015

Warna-Warni Minggu Bahasa Inggeris

Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita, sebenarnya minggu bahasa inggeris ini dah lama. Tapi biasalah, saya kan suka post entri yang lama-lama. Pada minggu bahasa Inggeris tu, banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Pertandingan juga banyak dilakukan seperti pertandingan drama, perbahasan, teka-teki dan sebagainya. Oleh kerana kelas saya penuh pada minggu tu, saya tak dapat nak join. Akan tetapi, saya suka akan gerai yang dibuat pada ketika tu. Gerai yang paling saya suka adalah seperti gambar di bawah. 


Gerai ini menjual bunga dan kesemua hasil jualan itu akan disumbangkan ke tabung Save Gaza. Sambil membeli, sambil menderma. Subhanallah, semoga derma itu sudah selamat sampai ke rakyat Gaza. Insya-Allah.


Okay, inilah tempat study saya. Romantikkan saya sampai ada bunga2 bagai. Sebenarnya bunga inilah yang saya beli pada minggu bahasa Inggeris tu. Tercapai juga hasrat saya nak mencantikkan tempat study saya dengan bunga hidup.


Saya letak bunga ini di dalam botol yang berisi air dan panadol. Mesti ada yang nak tau kenapa saya letak panadol dalam air tu. Ini kerana panadol boleh memberikan bunga hidup bertahan lama tanpa tanah dan cahaya matahari. Yang bestnya, bunga ini boleh bertahan selama seminggu. Kepada sesiapa yang nak cuba tips ini, bolehlah cuba nanti.

* Siapa sini tahu, apa nama bunga biru yang saya beli ni ye? Saya teringin nak tanam bunga ni di rumah.

Tuesday, January 27, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum.

Rasanya sudah lama saya tidak join giveaway kan. Untuk kali ini, saya terjumpa satu giveaway yang sangat best dari Nile.com.my. Giveaway ini bersempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Kebiasaannya Nile.com.my ini akan buat giveaway sempena perayaan di Malaysia. Oleh itu, blogger sekali jom kita join giveaway ini. Mudah sangat, cuma pilih barang yang dimahukan dan submit penyertaan seperti yang saya nyatakan di bawah.



Saya mahukan barangan di bawah ini dengan harga kurang daripada RM150.
Semoga Nile.com.my merealisasikan impian saya ini.


Embroidery Dress- Blue : RM 62.20


Button Blouse- Red : RM 28.90


Plain Chiffon Blouse - Rose : RM 28.90


Lace Sleeve Chiffon Blouse- Green : RM 29.90

Jumlah Kesemua : RM 62.20 + RM 28.90 + RM 28.90 + 29.90 : RM 149.90


*************************************

Email penyertaan kepada give_away@nile.com.my berserta dengan detail dan tajuk :

CNY Giveaway 2015 (your full name)

Blog Link :
Full Name :
H/p Number :

Check result di SINI. Tarikh tutup untuk update blog adalah pada 15/02/2015 , 11.59 pm.

Monday, January 26, 2015

Meriah Sungguh Hari Konvokesyen Saya

Assalamualaikum.

Kepada yang sedia maklum, pada tahun lepas 18 Disember 2014 adalah hari konvokesyen saya. Bertempat di Dewan Serbaguna KUISAS, Perak. Sijil disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.


Persiapan untuk hari konvokesyen telah dirancang sejak awal tahun lagi. Dan seminggu sebelum hari konvokesyen, pihak KUISAS sudah sibuk menyiapkan segala persiapan yang dirancang termasuklah hari raptai konvokesyen.

Sehari Sebelum Raptai Konvokesyen






Raptai Konvokesyen





Hari Konvokesyen



Okay, semua ini saya dapat dalam beg konvo. Pas masuk kereta ibu bapa, pas masuk ibu bapa ke dalam dewan, pelekat bercorak (diletakkan pada tudung), jubah konvo, buku berkenaan hari konvo dan buku Buletin KUISAS.



Malam hari konvokesyen tu, saya bertungkus-lumus dengan kawan saya untuk lekat pelekat bercorak tu di atas kepala tudung. Rupanya bukan senang nak lekat supaya tidak menggelembung. Akhirnya dengan pelekat double tape dan jarum peniti, baru jadi. Yang penting adalah pelekat tu tidak tercabut ketika berjalan di atas pentas. Dan... inilah jubah konvo saya. Cantikkan? Jubah pinjam tu :)









Ketika majlis konvokesyen dijalankan, kami tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar. Sebab itulah selepas majlis konvo tamat, sesi bergambar bersama ibu bapa pun banyak. Tengok tu... Ini baru di dewan, belum lagi di bawah dewan. Hehe yang penting semuanya hepi...


Pemberian bunga konvo daripada mama. Terima kasih mama.


Suasana di tapak jualan hari konvokesyen. Gerai penuh dengan pelbagai jualan bunga konvo, pakaian, makanan dan sebagainya. Sebenarnya jualan ini sudah berjalan selama 6 hari. Walaupun hari konvokesyen adalah hari terakhir jualan, suasana masih meriah lagi.



Alhamdulillah saya dah konvo! Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mama, abah, adik-adik, pensyarah-pensyarah, kawan-kawan dan kesemua yang terlibat dalam memastikan kejayaan saya di dalam pelajaran. Tanpa anda semua siapalah saya. Sejujurnya saya katakan, hari konvokesyen adalah hari yang saya selalu nantikan. And I did it!

* Diploma sudah selesai dan berjuang untuk ijazah pula. Sekarang saya menunggu keputusan peperiksaan semester 1. Doakan saya lulus cemerlang, kawan-kawan.

Tuesday, January 20, 2015

Keriangan Hari Keluarga Pejabat Abah, Corus Paradise Resort, Port Dickson

Assalamualaikum.

Kepada yang sedia maklum, sebelum ini saya pernah bagitau dalam dua bulan yang lepas saya ada pergi Hari Keluarga Pejabat Abah di Port Dickson. Lamanya saya baru nak update sekarang. Hari keluarga ini diadakan pada 28-29 Novemeber 2014, bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Pengangkutan kami ke sana hanyalah menggunakan bas SMK Seri Perak dan bas (xtau nama).


28 November 2014


Inilah bas yang saya tak tau nama tu. Yang best, bas ni selesa dan luas. Sampaikan orang yang naik bas SMK Seri Perak pun jeles. Tetapi ketika di dalam bas ini saya hanya main hp sajelah...

Port Dickson





Sebelum sampai ke Corus Paradise, korang akan melalui dua penanda tempat di atas terlebih dahulu iaitu kem tentera dan SK Si Rusa, Port Dickson.






Kemudian, barulah korang akan jumpa T-junction ini dan belok ke kanan. Dah sampai pantai Port Dickson. Sebenarnya resort ini berhadapan dengan pantai Port Dickson. Pemandangannya memang cantik.


Perkarangan Corus Paradise Resort






Sesampainya di sini. Walaupun penat, semuanya masih bertenaga. Tengok makcik tu, sempat senyum depan kamera hp saya lagi.hehe

Check-in Bilik Resort





























Selepas dapat kunci bilik, kami terus check-in. Resort ini bertaraf, err berapa bintang ye? Lupa pula nak tanya owner resort ni tapi yang pasti bukannya 5 bintang. Walaupun bukan bertaraf 5 bintang, tapi kemudahannya serba lengkap. Selepas check-in, saya terus tidur. Maklumlah jika dah dapat tempat begini, mestilah kena menikmatinya.


Makanan Menyelerakan





Kami sampai di resort ini dalam pukul 4 petang. Tengahari tadi ketika dalam perjalanan kami semua dah makan nasi ayam. Malam ini pula pihak resort yang sediakan semua makanan untuk kami. Diantara makanannya adalah seperti di atas. Hanya makanan ini saje yang saya sempat snap. Makanan yang lain, sudah habis diserbu dan saya pun lapar jadi terus makan sampai lupa segala. Yang penting, makanannya sedap sehingga tidak terkata. Okay saya bagi 5 bintang untuk makanannya. Terbaik.

29 November 2014

Sarapan Pagi


Yang di atas ini pula, sarapan pagi yang saya dan famili saya makan. Walaupun makanannya nampak biasa, tetapi yang penting adalah sedap.

Aktiviti Sukaneka

Selepas sarapan pagi, kami main sukaneka pula.



Permainan laluan berhalang



Permainan tiup bola pingpong dalam air



Permainan susun tin bertingkat dengan menggunakan lidi




Permainan masukkan bola pingpong ke dalam bekas di kepala


Permainan susun magnet bertingkat dengan menggunakan lidi

Pemandangan Luar Resort - Kawasan Beting Pasir

Selepas selesai bermain sukaneka, saya berjalan-jalan di sekitar beting pasir pula.


Di sini, pihak resort banyak menggunakan pokok kelapa untuk mengindahkan kawasan resort. Rupanya pokok kelapa boleh diangkat tinggi sebagai pokok hiasan di resort ataupun hotel. Tengok tu, cantikkan...


Okay, inilah banggunan resort kami. Walaupun nampak biasa, tetapi ia dah cukup untuk nampak cantik.



Dan ini pula Port Dickson. Subhanallah, tidak sangka rupanya saya berjaya menjejakkan kaki ke sini. Dulu hanya dapat tengok dari tv saje, sekarang dah boleh tengok depan mata. Airnya kehijauan dan langit kebiruan. Cantik sangat.



Jika nak tau beting pasir apa yang saya maksudkan tadi, tengok kat pokok kelapa yang banyak tu. Itulah kawasan beting pasir yang saya maksudkan. Dan yang best, bilik resort kami berhadapan dengan beting pasir. Buka saje tingkap bilik resort, boleh nampak terus kawasan beting pasir ini. Pemandangan yang sangat cantik. Jadi kepada sesiapa yang nak datang ke sini, pastikan korang dapat bilik 810 untuk mendapatkan pemandangan sebegini.

Ada yang bertanya saya, saya guna kamera apa untuk snap semua gambar ini. Saya hanya menggunakan applikasi kamera Zenfone 5. Dan yang penting, orang yang snap gambar mestilah pandai ambil sudut gambar dan menghayati setiap apa yang kita snap.

Semoga saya dapat kembali ke sini lagi. Bye.