Lazada Malaysia

Sunday, September 7, 2014

Home » Bertindik Buat Kali Kedua

Bertindik Buat Kali Kedua

Assalamualaikum.

Semalam adalah kali kedua saya bertindik. Ini kerana sudah berbulan saya tidak pakai subang dan tiba-tiba lubang tindik sudah menghilang. Padahal baru tahun lepas saya bertindik. Saya tanyalah mama "Kenapa lubang tindik mama masih ada lagi padahal sudah bertahun mama tak bertindik dan tak pakai subang?" Mama jawab "Kakak dari kecil lagi senang nak baik luka, sebab itulah lubang tindik tu cepat-cepat nak tutup". Adeyh... heeee

Dan semalam juga saya geli hati bila seorang makcik tu kerap tanya saya "Sakit ke tindik tu, dik?" Saya jawablah "Xsakit. Semut gigit lagi sakit" Makcik tu jawab lagi "Ishh makcik takut. Sakit". Dari tadi saya terpinga-pinga kenapa makcik tu macam serius je bagitau sakitnya tu. Ke orang dulu-dulu bertindik memang sakit?

Dan ini jawapan dari seorang kawan Fb saya...


Oh patutlah makcik tu takut sangat dengan pistol tindik tu, sampai dia tak jadi nak bertindik. Rupanya makcik tu takut dengan pistol tindik. Padahal pistol tindik inilah yang tak akan bagi sakit. Adeyh, kesiannya makcik tu. Tak pasal-pasal saje fobia seumur hidup dia. Tapi menyeramkan lagi pada zaman-zaman dulu kan. Beruntunglah saya hidup di zaman moden ini.

Dan inilah subang baru saya...








Subang ini baru dibeli pada bulan lepas di Mydin Meru Raya, Ipoh. Kepada orang Teluk Intan yang nak bertindik, marilah berkunjung ke Kedai Emas Dzul. Hanya dikenakan cas RM12 sahaja.

Kedai Emas Dzul, Teluk Intan, Perak.
Alamat : B-16, Taman Paruda, Jalan Ah Cheong, 36000 Teluk Intan, Perak.
Waktu Niaga : Sabtu-Khamis : 9.30 pagi-5.30 petang / Cuti : Jumaat.
Tel / Fax : 05-6225653

1 sweet comments:

Liniey Nor said...

liniey punya pun dh terkatup..rase mls dh nk p bertindik..kekeke