Assalamualaikum.
Anak-anak adalah permata ayah bonda,
Penghibur duka lara, menyejukkan mata,
Ibarat kain putih yang suci dan bersih,
Terpulang bagaimana untuk mencoraknya.
Berilah mereka didikan agama,
Kelak bila dewasa, jadi insan berguna,
Kepada nusa dan bangsa,
Kepada insan semua.
Sungguh indah lirik lagu dari UNIC ini kan. Pelbagai hikmah tersirat yang ada dalam lirik lagu ini. Pasti semua ibu bapa di sini mahukan anak yang soleh dan solehah. Anak yang soleh dan solehah ini dambaan semua ibu bapa. Dambaan, dambaan juga. Tetapi bagaimana nak didik anak-anak ini supaya mengikuti jejak langkah yang kita inginkan. Di sini saya ada sertakan carta untuk mendidik anak-anak kita. Cubalah ikut carta ini.
Selain itu, selalulah membaca doa ini ketika selesai solat 5 waktu :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”
0 sweet comments:
Post a Comment