Lazada Malaysia

Monday, September 8, 2014

Home » 8 September 2014 - Bermulanya Saya Sebagai Penuntut Ijazah

8 September 2014 - Bermulanya Saya Sebagai Penuntut Ijazah

Assalamualaikum.

Bermulanya pada hari ini saya telah sah menjadi seorang penuntut ijazah. Dan bermulanya pada hari ini jugalah saya akan sibuk dengan aktiviti belajar saya. Maafkan saya jika selepas ini saya tidak akan terlalu aktif dalam dunia blogging. Saya harus penuhkan masa saya untuk kali ini dengan aktiviti pelajaran saya. Saya akan cuba hadkan aktiviti blogging saya selepas ini. Saya berharap di saat saya sudah jarang update blog saya ini saya berharap silent reader saya akan tetap jenguk blog saya pada setiap hari. Terima kasih kepada semua silent reader yang menjadikan uv blog saya sentiasa meningkat pada setiap hari. Tanpa kalian, siapalah saya.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, saya akan membahagikan waktu blogging saya hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itu pun jika saya free dan tiada aktiviti. Harap kawan-kawan memahami. Saya tahu ada ramai silent reader di luar sana yang setia jenguk blog saya ini setiap hari. Walaupun komen dalam blog saya ini sedikit, tetapi semua itu tidak penting. Yang penting, ramai pembacanya. UV tetap 300+.

Mengenai pelajaran saya pula, pada kali ini saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di (RAHSIA). Sebelum ini saya telah berjaya menjadi pemegang Diploma Syariah Islamiyyah di (RAHSIA). Apa yang penting, pada kali ini saya akan belajar di dalam Bahasa Melayu. Ini kerana sebelum ini, diploma saya fully Arabic. Saya tidak kisah dengan kedua-dua bahasa ini kerana sudah menjadi kebiasaan saya. Kawan-kawan, doakan saya berjaya dalam pelajaran saya sentiasa ye. Aamine.

*Entri ini adalah auto-publish.

1 sweet comments:

Unknown said...

semoga berjaya dalam pelajaran ye :)