Assalamualaikum.
Sudah lama rasanya saya tidak post resipi. Malas nak post resipi yang biasa-biasa ini, dalam blog orang lain pun ada kan. Jadi kali ini saya nak share resipi dengan korang iaitu resepi ayam kabsah. Masakan ini terlalu mudah untuk sesiapa yang ingin cuba. Yang penting sedap. Sori sebab tayang periuk nasi besaq tu.haha
Bahan-bahan :
5 sudu minyak zaitun
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 ulas bawah besar - dihiris nipis
1 mangkuk ayam - diperap dengan daun kari semalaman (tak perap pun tak mengapa)
3 senduk Rempah Kabsah Chef Ammar (boleh dibeli secara online di SINI)
2 cawan air
Langkah-langkah Memasak :
1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali besar.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik wangi.
3. Masukkan ayam. Selepas itu, masukkan rempah. Kacau dan masak dalam 1 minit.
4. Kalihkan ayam yang sudah dimasak selama 1 minit tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air. (Saya ingin masak masakan ini dengan menggunakan periuk nasi supaya ayam cepat lembut dan masak). Masak sehingga butang periuk nasi naik ke atas.
5. Siap dan boleh dihidangkan.
Mudah kan? Selamat mencuba.
4 sweet comments:
sedapnya.. lama tak makan.. belum pernah try buat sendiri lg.. pasni leh cuba dah ada resepi ni.. hihi..
nanti kalau bila2 rajin boleh cuba... :)
nmpk mudah kan..lg mudah sbb buat dlm rice cooker..nk try lah nti :)
nmpk sedap dan mudah..nt buleh la try..itu pon kalo rajin..coz lani xrapa nk rajin la takat² ada bb ni..hehee :D
Post a Comment