Lazada Malaysia

Thursday, February 27, 2014

Home » Kecewa Dengan Sebuah Online Shop Baju

Kecewa Dengan Sebuah Online Shop Baju

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya nak minta maaf jika entri ini kemungkinan ada berbaur kemarahan dan tidak puas hati daripada saya. Tetapi atas dasar tanggungjawab, saya buat entri ini sebagai iktibar kepada semua pembeli dan semua penjual online shop. Maafkan saya jika entri akan buat sesiapa tersinggung hati. Kes ini berlaku di antara saya dan sebuah online shop di Instagram.

Saya kecewa dengan satu online shop baju ini. Saya order design lain, design lain yang dapat. Sudahlah design yang dibagi ini buruk. Sehingga sekarang saya masih marah dengan sifat tak ikhlas penjual online shop ini. Dia bagi alasan mungkin salah packing. Hello, saya siap send gambar barang dan nama penuh barang. Ini pun boleh silap lagi ke. Kecewa dan sedih sangat2. Sekarang saya dah serik nak beli baju dari online shop lagi. Terlalu serik dengan semua ini. Online shop ini bagitau nak recover postage tukar barang, tapi saya tak ada masa nak pergi pos laju yang jauh dari rumah saya ini dan kena bungkus barang ini semula. Ingat saya ada masa ke nak recover barang tu semula?! Sampai bila-bila pun saya tak akan order baju dah. Sekian.

Ini pertama kali saya ada masalah dengan online shop. Selama ini, saya tidak ada apa-apa masalah. Kecewa, sedih, marah, fobia. Semua perasaan ini ada pada saya sekarang. Saya tidak salahkan online shop yang lain, saya cuma marahkan online shop ................ Saya bukannya sekejam yang orang lain sangka, saya masih ada perasaan untuk jaga nama baik online shop itu sendiri. Tetapi jika perkara ini berlaku lagi, saya tidak akan teragak-agak untuk bagitahu nama online shop itu nanti.

Saya tidak mahu marah-marah lagi, jadikan entri ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Walaupun hati saya ini masih 50% tenang dan 50% marah, saya akan berusaha untuk melupakan hal ini. Mungkin bukan rezeki saya untuk dapat design itu.

Nasihat saya pada penjual online shop yang lain, sila peka dengan permintaan pelanggan. Jangan pula pelanggan nak order ini, benda lain yang dihantar. Saya tidak mahu online shop yang lain jadi kes sebegini. Lagipun ini nasihat yang baik, saya masih ada perasaan baik hati untuk menasihati semuanya. Jaga hati pelanggan semua, korang penjual online shop pun mesti tidak mahu pelanggan lari kan. Jadi, sentiasalah jaga hati pelanggan korang semua. Peace! :)


* Mulanya entri ini sepatutnya entri teruja dapat beli baju dari online shop ini, rupanya jadi lain sekarang. Terus tiada mood nak promote baju dari online shop ini.

2 sweet comments:

Nurul Says said...

alahai.. akak paham perasaan solehah.. ee hopefully bukan on9shop yg akak suggest :( dah dapat ke tutu dress tu dear?

Solehah Shamsuddin said...

@N.Aima K eh xdala akak. bkn shop tu. ni shop lain. shop ni mmg agak dikenali, tp xsgka jd mcmni.huhu tutu dress yg akak cadangkan tu solehah xbeli lg sbb tggu mama solehah belikan.