Lazada Malaysia

Friday, September 6, 2013

Home » » Tutorial : Daftar MySurvey Malaysia & Dapat Voucher Secara Percuma

Tutorial : Daftar MySurvey Malaysia & Dapat Voucher Secara Percuma

Assalamualaikum.

Sebelum saya bagitau korang cara-cara untuk daftar MySurvey, saya nak terangkan dulu apa itu MySurvey. Jom kenali apa itu MySurvey :

1. Am

1. MySurvey Rewards dimiliki dan dikendalikan oleh Lightspeed Research Hong Kong (Lightspeed) Suites 1304-05, 13/F, 625 King's Road, Quarry Bay, Hong Kong. MySurvey Rewards boleh diakses dihttp://www.mysurvey.com.my
2. Dengan mendaftar sebagai ahli panel di MySurvey (Ahli) anda bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini.
3. Lightspeed berhak untuk meminda atau menamatkan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang pindaan kepada Terma dan Syarat ini akan dipos di laman web MySurvey.

2. Pendaftaran dan Keahlian

1. Sebelum anda boleh mengambil bahagian dalam Program MySurvey Rewards (Program), anda mesti melengkapkan Borang Pendaftaran Ahli. Untuk menjadi Ahli, anda perlu memberikan maklumat berikut:
1. nama;
2. alamat;
3. e-mel;
4. tarikh lahir;
5. jantina;
6. status perkahwinan;
7. pekerjaan; dan
8. tahap pendidikan;
1. Maklumat ini akan disimpan mengikut Dasar Privasi Lightspeed yang boleh diakses di Maklumat Sulit Peribadi. Lightspeed berpegang teguh kepada undang-undang privasi Negara Malaysia dan Kod Standard dan Etika bagi Penyelidikan Tinjauan ESOMAR.
2. Keahlian dalam Panel MySurvey terbuka kepada penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 15 tahun.
3. Program ini tidak terbuka kepada kakitangan Lightspeed, syarikat induknya, anak syarikat, anggota gabungan dan pembekalnya yang mempunyai apa jua jenis hubungan dengan Program atau pengendalian laman web Lightspeed (Laman) dan mereka yang tinggal serumah dengan kakitangan sedemikian dan juga Ahli keluarga terdekat mereka.

3. Akaun ahli, kerahsiaan dan keselamatan

1. Seorang Ahli hanya boleh memegang satu akaun aktif. Satu alamat e-mel mestilah tidak digunakan untuk berbilang akaun walaupun jika akaun-akaun tersebut untuk orang yang berlainan.
2. Pada masa akaun dibuka, Ahli perlu memberikan alamat e-mel semasa dan kata laluan. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli untuk memastikan bahawa butiran yang mereka berikan sentiasa terkini dan kata laluan sentiasa dirahsiakan.
3. Lightspeed berhak untuk menentukan ketulenan sebarang maklumat yang diberikan oleh Ahli.
4. Semua respons penyelidikan akan dipantau untuk tujuan pengesanan penipuan dalam talian, termasuk keahlian berbilang dan respons berbilang, bagi memelihara integriti mana-mana penyelidikan dalam talian.

4. Pengumpulan Mata MySurvey

1. Sebaik sahaja anda melengkapkan Borang Pendaftaran Ahli dan MySurvey selesai mengesahkan bahawa pendaftaran anda sah, akaun anda akan dikreditkan dengan 15 mata. Kemudian anda boleh mula mendapatkan Mata MySurvey tambahan dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalam talian di http://www.mysurvey.com.my. Mata MySurvey diberikan kepada Ahli setiap kali mereka melengkapkan tinjauan secara sah. Jumlah Mata MySurvey yang diberikan bergantung pada tempoh masa yang diperlukan untuk melengkapkan tinjauan secara sah dan kesukaran tinjauan tersebut.
2. Mata MySurvey dikumpulkan dan ditebus dari bahagian Redeem Rewards. Aktiviti yang membolehkan anda untuk mendapat Mata MySurvey mungkin berubah dari semasa ke semasa atas budi bicara Lightspeed. Sebarang perubahan kepada Program akan dinyatakan dalam Terma dan Syarat pindaan atau di Laman.
3. Ahli mestilah tidak memindahkan atau menguntukkan Mata MySurvey mereka kepada orang lain.
4. MySurvey akan menghantar jemputan ke alamat e-mel anda untuk menjemput anda melengkapkan tinjauan atau aktiviti penyelidikan pasaran lain yang boleh diakses dengan mengklik pautan yang disertakan. Penyertaan dalam tinjauan ini adalah sukarela. Jika seseorang Ahli itu membuat keputusan untuk menyertai tinjauan, sebelum mereka memulakan tinjauan, mereka akan diberitahu tentang panjang masa yang diperlukan untuk melengkapkan tinjauan itu secara sah dan jumlah Mata MySurvey Points yang akan diberikan kepada mereka. Sekiranya Ahli gagal melengkapkan Tinjuan secara sah, mereka tidak akan diberikan sebarang Mata MySurvey bagi bahagian tinjauan yang sempat mereka lengkapkan sebelum penamatan. Selain daripada tinjauan, Ahli juga boleh mendapat Mata MySurvey dengan menjalankan pelbagai aktiviti lain di Laman yang akan dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini atau diterangkan di bahagian lain di Laman dari semasa ke semasa.
5. Ahli mestilah tidak mengakses tinjauan MySurvey semasa berada di luar Malaysia. Sekiranya Lightspeed, mengikut budi bicara mutlaknya, menentukan bahawa Ahli ada mengakses tinjauan semasa berada di luar Malaysia, penyertaannya dalam tinjauan tidak akan sah bagi tujuan mendapatkan Mata MySurvey.
6. Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan tinjauan, Lightspeed mungkin meminta Ahli memberikan maklumat tambahan kepada yang dirujuk di 2. Ahli tidak diwajibkan untuk memberikan maklumat tambahan yang diminta. Sekiranya Ahli memilih untuk tidak memberikan sebarang maklumat lanjut, tiada penalti akan dikenakan. Sekiranya maklumat tambahan diminta dan diberikan, Ahli mungkin berpeluang melengkapkan tinjauan tambahan untuk mendapat lebih Mata MySurvey.
7. Ahli akan mendapat sehingga 10,000 Mata MySurvey bagi setiap tinjauan dan/atau aktiviti penyelidikan pasaran yang dilengkapkan secara sah.
8. Mata MySurvey akan luput 2 tahun dari tarikh akruan. Bagi mata ganjaran yang diperolehi sebelum 1 Januari 2010, ia akan kekal sah sehingga 31 Disember 2011.
9. Akaun ahli yang mempunyai kurang daripada 250 mata tidak mempunyai nilai ganjaran. MySurvey boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menawarkan barangan, item promosi atau opsyen lain yang boleh ditebus oleh Ahli yang mempunyai kurang daripada 250 Mata mySurvey dari semasa ke semasa;
10. Ahli boleh melihat jumlah keseluruhan Mata MySurvey mereka dalam talian dengan melawat halaman Ahli Laman.
11. Halaman Ahli terhad kepada ahli sahaja. Untuk mendapatkan akses kepadanya, Ahli mesti memasukkan alamat e-mel dan kata laluan mereka.

5. Ganjaran

1. Mata MySurvey boleh ditebus untuk mendapat ganjaran di bawah Program ini. Mata MySurvey tidak boleh dipindamilik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
2. Semua Mata MySurvey yang dikumpulkan akan hilang apabila Ahli menarik diri atau dikeluarkan daripada Panel.
3. Mata MySurvey hanya boleh ditebus dengan item-item yang disenaraikan di halaman Ganjaran Anda di Laman. Lightspeed berhak untuk mengeluarkan atau menggantikan sebarang ganjaran daripada senarai itu tanpa notis. Sekiranya Program ditamatkan, ahli akan diberitahu dan diberikan 2 bulan untuk menebus Mata MySurvey mereka.
4. Mata MySurvey akan dipos ke akaun Ahli tidak lebih daripada 30 hari selepas tinjauan atau aktiviti lain dilengkapkan secara sah. Mata itu akan tersedia untuk ditebus sebaik sahaja ia dipos di akaun Ahli. Ahli bertanggungjawab menghubungi Lightspeed jika Mata MySurvey mereka tidak didepositkan dengan betul pada bila-bila masa. Lightspeed tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kesilapan berkenaan Mata MySurvey yang tidak dimaklumkan oleh Ahli dalam tempoh masa yang munasabah dari tarikh kesilapan dibuat.

6. Penebusan Mata MySurvey

1. Sebaik sahaja lebih daripada 250 Mata MySurvey terakru, Ahli boleh menebus Mata MySurvey Points sebagai:
1. baucar hadiah;
2. barangan;
3. derma kepada salah sebuah badan amal yang disenaraikan di laman.
1. Untuk menebus Mata MySurvey, Ahli perlu melawat halaman Ahli dan mengklik 'Tebus ganjaran'. Nilai ganjaran yang dipilih mestilah tidak melebihi jumlah Mata MySurvey Points di akaun Ahli. Memilih ganjaran yang nilainya kurang adalah dibenarkan. Mata MySurvey yang tidak digunakan akan kekal di dalam akaun Ahli untuk kegunaan pada masa depan. Sebarang Mata MySurvey yang tidak ditebus dalam masa 2 tahun selepas dipos di akaun Ahli akan luput dan tidak lagi sah.
2. Ahli boleh menebus ganjaran mereka dengan memilih baucar hadiah, derma amal atau memilih daripada beraneka pilihan barangan yang disenaraikan di halaman Ganjaran Anda.
3. Semua item yang ditampilkan di halaman Ganjaran Anda digunakan untuk rujukan semata-mata dan hanya tersedia jika stok ada. Jika item yang Ahli pesan tiada dalam stok pada masa pesanan dibuat, Lightspeed akan menggantikan dengan item daripada jenama dan nilai yang sama atau mengkreditkan Mata MySurvey dengan nilai setara ke akaun Ahli untuk tujuan penebusan lain atas pilihan Ahli.
4. Lightspeed bukan pembekal produk yang disenaraikan di halaman Ganjaran Anda dan tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti yang timbul berikutan pembelian atau penggunaan produk tersebut. Sebarang pertikaian mengenai produk atau baucar hadiah hendaklah diajukan kepada pembekal.
5. Lightspeed berhak untuk menukar barangan dan baucar hadiah yang tersedia di halaman Ganjaran Anda mengikut budi bicaranya dan tanpa perlu memberitahu Ahli.
6. Ahli tidak akan dapat menebus Mata MySurvey untuk mendapatkan ganjaran jika mereka tidak mempunyai mata yang mencukupi untuk menebus ganjaran atau aktiviti sedemikian.
7. Sebarang item yang diterima hasil penebusan Mata MySurvey Points tidak boleh ditukar ganti, dipulangkan atau ditukar dengan wang tunai.
8. Mata MySurvey tidak boleh ditawar-tawar dan hanya boleh ditebus melalui Lightspeed dan ditukar dengan Ganjaran. Apabila seseorang Ahli itu menebus Mata MySurvey untuk ditukar dengan ganjaran, jumlah mata yang diperlukan untuk menebus ganjaran tersebut akan ditolak dari akaun Ahli.
9. Lightspeed tidak akan dipertanggungjawabkan atas kehilangan, kerosakan atau pencurian baucar hadiah sebaik sahaja ia ditebus melalui halaman Ganjaran Anda.
10. Ahli yang tidak lagi mahu menyertai Program ini perlu menebus sebarang Mata MySurvey terakru sebelum menutup akaun mereka. Jika Ahli tidak melakukan ini, sejurus selepas penutupan akaun, semua Mata MySurvey akan hilang.

7. Penghantaran ganjaran

1. Baucar hadiah dan ganjaran barangan akan dihantar melalui mel dalam masa empat minggu. Item mungkin tiba lebih awal atau lewat bergantung pada permintaan yang tinggi dan pesanan balik daripada pengilang. Tempoh penghantaran juga mungkin lebih lama pada musim cuti.
2. Ahli boleh mengesahkan dan, jika perlu, menukar nama pertama dan akhir dan alamat surat-menyurat mereka sebelum barangan/baucar hadiah dihantar. Barangan hanya boleh dihantar ke lokasi penghantaran yang sah di Malaysia dan alamat yang diberikan dengan tepat oleh Ahli semasa menebus ganjaran. Mata MySurvey tambahan yang diperlukan untuk membayar kos penghantaran dan pengendalian Ganjaran tertentu akan dimasukkan dalam nilai keseluruhan Mata MySurvey Points bagi Ganjaran tersebut.
3. Apabila menebus baucar hadiah atau derma kepada badan amal, yuran pemprosesan akan dikenakan. Semua yuran pemprosesan adalah tanggungjawab Ahli. Namun, Mata MySurvey tambahan yang diperlukan untuk membayar kos pemprosesan yang berkaitan bagi Ganjaran tertentu akan dimasukkan dalam nilai keseluruhan Mata MySurvey Points bagi Ganjaran tersebut.
4. Semua Ganjaran tertakluk kepada ketersediannya dan sesetengah item Ganjaran mungkin mempunyai ketersediaan yang terhad. Lightspeed berhak untuk menggantikan item Ganjaran yang tidak tersedia dengan item daripada nilai yang setara atau lebih tinggi, atau mengkreditkan nilai Mata MySurvey yang setara ke akaun Ahli untuk tujuan penebusan lain atas pilihan Ahli.

8. Am

1. Ahli bertanggungjawab atas penggunaan atau aktiviti di bawah akaun mereka, termasuk penggunaan akaun oleh mana-mana pihak ketiga (yang dilarang).
2. Ahli mestilah tidak melakukan mana-mana yang berikut:
1. menghalang atau menyekat ahli lain daripada menikmati Program atau Laman;
2. menghantar mesej yang mengandungi virus, cacing atau sebarang unsur pemusnah lain;
3. menghantar mesej yang memfitnah, lucah, mengugut, memaki atau penuh kebencian; atau
4. mengganggu atau melanggar hak cipta, cap dagang, tanda perkhidmatan, logo atau maklumat sulit orang lain.
1. Ahli hanya boleh mengakses bahagian Laman yang tersedia khusus kepada Ahli dan Ahli tidak dibenarkan di bawah apa jua keadaan untuk menggunakan atau cuba menggunakan Laman atau mana-mana bahagiannya untuk mengganggu keselamatannya atau keselamatan sistem yang boleh diakses melaluinya.
2. Gambar barangan yang dipamerkan di Laman tidak semestinya menggambarkan warna atau model sebenar ganjaran yang akan diterima kerana ia bergantung pada kelainan pencetakan dan/atau kemas kini pengilang.
3. Maklumat tentang produk, perkhidmatan dan/atau aktiviti di Laman adalah tepat sepanjang pengetahuan Lightspeed. Lightspeed tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan dan/atau ketaklengkapan berhubung maklumat sedemikian.

9. Penamatan keahlian

1. Kegagalan untuk berpegang teguh kepada Terma dan Syarat (dan sebarang pindaan kepada Terma dan Syarat ini kemudiannya) merupakan asas bagi penamatan keahlian anda daripada Panel dan Program MySurvey mengikut budi bicara Lightspeed tanpa notis lanjut.
2. Penamatan keahlian akan menyebabkan pembatalan semua Mata MySurvey yang terkumpul dan semua hak akses dan guna yang diberikan kepada Ahli.
3. Mana-mana ahli yang akaunnya ditamatkan tidak lagi boleh mengakses Program atau halaman Ahli di Laman ini.
4. Lightspeed boleh, mengikut budi bicaranya, menggantung atau menamatkan akaun Ahli tanpa notis terlebih dahulu. Keadaan-keadaan di mana akaun Ahli boleh ditamatkan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
1. pelanggaran Terma dan Syarat ini (atau sebarang perjanjian lain yang digabungkan ke dalam perjanjian ini);
2. Ahli yang mengaktifkan dan menggunakan lebih daripada satu akaun;
3. kurangnya penyertaan yang tetap dalam tinjauan;
4. alamat e-mel yang tidak sah didaftarkan untuk membuka akaun;
5. Ahli atau pihak ketiga membalas e-mel atau tinjauan yang ditujukan kepada Ahli lain;
6. pemberian respons palsu atau menipu ataupun Ahli melibatkan diri atau membantu Ahli lain dalam aktiviti
7. penipuan di Laman;
8. Ahli menggunakan atau menebus Mata MySurvey yang diperolehi dengan cara yang melanggar Terma dan Syarat atau yang disalahkreditkan ke akaun Ahli; dan
9. Ahli yang menyalahguna atau mempamerkan perlakuan tidak wajar di atau berhubung Laman atau Lightspeed.
1. Sekiranya wujud sebarang pertikaian berhubung Ahli, keputusan Lightspeed adalah muktamad.
2. Ahli boleh menamatkan keahlian mereka pada bila-bila masa dengan melawat Penamatan

10. Pengecualian liabiliti

1. Lightspeed boleh, mengikut budi bicaranya, menukar, menggantung atau tidak meneruskan sebarang aspek Program dan/atau Laman pada bila-bila masa, termasuk ketersediaan sebarang ciri perkhidmatan, pautan, penaja, pangkalan data atau kandungan laman tanpa notis.
2. Lightspeed tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kepada komputer Ahli kerana menyertai Program atau memuat turun sebarang maklumat yang perlu untuk menyertai Program.
3. Lightspeed juga tidak bertanggungjawab atas ketaktersediaan sambungan rangkaian, transmisi komputer yang gagal, tidak lengkap, bercelaru atau tertangguh, kegagalan dalam talian, perkakasan, perisian atau pincang tugas atau gangguan teknikal lain, atau sebarang kegagalan komunikasi lain atau keadaan-keadaan yang menjejaskan, mengganggu atau merosakkan Program Ganjaran dalam apa jua cara termasuk tanpa had:
1. penerimaan permintaan penebusan;
2. keupayaan Ahli untuk menyertai Program Ganjaran; atau
3. pengeposan Mata MySurvey ke akaun Ahli.
1. Lightspeed tidak membuat sebarang jaminan atau penggambaran tentang ketepatan atau kelengkapan Laman atau sebarang pautan ke Laman ini. Lightspeed tidak bertanggungjawab atas kandungan mana-mana laman web pihak ketiga yang dipautkan ke Laman ini. Pemasukan sebarang pautan di Laman ini bukan merupakan sokongan terhadap ketepatan laman web yang dipautkan ataupun laman web itu sendiri.
2. Setiap Ahli memperakui dan bersetuju bahawa Lightspeed tidak akan bertanggungjawab atau boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang perjanjian antara Ahli dan mana-mana syarikat gabungan Program berhubung item atau perkhidmatan yang diterima Ahli sebagai hasil penebusan Mata MySurvey, atau penyertaan Ahli dalam promosi dan/atau aktiviti lain milik pihak ketiga.

11. Bidang kuasa

Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia dan anda berserah kepada bidang kuasa eksklusif bagi mahkamah yang melaksanakan bidang kuasa di Malaysia.

Cara Daftar MySurvey

1. Buka link INI.

2. Klik "JOIN NOW" di sidebar kanan laman MySurvey.

3. Sila isikan semua maklumat yang diminta. Selepas isi, klik "CONTINUE".

4. Ikut arahan selepas pendaftaran. Selesai! Korang tunggu sajelah survey yang akan dihantar oleh MySurvey. Pastikan korang selalu jenguk emel korang yang telah di daftarkan untuk MySurvey kerana survey akan diberikan pada bila-bila masa dan ada had waktu. Jika korang jawab dalam waktu yang ditetapkan, banyaklah point yang korang akan dapat nanti. Kalau bukan waktunya, sikit sajelah point yang korang akan dapat. Jadi, lebih baik jawab survey tu tepat masanya.

Cara Tebus Point MySurvey

1. Klik SINI.

2. Tengok dulu rewards apa yang korang nak pilih. Selesai saje pilih, klik "REDEEM".

3. Nanti korang akan jumpa seperti :

You have 725 points.
Please select the reward type 

Klik "Please select one" dan korang boleh pilih sama ada nak tebus "Vouchers" ataupun "Charity". Selalunya orang akan pilih "Vouchers".

4. Tengok & pilih voucher yang disediakan mengikut jumlah point yang korang ada. Sebagai contoh, korang nak tebus voucher untuk "KFC/Pizza/Ayamas". Klik "REDEEM".

AEON (JUSCO) Gift Voucher RM10 - 250 points
KFC/Pizza/Ayamas Gift Voucher RM10 - 250 points
MPH Bookstores voucher RM10 - 250 points
McDonalds voucher RM10 - 250 points
US$5 RIXTY CARD (Approximate RM16) - 400 points
AEON (JUSCO) Gift Voucher RM20 - 500 points
Isetan Voucher RM20 - 500 points
Parkson Gift Voucher RM20 - 500 points


5. Sila isi semua butiran. Selepas isi, klik "CONFIRM".


6. Dah siap. Nanti MySurvey akan berikan reference number pada korang jika ada apa-apa masalah dalam proses penebusan. Korang kena tunggu beberapa minggu untuk proses penghantaran. Sabar ye! :)


* Saya dah tebus 2 keping voucher untuk KFC/Pizza/Ayamas. Korang nak juga? Jom daftar MySurvey. Nanti korang boleh dapat voucher. Dapatlah korang shopping dan makan-makan. Selamat mendaftar.

15 sweet comments:

kayyana said...

akak dah daftar tapi bile dah log in tak bleh.. tak sure kenapa.. akak tengah tunggu jawapan daripada admin dieorang.. huhuu..

Solehah Shamsuddin said...

ohh akak dah klik link confirmation akaun MySurvey dlm emel yg akak dh dftrkn utk MySurvey tu? kemungkinan sbb akak xklik, akak xleh log in.

Masha Meisters said...

hehe...cam best je kan...masha nak pizza...hehe :-)

Unknown said...

menarik nih.. bg yg berminat.. akak ni minat tu minatla..tp ssh la kalo bkk kat opis ni..huhu.. terbatas...

Unknown said...

wah..beznye solehah
dpt voucher lg tu
penerangan yg baik n terperinci
moga membantu pd mereka yg mencari info ni

done isi tabung Nuffnang solehah kat sini...selamat menabung :)

Mia Liana said...

belum daftar lagi... huhuhu

Kekzamanis said...

Dah lama daftar.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

Tie HT said...

akak ada juga masuk jenis survey macam ni tapi ensurvey dengan aip online... ensurvey tu slow macam dah mala jer..aip tu aktif juga..

Cikrosecute said...

boleh try nanti hihihi

RIZZNA said...

wahhh menarik ni. jap gi CiM semak2 lagi & joint skali. rasanya tak rugi.

thanks soleha...utk perkongsian ini

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nk try jg lah hikss

Suhazli said...

jom like page ni..
https://www.facebook.com/pages/We-Love-Paid-Survey/1435156070030706

Sue Bee said...

baru sekali tebus mata tukar voucher kfc..hingga hari ni dorang tak hantar dan tak sampai2 lagi..huhh!!SB email pertanyaan kat mysurvey haram tak terjawab langsung

Solehah Shamsuddin said...

@Sue Bee Actually Sue Bee, MySurvey susah nak reply kita punya emel sebab mereka mungkin sibuk. Tapi sebenarnya mereka baca emel kita itu. Maybe Sue Bee kena tunggu dalam 2 bulan setengah untuk dapat voucher ini. Sebab saya dapat voucher kena tunggu selama 2 bulan lebih. Jika melebihi 3 bulan, saya sarankan Sue Bee hubungi mereka ye.

Blogger said...

Get daily suggestions and instructions for earning $1,000s per day ONLINE for FREE.
CLICK HERE TO START NOW