Lazada Malaysia

Monday, September 9, 2013

Home » Kenapa Saya Suka Cerita Cinta Jangan Pergi?

Kenapa Saya Suka Cerita Cinta Jangan Pergi?

Assalamualaikum.

Berharap orang tu tak baca entri ni. Adakah korang percaya, sebuah perkenalan yang rapat bermula dari WeChat? Saya merupakan salah seorang yang mengalaminya. Saya tak pernah terfikir sebelum ni yang saya akan kenal seseorang dari laman chatting. Dan saya juga tak menyangka sehingga sekarang wujud satu perasaan yang selama ni saya takut dan buang jauh-jauh iaitu jatuh cinta kembali. Adakah saya hanya sayangkan dia atau saya mencintai dia?

27.4.2013 / 6.01 p.m (Waktu Yaman) - Saya accept request WeChat daripada dia. Dia tegur saya "salam.hai". Saya jawab "ye". Dia balas semula "Saja add". Lepas tu perkenalan kami bermula sehinggalah ia membawa dua kali pertemuan ketika dia pulang ke Malaysia. Kami tak pernah rancang tarikh untuk berjumpa, semua terjadi on the time. Yang paling saya teruja, dia sanggup datang dari jauh hanya untuk jumpa. Terima kasih awak.

"1st Dating Dengan Si Dia & 2nd Dating Dengan Si Dia. Dua entri ni sangat bermakna bagi saya. Bagi saya, segala kenangan yang terindah amat bermakna untuk saya simpan dan ingati. Berharap kami akan berjumpa lagi pada masa akan datang. Saya akan tunggu awak sampai bila-bila". Inilah maksud disebalik cover facebook yang saya guna sekarang.

2nd Dating Dengan Si Dia - Ciri-ciri keychain yang saya berikan pada si dia tu sama dengan baju yang Kalil berikan pada Lea dalam cerita Cinta Jangan Pergi. Warna baju biru dan pada baju ada hati warna merah. Korang boleh tengok SINI, Episod 1 & 2, minit ke 0:47:20 - minit ke 0:47:50. Sebenarnya sebelum saya jumpa dia, saya tak pernah lagi tengok cerita ni. Tapi saya pelik, kenapa cerita ni banyak persamaan dengan kami. Ketika saya jumpa dia, saya sempat bawa dia pusing-pusing di sekitar Menara Condong Teluk Intan, tetapi dalam cerita tu... Korang tengoklah episod 1 sehingga habis, korang akan paham nanti. Adakah semua ni kebetulan? Atau suratan?

Sejujurnya, M** adalah lelaki pertama yang ajak saya keluar. Memandangkan si dia betul-betul jujur nak jumpa saya, saya beranikan diri. Apa yang membuatkan saya hairan, ketika pertama kali saya keluar bersama dia, saya merasakan seperti kami dah lama kenal. Saya rasa begitu rapat dengan dia. Awak, saya ada hati pada awak, tapi... Saya akan tunggu awak sampai bila-bila.

* Saya rindukan awak. Bila awak nak balik?...

14 sweet comments:

Unknown said...

yumida x pnh tgk citer tu solehah
mcm bez sinopsis solehah bg ni
nnti yumida g intai kat tv

bertuahnya si M
moga bahagia u olls

yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

Kekzamanis said...

PJJ adalah sangat menyeksakan.. Tapi ada hikmah Allah pertemukan Solehah dengan jejaka yang bekerja nun juah di Yaman.. Insha Allah.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

Miss N™ said...

oo..bgitu alkisahnya...
nur pernah tgk cerita tu, tapi xdelah tgk detail2 sgt..

moga cinta solehah dengan si dia bkekalan hingga jinjang pelamin..insyaAllah...!

ecadwinkyasha said...

touching je..eh, da link tak tuk semua episod?..akak nak tau, ari tu akak tgk sampai eposid yg khalil balik msia je

Ann Ishak said...

saya tak pernah tengok cerita tu tapi kisah cinta u amat romantik :)

Solehah Shamsuddin said...

Err mana da cinta2 la korang.Solehah dgn dy masih kawan, kami xdeclare pn. Sbb tu la Solehah gelarkn dy sbg awk dlm entri ni.Cuma Solehah berharap ada keajaiban untuk semua ni.Sbb Solehah akn tggu dy smpai bila-bila.

Solehah Shamsuddin said...

Tq kak Yumida.

Solehah Shamsuddin said...

Tq kak Rosmiza. Solehah xtau sbnrnye npe Solehah dipertemukan dgn dy. Hanya Allah yg tau rahsia hidup ini. Walaupun seksa sbb brjauhan, tp Allah mudahkan utk kami saling berhubung setiap hari.Terima kasih Allah.

Solehah Shamsuddin said...

* Moga perkenalan Solehah dgn si dy berkekalan hingga ke atas pelamin. Insya-Allah. Aamine. Tq Nur.

Solehah Shamsuddin said...

Ada kak Eca. Semua ada. Tengokla nanti.

Solehah Shamsuddin said...

Hehe tq Ann Ishak.

are_lin@yu said...

sweet dear..moga berkekalan ya ;-)

kayyana said...

akak tak pernah tgk citer tu.. tp bile bc entry solehah ni akak teringin plak nak tgk citer tuh... cinta jarak jauh ni memang banyak dugaannye dik.. kena setia dan jujur... jangan ada yang curang pasti akan runtuh dengan sekelip mata..

Unknown said...

owhh.. perkenalan bermula di wechat la ni ye..hihi.. moga kekal slamanya.. =)