SINOPSIS SINETRON ALIYA
Cerita diawali dengan seorang wanita hamil tua bernama Shinta (Jian Fahira) yang mencari suaminya, Anjar (Gunawan). Suatu ketika dia berhasil bertemu dengan suaminya itu. Namun, dia sudah bersama Mutia (Marchia Caroline) yang sedang hamil dan ternyata adalah isteri pertama Anjar.
Shinta dan Mutia melahirkan di waktu dan tempat yang sama. Namun bayi Muthia meninggal. Kuatir cucunya tak bisa hidup dengan layak akibat kemiskinan, Laila (Marini Burhan), ibu dari Shinta, memberikan bayi yang baru saja dilahirkan Shinta kepada Mutia sebagai ganti dari bayi yang meninggal.
Aliya (Dea Anisa) tumbuh dewasa di bawah asuhan Mutia. Sementara Shinta telah menikah lagi dengan Wisnu yang memiliki anak bernama Gilang (Irwansyah). Secara kebetulan, Wisnu berpacaran dengan Aliya.
Aliya (Dea Anisa) tumbuh dewasa di bawah asuhan Mutia. Sementara Shinta telah menikah lagi dengan Wisnu yang memiliki anak bernama Gilang (Irwansyah). Secara kebetulan, Wisnu berpacaran dengan Aliya.
Singkat cerita, Gilang meninggal akibat kecelakaan. Oleh keluarga Wisnu, Aliya dianggap sebagai penyebab malapetaka itu karena Gilang akan menemui dirinya sebelum kecelakaan terjadi.
Sinta mengusir Aliya dari rumahnya, tanpa sadar bahwa gadis itu adalah anak kandungnya sendiri. Klimaks dari cerita ini adalah saat Shinta mengetahui bahwa Aliya adalah anak yang dulu pernah dia lahirkan.
Cerita bergulir dramatis dan penuh air mata, dengan Aliya sebagai titik fokus drama.
LAGU TEMA SINETRON ALIYA
Letto - Menyambut Janji
NAMA DAN PERWATAKAN PELAKON
SINETRON ALIYA
- Dea Annisa (Aliya)
Aliya sebenarnya anak kandung Pn. Shinta, tetapi selepas Aliya dilahirkan ibu Pn. Shinta telah memberikan Aliya kepada ibu Pn. Mutia kerana pada masa itu mereka miskin dan tidak mampu menjaganya. Jadi Aliya bukanlah anak kandung Pn. Mutia, Aliya cuma anak angkat Pn. Mutia. Pabila Pn. Shinta sedar dari tidur selepas bersalin, dia mendapati anaknya tiada. Ibu Pn. Shinta berbohong pada Pn. Shinta yang anaknya sudah meninggal secara tiba-tiba. Pada saat Pn. Shinta melahirkan anaknya, dia masih menjadi isteri kepada En. Anjar. Jadi En. Anjar sememangnya bapa kandung Aliya. Aliya dibuktikan sebagai anak kandung Pn. Shinta yang sebenar kerana terdapat tanda lahir di belakang bahu Aliya. Aliya juga merupakan kekasih Gilang Wardhana pada mulanya, akhirnya Aliya memilih Faris sebagai suaminya.
- Irwansyah (Gilang Wardhana)
- Irwansyah (Galang Wardhana)
- Restu Sinaga (En. Wisnu)
- Jihan Fahira (Pn. Shinta)
- Gunawan (En. Anjar)
- Marchia Caroline (Pn.Mutia)
- Pn. Sandra
Isteri pertama (bekas isteri) En. Wisnu dan ibu kandung kepada Gilang Wardhana dan Galang. Kerana harta, dia sanggup menghasut Galang untuk mendapatkan harta En. Wisnu. Di akhir cerita, cuma menunjukkan yang Pn. Sandra melarikan diri dari penjara bersama Dita.
- Gege Elisa (Gisha)
Sebenarnya Gisha anak kandung Pn. Atikah dan En. Hendri. Dia bukannya anak kandung Pn. Shinta. Di akhir cerita, Gisha memaafkan En. Hendri dan mereka berbaik semula.
- Primus Yustisio (En. Hendri)
Dia merupakan bekas suami Pn. Atikah. Sebenarnya En. Hendri adalah bapa kandung Gisha dan En. Hendri bukannya bapa kandung Dana. Di akhir cerita, Gisha, Faris & Dana berbaik sesama mereka. Mereka bertiga berjanji akan menjaga En. Hendri sepenuh hati.
- Dana
Sebenarnya dia bukannya anak kandung En. Hendri tetapi dia merupakan anak kandung Pak Raja. Di akhir cerita, Dana insaf dan berubah menjadi anak yang baik. Dana berkahwin dengan Marina kerana dia mahu bertanggungjawab untuk menjaga Putra bersama Marina.
Sebenarnya dia ayah kandung Dana, bukannya En. Hendri.- En. Raja
- Pn. Atikah
- Afifa Syahira (Marina)
Pada awalnya, Marina bakal dijodohkan dengan Gilang tetapi terbatal kerana Gilang meninggal disebabkan kemalangan. Anak yang dikandung oleh Marina ialah anak Dana, bukannya anak Gilang. Di akhir cerita, Marina bernikah dengan Dana.
- Natasha Dewanti (Pn. Winda)
- Billy Davidson (En. Faris)
Kawan rapat Aliya di pejabat. Dia juga merupakan anak kandung En. Hendri. Di akhir cerita, Faris berkahwin dengan Aliya.
- Shandy Isabella (Anindita)
- Marini Burhan (Pn. Laila)
- Suzy
PENGAJARAN
1. Inilah akibatnya jika tiada penggunaan kad pengenalan. Anak sendiri pun boleh tertukar. Kalau macamnilah akibatnya, sesebuah institusi keluarga sentiasa dalam bahaya.
2. Pentingkan kasih sayang, bukannya harta. Kerana harta, semua orang sanggup menipu untuk menjadi ahli keluarga orang berada.
Sebagai contoh, Marina yang tetap mahukan En. Wisnu dan Pn. Shinta bertanggungjawab ke atas bayi yang dikandungnya disebabkan harta kerana tidak mahu bayinya itu lahir tanpa bapa dan masa depan, padahal anak itu anak Dana bukannya anak Gilang.
Sebagai contoh, Marina yang tetap mahukan En. Wisnu dan Pn. Shinta bertanggungjawab ke atas bayi yang dikandungnya disebabkan harta kerana tidak mahu bayinya itu lahir tanpa bapa dan masa depan, padahal anak itu anak Dana bukannya anak Gilang.
3. Pada awalnya, tinggalkan seseorang itu disebabkan miskin. Selepas tu mulalah gelojoh harta ketika si miskin tadi menjadi kaya.
Sebagai contoh, Pn. Sandra tinggalkan Gilang dan En. Wisnu disebabkan En. Wisnu kehilangan pekerjaan tetapi bila En. Wisnu sudah kaya, Pn. Sandra menghasut Galang untuk bekerja dengan bapanya supaya dapat merebut harta En. Wisnu.
Sebagai contoh, Pn. Sandra tinggalkan Gilang dan En. Wisnu disebabkan En. Wisnu kehilangan pekerjaan tetapi bila En. Wisnu sudah kaya, Pn. Sandra menghasut Galang untuk bekerja dengan bapanya supaya dapat merebut harta En. Wisnu.
EPISOD AKHIR
- Pn. Mutia meninggal dunia.
- Pn. Sandra melarikan diri dari penjara bersama Dita.
- Galang meretui perkahwinan Aliya dan Faris dan berjanji akan menjaga Aliya seperti adiknya sendiri.
- Aliya dan Faris bernikah.
- Dana dan Marina bernikah.
- Kevin ditangkap kerana mencuba untuk membunuh Dana di hari pernikahan Dana.
- Aliya dan Faris tinggal bersama En. Wisnu dan Pn. Shinta, kemudian Aliya hamil.
Berakhir sudah sinetron Aliya harini. Esok bermula sinetron Annisa. Layan... :)
22 sweet comments:
mama kakak suka sangat benda ni...
suke ke indon? bihah tak layan sangat cite indon ney. hehe btw follow here http://nabihahzambry.blogspot.com/
nur tak tgk..huhuh
alahaiiii sinetron... biasa la episod pjg berjela... x habis2 citer psl tertukar anak...huhuhu....
sinetron bru eh solehah?adus byk ketinggalan dh ayu ni..hehe
ehe..akak sejak azali xsuka cerita indon..orgnyer pun xberapa suak..ehe...ntahlaa napa.. mmg tak tgk citer indon...tapi ramai yg suker
skrg ni akak x suka benar cerita indon solehah, sebab terang2 kelentong! geram...
dh abis drama ni kan
drama indon...waduh...byk menyimpang2
x tahu ape kesudahan drama tu? x follow
hope solehah baik2 aja ya
aah..yumida faham..solehah bz dgn study
do ur bez utk study n exam k
kami sentiasa doakan yg terbaik buat solehah
ala, sye x tgk cite indon...
tak tngok cita ni.. huhu
for u dear ;-) http://coratcoretkuini.blogspot.com/2013/05/happy-sweet-23-birthday-solehah.html
solehah minat citer ni rupanya. panjang kot lama sgt nak abis. hehe..
fuh,berbelit otak nak pahamkan maybe sebab x tengok kot:3
tak tgk pun cite ni. kureng sket cite indon. hehe.
amboi , ni minat benar ni dengan sinetron , haha ,
hye solehah..maaf lama suda akk xsinggah sini..ayah akk dah xder la dik..dah mninggal..apa² thanx coz sudi doakan ayah akk..hehee
dah lama x layan sinetron indon ni..meleret sgt
cendol tak tengok sinetronnn :) hehe
rumah takdak tv :P
cite indon mmg best tp kalau dh panjang berjela hlg mod terus nak tengok....
lama dh tk layan sinetron endon kt tv. ptg tu kalau balik kojer, ada gak trnmpk kat astro prima, tk sure cerita apa. klau stay memalam, agk2 kol 2-3pg tu, ada gak tv3 or tv9 tyg cinetron.
Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Banyak tudung dan shawl2 yang menarik dari HV collection.Jangan lupa follow juga ye.. =)
Terima kasih
http://hijab-valley.blogspot.com
malas nak tgk sinetron mmg panjang berjela2..huhu
Post a Comment