Pilihan 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Pilihan 3 : Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Ia akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan anda jadikan ia minuman selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
Pilihan 4 : Setiap kali selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina ditambahkan dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.
Pilihan 5 : Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambil 5 halia bara (Halia Cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.
Pilihan 6 :Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Kapur dan limau dicampurkan dan digaul sehingga sebati. Sapukan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi.
Pilihan 7 : Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.
Semoga berjaya! :)
8 sweet comments:
Tips yg sgt berguna...TQ ! :)
Akak nak suh suami akak try la..hehehhe
nice petua.. mg sesiapa yg berhajat nak slim bolehlah cuba... ehe..nak minta naik sikit berat badan boleh ?..akak dh makan banyak..still tak naik..juga..camana ?...
wah..nice
blh yumida try ni
kempiskan perot akak nak la.. tp kalo turunkan berat badan xnak la..hihi..
yeayy tips yg bagus..hehe
Perkongsian yg menarik. 😊
Tips mudah dan bagus utk diamalkn..
Post a Comment