Lazada Malaysia

Tuesday, April 9, 2013

Home » » Tutorial : Upload Fail PDF Ke Dalam Entri Blog

Tutorial : Upload Fail PDF Ke Dalam Entri Blog


Assalamualaikum. Sebenarnya tutorial ni pernah direquest oleh cikgu saya pada tahun lepas. Alhamdulillah saya dah tolong beliau. Dan sebenarnya saya nak buat tutorial ni untuk korang jugak. Tetapi oleh kerana saya terlupa nak buat tutorial ni untuk korang pada tahun lepas, maka tutorial ni baru dibuat. Jadi kepada sesiapa yang nak tau, jom ikut tutorial di bawah ni. Kalau tak paham, terus tanya di kotak komen entri ni.

1. Mula-mula, pergi ke link INI.

2. Kemudian klik Log In. Korang boleh log in guna facebook.

3. Bila dah siap daftar, klik Upload.


4. Korang akan masuk ke ruangan Upload a Document. Kemudian klik "Select files to upload". Cari fail dan upload fail yang korang nak upload tu.

5. Setelah upload, nanti akan ada bahagian additional information. Korang isi Title, Description, Category, Topic, Type dan Tags yang sesuai. Jika dah siap isi semua, klik Save & Continue (lihat di kanan bawah).

6. Korang juga boleh share fail yang diupload tadi ke media sosial yang lain. Di bahagian kotak "Embed" ada kod kan. Itulah kod PDF untuk dimasukkan ke dalam entry blog. Copy semua kod tu ye. Tick bahagian "Submit content to be featured on Scribd's homepage". Kemudian isi bahagian kotak "Explain why this content should be featured on Scribd". Kemudian, klik Submit. Fail PDF korang dah siap upload!

7. Buka blog korang dan create entri seperti biasa. Jika korang nak upload PDF tadi, klik HTML di sebelah bahagian Compose. Paste kod yang saya suruh copy tadi di langkah kelima. Kemudian klik Compose semula. Jadi kan? Alhamdulillah. Nanti korang bolehla selalu upload fail PDF dalam entri. Di bawah ni contohnya :

  

Selain itu, korang juga boleh upload dokumen biasa seperti dari Microsoft Word & Microsoft Excel ke Scribd ni. Jika korang nak upload fail PDF yang telah sedia ada di Scribd ke entri blog, ikut langkah di bawah.

1. Mula-mula, klik SINI.


2. Tengok bahagian kanan atas dan klik pada apa yang ditunjukkan oleh bulatan merah di bawah.


3. Klik pada "My Content".

4. Di bahagian "Published", sila pilih mana satu fail PDF yang korang nak upload ke blog. Klik pada tajuk fail PDF tu ye. Sebagai contoh. Fail Invoice Guide-Exabytes.

5. Klik pada Embed.


6. Ubahla setting di dalamnya. Pabila dah siap, copy kod yang disediakan. Jika nak masukkan ke dalam entri blog, ikut seperti langkah 7 di atas ye. Siap!

Diharapkan tutorial ni korang pahamlah ye. Sebab langkahnya terlalu banyak nak dibuat. Selamat mencuba.

5 sweet comments:

Mrs Velentine said...

tq solehah share

Unknown said...

bole tau lebih jelas fungsi fail pdf ni? kohkoh

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla Manjew eh haha utk share apa2 fail yang dalam bentuk PDF le :)

shuhadaothman said...

nice tuto yunk. nanti boleh cuba. hehe. ehemmm! blog dia lawaaaa! ;)

Miss N™ said...

Nur blur2 lagi ni...
hihihi