Lazada Malaysia

Sunday, April 7, 2013

Home » Kek Secret Recipe Untuk Hari Lahir Abah

Kek Secret Recipe Untuk Hari Lahir Abah

Assalamualaikum.

Akhirnya, percaturan saya memilih kek Secret Recipe untuk hadiah hari lahir abah tercapai jua. Bukan apa, adik-adik saya fikir nak sambut di KFC saje. Tapi tengok siapa yang menang.haha hebat juga kakak korang ni kan? Yang paling best, mama saya turut beli untuk kami. Jadi beli 5 potong kek la kan. Jenisnya lain-lain.

Nak tayang gambar kek ni. Dua potong kek Chocolate Indulgence, dua potong Moist Chocolate Cake dan satu potong Chocolate Cheese. Bagi yang kempunan, dinasihatkan tengok gambar di bawah ni rapat-rapat lagi ye... :D


Moist Chocolate Cake. Kek untuk abah dan mama.




Chocolate Indulgence. Kek untuk saya dan adik.
Maaf gambar kek Chocolate Cheese tak ada sebab habis dimakan... :p


Okaylah, sampai sini saje saya tayang kek SR ni. Sebenarnya saya kesian kat korang sebab tengok kek ni. Nanti meronta-ronta pulak cacing perut tu kempunan nak makan kek SR. Eh, jangan salahkan saya ye. Korang yang tengok.haha :D

* Kepada kelima-lima pengomen tegar blog yang diumumkan tu, Solehah dah beli kad topap tu tau. Nanti korang check dalam inbox facebook korang ataupun di fanpage blog Solehah ye. Solehah akan bagi harini samada pagi ni atau petang ye. Masa untuk tidur. Selamat malam semua.

6 sweet comments:

Miss N™ said...

wahhhh... Chocolate Indulgence
peberet nur tuu...!

terliur dah ni...!

Asma' Sah said...

yummy *meleleh air liur

shida said...

gulp...sodapnyer...dah la mmg dh lama sy xmkn kek SR..huuu~~

Cik Ai said...

hamboiii..jenuh mkn la si abah tu nti.hehehe
choc indulgence mmg pilihan :)

IMA SALSUZAIMA said...

grrrrr.. tak baik tau buat org kempunan. hihi

Unknown said...

mmg sedap..hari tu pun beli masa celebrate besday dgn mmbe...