Lazada Malaysia

Tuesday, April 2, 2013

Home » » Tips : Menghilangkan Batuk

Tips : Menghilangkan Batuk

a. BATUK SERATUS HARI - Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada bontot pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya. Minum air tersebut 2 kali sehari. Dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.

b. BATUK BIASA (BRONKITIS) - Ambil sepotong cikur sebesar ibu jari dan garam sedikit. Kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya. Selepas 5 minit rasa gatal akan hilang.

  • Tanda-Tanda Batuk Biasa:


1. Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak.

2. Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas.

3. Keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.

  • Cara-Cara Mengelak:


a. Bernafas diudara yang segar dan bersih.

b. Asap rokok adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap batuk jenis ini.

c. Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain.

c. BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK - Batuk ini adalah batuk yang tidak mahu berhenti-henti, biasanya berlaku pada kanak-kanak. Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. Oleh kerana air perahan ini terlalu pahit, kahak-kahak akan keluar. Buatlah berulang kali jika perlu.

d. BATUK (suara serak/kahak pahit) - Ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya dan tumbuk tumbuk atau dimesinkan sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya dan minum sekadar 3 sudu besar. Minum 2 kali sehari. Amalkannya 2 hari berturut-turut.

UBAT BATUK MUJARAB - Makan buah kudu yang sudah masak dengan garam. Gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.

24 sweet comments:

EkaTikah said...

tips berguna. kite pun tengah batuk2 nie. bilalah nak hilang --"

dya nasir said...

nnti blh guna tips ni

Farah Waheda Wahid said...

wah macam2 jenis batuk yer solehah? anyway, berguna tips ni and thanks for sharing...

Vanilla Maple said...

thanks for de info. hehe

Si Matatajam said...

Buah Kudu tu buah apa yek?

Fatin Diana said...

banyak jenis batuk ea. baru tahuu

aReLaN said...

mana nak cekau kemunting & cikur tu???saya biasanya minum air gula-gula hacks je.hehe

Solehah Shamsuddin said...

@Si Matatajam buah kudu tu buah mengkudu. kudu tu dalam bahasa Jawa, kak :)

Solehah Shamsuddin said...

@Farah Waheda Wahid haah sebenarnya batuk da bagai jenis, sume xsme :)

Solehah Shamsuddin said...

@aReLaN kemunting cina tu sejenis herba. kalau nak beli, cuba cari di kedai yang jual herba. kalau cikur pula, bentuknya macam halia. kadang2 org panggil cikur tu kencur, kecur ataupun cekur. mana-mana pun boleh dipanggil. selalunya ia digunakan dalam masakan orang jawa. kalau jagau tak tau cikur tu pe, tanyalah org jawa ye :)

Solehah Shamsuddin said...

eh silap panggil lak.haha maaf arelan :)

Unknown said...

nice tips
aah kan...kengkdg sllu rasa tekak gatal pastu olwes nak rs batuk

Unknown said...

banyakkan petua org2 jawa..hehe.. buah pun tak pernah dgr namanya.. tapi kalau guna petua tradisional mmg senang dr makan ubat batuk cuma kemalasan utk sediakan bahan2 ja..ehehe

Aine Ainun said...

cikur..ke cekur ekk..
solehah tau tak cikur tu ape?

bagus tips ni solehah...=)

Solehah Shamsuddin said...

@Aine Ainun kadang2 org panggil cikur tu kencur, kecur ataupun cekur. mana-mana pun boleh dipanggil. selalunya ia digunakan dalam masakan orang jawa. kalau akak tak tau cikur tu pe, boleh cari di pasar. da org jual :)

Zam said...

ooo.. klu mcm tu bolhlh cuba lain kli.. dpn rumh ni ada kmntg cina :)

Nabilah Jamaludin said...

@solehah shamsuddin saya ade hantar email kat awk, please check, :) thank youuuuu.

Chic Na said...

bagus berkongsi tips. boleh cuba. :)

Kekzamanis said...

Thank you dear for the tips.. Memang tengah batuk2 pun ni.. Dah masuk 2 minggu.. Huhu~~

Unknown said...

cara tradisional mcm ni la biasanya lebih mujarab kan... ;)

Mrs Velentine said...

tq solehah..anak2 kak MV mmg senang kena batuk

Aan Rusmanto said...

‎​TђƋήK••Æ´<3Ʋ••({})({}) for the info

blogwalking!
http://aan-shared.blogspot.com

Miss N™ said...

Nice tips solehah...
kalau ade sesiapa yg batuk bolehlah cuba tips ni.. :)

Liyana Anuar said...

mcm susah je nak cari bahan2 tu.huhu~