Lazada Malaysia

Saturday, April 27, 2013

Home » Kemahiran Menulis Entri Blog

Kemahiran Menulis Entri Blog

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat belaka. Alhamdulillah, kesihatan saya makin pulih. Syukur. Dah baca tajuk entri ni kan. Harini saya nak buat entri mengenai kemahiran menulis entri blog. Ada yang bagitau saya yang saya tulis entri blog ni skema. Eh, skema ke? Rasanya tak kot. Saya rasa saya masih taip entri macam blogger lain juga. Tapi kadang-kadang tu adalah skema jugak. Biasalah tu kan.

Antara sebab mengapa saya taip entri sebegini :

1. Pembaca blog saya ni terdiri dari pelbagai jenis orang. Dulu saya pernah buat entri dengan tulisan singkat, tapi ada di kalangan pembaca tak paham dengan apa yang saya tulis. Selalunya, masalah ni terjadi untuk pembaca yang berumur atasan. Sejak dari tu, saya cuba tulis entri blog ni secara skema. Pembaca blog saya ni ada juga yang bukan dari orang Malaysia, jadi agak sukar untuk mereka memahami apa yang saya tulis. Jadi, sewajarnya saya tulis entri secara penuh.

2. Sebenarnya ada rahsia tersembunyi disebalik penulisan entri saya selama ni. Rahsia di sebalik "mengapa blog saya ni cepat naik ranking Alexa". Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya saya buat entri secara penuh dan skema adalah kerana ia akan memudahkan entri yang saya buat akan cepat mesra SEO. Mungkin saya tak pernah bongkarkan selama ni, tapi inilah kebenarannya. Kalau tak percaya, cuba korang buat. Insya-Allah, berhasil.

3. Tajuk entri dan isi entri mestilah bertepatan. Janganlah buat tajuk entri lain, tapi isi entri lain. Dan carilah tajuk entri yang mesra SEO jugak. Jangan main hentam saje. Yang penting, isi entri mestilah skema. Ingat pesan saya ni tau kalau korang nak ranking blog korang cepat naik.

Rasanya ni saje saya dapat bagitau. Kalau ada lagi, saya akan tambah lagi di kemudian hari. Okaylah, selamat menulis entri... :)

13 sweet comments:

Unknown said...

nice sharing :)

jemput join : http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/04/mini-giveaway-by-nurulfhmt.html

najiahs said...

good sharing!!:)

Maryati said...

Yang, SEO tu apa maksudnya? :) Terima kasih :)

dieyna said...

dah lama akak tak jenguk sini.. tips menarik.. akak nak buka blog baru juga ni.. lebih kepada perkongsian tentang kesihatan.. singgahlah nanti yer

Kekzamanis said...

Owh.. Baru tau rahsian ni.. Insha Allah, lepas ni akan cuba memperbaiki gaya penulisan Mieza.. Thanks dear for the tips! ^_^

Kekzamanis said...

Klik2 Komli, Exabites, Yadah! ^_~

Miss N™ said...

kena pandai main ayatkan...
nur pun belum dapat sasaran yang tepat lagi ni...

AM said...

Baru tahu kalau kita buat entri skema boleh naikkan ranking Alexa. Dulu, Arol pun suka buat entri skema. Tapi sekarang cuba nak santai sikit. :D

Apa pun, terima kasih sudi berkongsi rahsia ranking Alexa tue! :)

hazanis said...

info berguna. :)

tiqa said...

thanks. sharing yang menarik. :)

Unknown said...

wah
nice sharing solehah
sy sllu short form
lepas ni berusaha nk ayat skema la

Unknown said...

wahhh terbaiklah solehah.. akk ni kalo ayat skema ni mcm ssh sikit.. hahahah...

Mrs Velentine said...

baru tau..lepas ni kena taip yng skema lah..haha