Lazada Malaysia

Saturday, May 12, 2012

Home » » Blogskin (Part 3) - Tutorial Daftar Dan Pasang Widget Iklan Percuma Di Blog

Blogskin (Part 3) - Tutorial Daftar Dan Pasang Widget Iklan Percuma Di Blog

Assalamualaikum.

Saya buat tutorial ni kerana diminta oleh seorang sahabat saya. Kawan kepada sahabat saya ni ingin membuat iklan percuma di blog dia. Disebabkan saya ada masa sekarang, saya akan buat tutorial ni. Saya pernah guna widget iklan percuma ni, jadi saya akan beri tunjuk ajar pada dia macamne nak pasang widget ni. Harap dia paham dengan penerangan di bawah.

1. Bukak laman web INI .

2. Klik gambar BENDERA MALAYSIA di penjuru atas sebelah kiri dan pilih DAFTAR AKAUN.

3. Scroll ke bawah untu
k isi maklumat anda dan tekan DAFTAR.
(Nanti anda akan log in dengan menggunakan nama samaran yang di isi, INGAT TAU!)

4. Buka
e-mail anda, jika anda daftar guna email gmail maka bukalah akaun gmail anda. Cari e-mail yang dihantar oleh abcdead.com. Klik pada link yang ada di situ untuk verify akaun anda.

5. Anda akan dibawa ke main page abcdead.com. Klik pada
BENDERA MALAYSIA sekali lagi. Pilih logo 'lock' di bawah skali yang tertera nama 'Log Masuk'.

6. Scroll ke bawah. Masukkan
NAMA SAMARAN dan PASSWORD. Klik MASUK.

7. Selepas login, barulah anda boleh klik link widget tersebut.

8. Pilih susunan widget yang anda nak. Anda juga boleh set tempoh iklan dan lain-lain di sini. Ubah mengikut apa yang anda mahukan. Selesai mengubah tetapan, sila
Copy kod widget yang terdapat dalam box.

9. Klik template blog anda dan pastekan kod tadi. Kemudian
Save.

10. Siap!

Bila dah siap pasang widget ni, nanti anda akan dapati kotak-kotak iklan kosong dalam blog. Sila tengok blog anda sekarang.hewhew~ Eh, sudah ada kotak-kotak iklan kosong la. Macamne nak letak iklan dalam tu pulak? Sabar, sabar. Mari tengok tutorial di bawah pula.

1. Klik mana-mana iklan kosong. Kanan, kiri @ tengah. Jangan anda letak iklan mengenai blog anda seorang saje sudahlah.

2. Masukka
n url blog dan url banner anda. Kalau tak ada banner, terpulang nak letak gambar apa-apa pun, asalkan bersesuaian. Harap-harap gambar tu sopan dan menutup auratla. Tak pasal-pasal nanti tuan blog yang pasang widget iklan percuma tu dapat dosa. Kalau tak nak letak gambar pun tak pe.

3. Klik simpan. Nanti anda akan dapati blog anda dapat disiarkan dalam kotak iklan tu.

Wah, teruja tak blog anda dah ada dalam tu?hehe
Seronokkan letak widget iklan percuma ni? Tak perlu bayar satu sen pun. Widget ni pun tak berat sangat. Dulu saya pernah pasang widget ni, tapi saya buang widget ni sebab ia membuatkan blog saya nampak sarat. Siapa-siapa yang nak cuba letak widget ni, cubalah. Mana tahu akan meningkatkan trafik blog anda ke.hehe Kalau tak paham cara pasang widget ni, sila tanya saya di komen entry ni ye. Terima kasih.


p/s : Tutorial ni boleh juga digunakan pada mana-mana jenis blog, samada blogskin atau template biasa. Perbezaan cuma pada cara paste kod di dalam blog.

0 sweet comments: