Lazada Malaysia

Thursday, May 31, 2012

Lagu Kegemaran Saya dan Bakal Suami


Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsi satu kegemaran saya dan si dia. Tak sangka pulak kami ada persamaan yang sama. Kami suka dengar satu lagu ni. Lagu dari Darine Hadchiti-Eddam El Kel. Sebenarnya lagu ni lagu kegemaran saya dari dulu. Sebab saya suka lagu ni, semestinya lagu ni lagu romantik. Tak sangka dia pun suka jugak. Adakah petanda ini bermaksud kami ada jodoh? Sebenarnya bukan saje lagu, banyak lagi sebenarnya persamaan kami berdua. Semoga saya dan si dia segera dipertemukan Allah dalam satu ikatan. Doakan saya kekal bersama dengan si dia ye. Insya-Allah kalau si dia jodoh saya, saya akan kawin dengan si dia dalam beberapa bulan saje lagi. Doakan semoga Allah mengikat tali perhubungan saya dengan si dia setiap hari. Aamine...

Arabic Lyrics

3ainayyi maghroomaih, ya imnassini ihmoomi, wilkissa mafhomaih, akhirta ma3ak.Ya niktait sibaay, ma ilha nihaay, ma fi 3andi ghayai, ghair ibaa ma3ak, Aaaaaah.Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma fill ishtaaatilak.Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma fill ishtaaatilak.Ya hobbi wedaadi, ya sham3ate 3ayaadi, nadait ismi naadi, aalbi ibyisma3ak. Shou hobak 3irfooni Min nazra fi 3youni.Ya hobbi wi ghnooni albi ibyi3shaaak.
Aaaaah.
Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma itfill ishtaaatilak.Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma itfill ishtaaatilak.Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma itfill ishtaaatilak.Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma itfill ishtaaatilak.Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma itfill ishtaaatilak.Iddam ilkill ihlaftillak, wihyat 3yonak iltillak. Ma fiyyi fill, keif baddi fill iw able ma itfill ishtaaatilak.

English Translation

My eyes are in love, O who forget my burdens and the story is understandable. What is the end with you.O my youth that did not have any end. I do not have a purpose except being with you. Aaaaaah.I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.O my love , festivity candle. You called, my name called me, my heart heard you. Your love knew me from the first glance of my eyes.
O my love and craziness, my heart loves you.
Aaaaah.
I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.
I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.
I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.
I swear to you in front of every one. I can not leave. How I can leave and before I can I missed you.

Inilah lagu yang kami berdua suka. Bila tengok saje lirik lagu ni, memang boleh agak lagu ni lagu romantik. Kalau teringin nak tengok klip video nya, cubalah cari kat Youtube ye. Saya yakin, korang pun akan suka lagu ni nanti.hehe Ok dahla tu ye. Saya dah malu-malu kucing dah ni bila cerita pasal dia. Lain kali saya cerita pasal si dia lagi. Habibi, I love u so much.

Tuesday, May 29, 2012

Keputusan Pemenang My 22nd Birthday Giveaway.

Assalamualaikum semua.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh saya sampai jua. Hari yang mana saya akan keluarkan senarai pemenang My 22nd Birthday Giveaway. Berdebar-debar juga saya nak umumkan pemenangnya ni, sebab semua entry best sehinggakan saya sendiri terpaksa menggunakan khidmat kawan saya sendiri untuk pilih entry mana yang terbaik. Sekarang dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya umumkan pemenang GA ni ye.

1st

Tahniah kepada para pemenang. Saya pilih pemenang berdasarkan entry yang menarik pilihan hati saya dan juga entry yang paling kreatif. Kepada yang tak menang, maafkan saya ye. Mungkin rezeki anda di lain hari, insya-Allah. Kepada para pemenang, sila hantar link entry dan nombor telefon anda ke email saya, pinkgemstone90@gmail.com. Sila inform saya dengan kadar segera supaya saya dapat selesaikan urusan hadiah ni secepat mungkin. Kepada semua peserta GA saya, terima kasih kerana turut serta dalam GA ni. Terima kasih semuanya. ^_^


p/s : Kepada pemenang yang ada banner blog sendiri, sila inform saya ye.

Sunday, May 27, 2012

Selamat Hari Lahir Yang Ke-22, Solehah

Assalamualaikum semua.
*Ini ialah "schedule entry" kerana tuan blog sedang bercuti.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22, SOLEHAH.

*Foto ihsan dari google-disebabkan tiada kek orang bagi.sob3

Itu saje ucapan yang saya mampu beri pada diri sendiri. Ya Allah, terima kasih kerana hidupkan saya hingga ke hari ini. Terima kasih dengan segala kurniaan-Mu. Terima kasih dengan segala kebahagiaan yang telah diberikan oleh-Mu & juga terima kasih kerana memberikan diriku ini berpeluang untuk menyambut hari lahir sekali lagi untuk tahun ini. Jika hamba-Mu ini melakukan kesilapan dan dosa terhadap-Mu, maafkan diri hamba-Mu yang kerdil ini ya Allah. Hamba-Mu ini cuma menumpang dengan segala nikmat-Mu, ya Allah.

CIRI-CIRI SESEORANG YANG LAHIR BULAN MEI
  • Keras hati dan degil - *kadang-kadang*
  • kuat semangat dan bermotivasi tinggi - *semestinya*
  • pemikiran tajam - *mungkin, saya pun xtau*
  • mudah marah jika tidak dikawal - *betul-betul*
  • pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian *yeke?*
  • perasaan yang sangat mendalam - *saya mudah terasa*
  • cantik dari segi mental dan fizikal - *yeke,korang rasa?*
  • tidak perlu dimotivasikan - *apa maksud ni ye?*
  • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain *sangat setuju*
  • mudah dipujuk - *mudah dipujuk tapi cepat merajuk*
  • bersikap sistematik ( otak kiri ) *ye,betul tu!*
  • suka berangan *eh,mana ada la.memandai je...*
  • kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain *saya senang paham orang melalui perbuatan*
  • mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan *erk takutnye...*
  • daya hayalannya tinggi *ye, saya senang berfikir tanpa sesuatu objek dihadapan saya*
  • pemikiran yang tajam *mungkin*
  • pandai berdebat *ye, saya suka berdebat sehingga saya menang*
  • fizikal yang baik *insya-Allah sentiasa baik setiap hari*
  • suka sastera, seni, muzik dan melancong *betul-betul,tapi sastera tu bukan la*
  • tidak berapa suka duduk dirumah *kadang-kadang saya suka duduk rumah, kadang-kadang suka berjalan*
  • tidak boleh duduk diam *pe maksud duduk diam ni?*
  • tidak punya ramai anak *eh,yeke? asalkan ada anak cukupla*
  • rajin dan bersemangat tinggi *ye! itulah saya*
  • agak boros *kadang-kadang boros bila nampak sesuatu yang murah.itu boros juga ke?*

Lagu Selamat Hari Lahir

Versi Bahasa Melayu

Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir Solehah,
Selamat hari lahir.

Versi Bahasa Inggeris

Happy Birthday to u,
Happy Birthday to u,
Happy Birthday to Solehah,
Happy Birthday to u.

Versi Bahasa Arab

Kul Sana Wa Inti Tayeb,
Kul Sana Wa Inti Tayeb,
Kul Sana Wa Inti Tayeb,
Kul Sana Wa Inti Tayeb.

Versi Bahasa Korea

Saengil chukha hamnida,
Saengil chukha hamnida,
Saengil chukha hamnida Solehah,
Saengil chukha hamnida.

Versi Jepun

Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu,
Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu,
Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu Solehah,
Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu.

Itu saje lah ye semua. Agak-agaknyalah kan apa yang saya akan dapat pada hari lahir saya harini ye? Sekali lagi, selamat hari lahir yang ke-22 untuk diriku.

p/s : Terima kasih pada yang sudi wish hari lahir saya pada awal hari. Tak sabar nak wish la tu.hehe Akhir kata kepada peserta GA saya, saya akan umumkan pemenang setelah saya pulang dari bercuti ye. Jangan lupa betulkan apa-apa yang patut ye. Insya-Allah minggu hadapan juga saya akan umumkan pemenang sekitar 28 Mei-3 Mac ye. Harap anda semua bersabar. Sayang awak semua.

*Harap-harap xda adegan tepung. =.=
*Jika anda nak ambik banner GA saya tu, cuma klik saje pada banner tu dan save ye. Nanti anda akan dapat banner tu.

Saturday, May 26, 2012

My 22nd Birthday Giveaway ~ TAMAT ~

Assalamualaikum semua.

Tepat pukul 12 tengah malam tadi, berakhir sudah penantian yang saya tunggu sehari-hari untuk giveaway ni. Memang terasa lama juga penantian untuk menunggu tarikh 26 Mei ni. Penat-penat.hehe Akhirnya selesai juga akhirnya. Saya sebenarnya tamatkan tarikh GA ni harini kerana keesokan harinya saya nak sambut hari jadi saya. Wahhh tak sabar ni... Harap-harap kejutan akan berlaku keesokan hari. Harap-harap kejutan itu juga sesuatu yang special untuk hari lahir saya. Kepada yang sudi join GA saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tanpa anda semua, mungkin tidak meriah hari lahir saya nanti. Terima kasih ye semua. Kepada peserta GA, insya-Allah saya akan umumkan pemenang pada minggu hadapan jika tiada halangan. Sebelum itu, apa kata awak semua check dulu penyertaan GA awak semua ni. Mana la tau tiba-tiba tak menepati syarat ke. Saya bagi masa sehingga hari Ahad ni, 27 Mei. Selepas itu, saya akan check penyertaan awak semua. Kalau tak tepati syarat, jangan salahkan saya ye. Harap semuanya ambil berat dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Berikut link penyertaan yang diterima :

Kisah Bagaimana 4 Artis Ini Mula Bertudung

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin berkongsi kisah mengenai bagaimana 4 orang artis ini mula bertudung. Mari baca semua.

Catriona Ross

Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu. Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau. "Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah. "Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya. "Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang. Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang. Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala. "Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil. "Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya. "Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan. "Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan? "Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah. "Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

Irma Hasmie

“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga. “Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Berdoa di Mekah Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin. “Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini. “Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta. “Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

Abby Abadi

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala. Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara. Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan .“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah . “Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

Diana Amir

“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,” “Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,” “Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. “Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,” “Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”.

Friday, May 25, 2012

My 22nd Birthday Giveaway.

ENTRY MELEKAT
(SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU)


Assalamualaikum dan hai semua.
Kita bertemu kembali.


Yeayy!!! Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. 1st GA sudah berlalu. Tahniah kepada pemenang ye! Sesiapa yang dah join tu, masih ingat lagi x saya pernah bagitahu nak buat GA lagi pada kalian semua? Dengan ini dan pada hari ini saya merasmikan giveaway kedua saya sempena Hari Lahir saya yang ke-22. Mari join semua. Jangan malu-malu.




SYARAT-SYARAT


.: Wajib follow blog Solehah :.
.: Tarikh : 26 April-26 Mei 2012 :.
.: Khas kepada BLOGGER MALAYSIA sahaja :.
.: Buat entry bertajuk ''My 22nd Birthday Giveaway'' :.
.: Lekatkan banner GA dalam entry & backlinkkan semula ke SINI :.
.: Buat ucapan sempena Hari Lahir saya (boleh buat dalam BM @ BI) :.
.: Penyertaan kurang dari 10 orang, GA automatik terbatal :.
.: Letakkan link entry anda ke dalam komen entry ini :.
.: Pemenang ditentukan oleh UCAPAN TERBAIK :.
.: Tag 3 orang bloggers :.
.: Itu saje :.

HADIAH

* Hadiah dihantar ke emel pemenang *

1st : Topup RM 30 (Maxis/Celcom/Digi)

2nd : Topup RM 20 (Maxis/Celcom/Digi)

3rd : Topup RM 10 (Maxis/Celcom/Digi)

Kepada pemenang yang ada banner blog sendiri, saya akan lekatkan banner blog anda di sidebar kiri blog saya selama 3 bulan. Nak tak hadiah ni? Apa lagi, join ramai-ramai ye! Maaf sebab hadiahnya topap lagi. Maklumlah sponsor dari diri sendiri saje.


SENARAI PENYERTAAN GA
>> KLIK SINI <<


p/s : Agak-agaknya ada ke yang sudi join GA saya ini ye?
Terima kasih pada yang sudi join. Sebagai permulaan, Solehah nak tag :
Liniey | Umi | Ika | Farah | Merah | Zhaf

Senarai Penyertaan My 22nd Birthday Giveaway.

Entry GA : KLIK SINI
Berikut ialah senarai penyertaan GA.
Sila inform jika tiada link anda di sini.

15. http://strawberrysgurls.blogspot.com/2012/04/my-22nd-birthday-giveaway.html
16. http://yslgalz213.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
17. http://dieylapunyerblog.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
18. http://lifedearstory.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
19. http://cikpuanmudaumi21.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
20. http://lynnlinda.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
21. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
22. http://memories-si-akma.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
23. http://serenity-lover.blogspot.com/2012/05/my-22nd-birthday-giveaway.html
p/s : Link entry yang belum di 'link' terus ialah link yang saya tak dapat detect nama anda di butang follower, jadi harap anda semua bagitau nama yang anda gunakan untuk follow blog ini. Sila bagitau saya dengan kadar segera di entry ini. Terima kasih sudi join GA saya... ^_^

Jangan Berlengah Lagi! My 22nd Birthday Giveaway Bakal Melabuhkan Tirai Dalam Beberapa Jam Lagi

Assalamualaikum semua.


Dalam beberapa jam saje lagi GA saya ini bakal melabuhkan tirai. Dah join My 22nd Birthday Giveaway? Kalau belum lagi, cepat-cepatlah join GA ni ye. Saya tau hadiahnya tak menarik, tapi apa salahnya dapat hadiah yang tak seberapa ni kan. Kalau tak nak, bagi kat orang lain. Banyak lagi orang nak. hehe Sebenarnya tujuan saya buat GA ni sebab berbesar hati nak bagi hadiah pada awak semua sempena hari lahir saya pada 27 Mei. Tinggal 2 hari saja lagi saya akan sambut hari lahir saya. Tak sabarnya saya. hehe Saya tak nak cakap banyak-banyak lagi, cepat join GA ni sebelum terlambat. Nanti dah tutup, jangan menyesal pulak ye. Nak join? Klik link di bawah.


My 22nd Birthday Giveaway

Senarai Penyertaan My 22nd Birthday Giveaway



p/s : Sila perbaiki gambar GA ni dalam penyertaan awak semua. Terima kasih.

Wednesday, May 23, 2012

Perbezaan Istilah Muhrim dan Mahram

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya ingin berkongsi makna muhrim dan mahram. Sering kali orang asyik bertanya pada saya kerana terkeliru dengan istilah yang kadang-kadang orang salah ertikan dengan makna yang sebenar. Pernah tak kadang-kadang kita terdengar orang mengatakan sebegini kepada kita "Kita boleh sentuh muhrim kita tetapi kita haram sentuh orang yang bukan muhrim". Agak-agaknya kan istilah yang digunakan ni betul ke, macam pelik ada la. Saya tak nak bagi semua orang terkeliru, sekarang saya nak kupas apakah maksud sebenar istilah tersebut.

Muhrim dan mahram tidak sama maknanya.

1. Muhrim ialah orang yang sedang berihram ketika haji atau umrah.
2. Mahram ialah orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram kita bernikah dengannya. Adalah perlu untuk mengetahui siapakah mahram kita supaya dapat menjaga aurat dari dilihat oleh orang yang tidak sebenarkan oleh Islam. Perlu juga tahu siapakah mahram kita agar tidak bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita.

*Sila klik gambar untuk zoom.

Pada zaman penuh dengan kejahilan ini, ramai yang masih tidak tahu siapa mahram dan siapa bukan mahram, siapa yang boleh dikahwini dan siapa yang tak boleh dikahwini. Malah ramai yang tidak tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita walaupun dalam hubungan kekeluargaan. Saya berharap selepas ini, tiada seorang lagi yang salah ertikan maksud kedua-dua istilah di atas. Sepatutnya mahram, bukan muhrim. Harap perkongsian ini memberi makna kepada kita semua.

Edy Tsukasa & Fyn Tsukusyi

Assalamualaikum dan hai semua.

Pe menda la yang saya merepek buat entry pagi-pagi buta ni. Tajuk entry ni macam nama jepun pun ada, nama korea pun ada. hewhew~ jangan main-main dengan nama ni ye~ Sebenarnya nama ni milik kepada jejaka hensem, Mohamad Zulfadli Bin Mohd Khalid & awek cun, Nur Syafinaz Asyirah Binti Shahrizan. Mesti korang tertanya-tanya, siapa diorang ni kan. Dalam hati " Kami tak kenal la..".

Nama mereka berdua tidak asing lagi dalam kehidupan saya dan saya tahu ada diantara kalian mengenali mereka berdua ini. Mereka ini siapa ye? Artis ke? Pelakon ke? Saya tak nak jawab soalan korang semua tu, tengok gambar bawah dulu.hehe






Gambar ini ketika mereka bercinta dulu. Sebenarnya banyak lagi gambar diorang, xmau tayang lebih-lebih. Nanti fyn marah..hehe :)




Kemudian mereka mengambil keputusan untuk bertunang ketika Edy berumur 20 tahun dan Fyn berumur 18 tahun. Umur mereka betul-betul muda lagi ketika itu. Comel kan fyn ni? Rasa macam nak cubit-cubit je pipi tembam dia ni.hehe




Ketika majlis pernikahan mereka. Alhamdulillah, selesai juga akhirnya.


Nampak tak menda pe belakang diorang tu? ohooo saya nampak heli la. helikopter tuu..jangan main-main. errr =.= saya ni macam jakun je dah, padahal tengok depan mata jugak masa diorang mendarat tu.hehe Pengapit diorang, Muzammil (kawan sekelas saya) dan Kak Shuhada Ashirin (kakak fyn).


Sweet je fyn dan eddy masuk dewan. Fyn macam tunduk malu je.hehe


Cantikkan dewan diorang ni? Memang gempak habis la, sebab saya pun pergi. hehe jangan jeles ye semua. Majlis resepsi perkahwinan diorang dijalankan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Teluk Intan, Perak. Memandangkan saya ni orang Teluk Intan, harusla saya datang kenduri fyn. Betul tak, fyn?hehe


Ini gaun potong kek fyn. Serius saya jeles bila tengok gaun dia tersangatlah cantik.. =.=


Inilah gabungan dari gambar resepsi perkahwinan diorang. Banyak lagi gambar diorang ni, tapi saya tak larat nak upload banyak-banyak, pengsan saya nanti kena serang dengan fyn.hehe


Anak pertama mereka. Cuba teka ni laki-laki ke perempuan?




Sekarang anak diorang bukanla kecik macamni lagi. Dah besar sikit pun, dah pandai mengajuk orang pulak tu. Geram =.= Ha, diorang ni peramah sangat. Tak rugi kawan dengan diorang ni. Korang nak tau ke macamne nak contact diorang ni? Cuba teka, cuba teka.hehe

Tak silap saya, diorang dah kahwin sejak tahun 2010. Tarikh pulak, 22 April 2010. Maaf kalau silap, saya dah lupa tarikhnya. Perkahwinan diorang masuk berita tau. Bawah ni saya cuma nak review semula ye.hehe

TELUK INTAN: Forget about big fancy cars or the traditional bullock cart ride – lovebirds Mohd Zulfadli Mohd Khalid and Nur Syafinaz Asyirah Shahrizan had something else in mind for their wedding reception.
The newlyweds took a helicopter ride to their reception.
Dozens of excited guests and bystanders greeted the couple at the football field along Jalan Speedy here before they were whisked away in a multi-purpose vehicle escorted by an entourage of five sports cars to their reception venue, the Teluk Intan Municipal Hall.
Nur Syafinaz Asyirah, 18, said all the arrangements were made by her father, a pilot with Firefly.
“It was a wedding gift from him. I’ve always wanted to ride in a helicopter and for me to experience it for the very first time on my wedding day is amazing.

“I was happy, nervous and excited all at the same time,” said the blushing bride.
Mohd Zulfadli who, like his wife, is into direct selling was equally thrilled by the ride.
”It was a surprise from my father-in-law. We did not know about the helicopter ride until last week when he had already planned everything,” said the 20-year-old.
Shahrizan Abdul Rahman, 50, said he had wanted to do something special for his daughter and new husband on their wedding day.
“She is the youngest of my three children and I have a soft spot for her. So I made arrangements with my former colleagues at Integrated Training and Services where I used to teach flying to have them fly the couple in a helicopter,” he said.

Sebab apa saya minat fyn?

1. Sebab dia orang Teluk Intan.
2. Sebab fyn comel macam barbie doll.
3. Sebab dia bertudung.

Ok dah2 ye semua. Dah bercampur aduk bahasa saya ni. Tengokla ni, seronok sangat update pasal diorang, dah tak sedar sekarang pukul berapa.hehe

p/s : Cakap pasal kawin ni la kan, saya ni suka cakap hal orang kawin je. Tapi sekarang dalam umur saya, banyak orang tanya, bila saya nak kawin. Soalan ni betul-betul susah saya nak jawab sekarang. Cuma Allah saje penentu segala. Doakan untuk saya pula ye. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Itu saje. Selamat malam.

Tuesday, May 22, 2012

Michelle Yeoh Terima Gelaran Datuk Seri

KUALA KANGSAR 22 Mei - "Ini merupakan satu kebanggaan dan penghormatan kepada saya dan keluarga".

Itulah reaksi pelakon terkenal Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Seri Michelle Yeoh Choo Keng mengenai Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) membawa gelaran Datuk Seri yang diterimanya hari ini.

Michelle yang ditemani ibunya, Datin Janet Yeoh dan kakak iparnya, Fong Mei Yun berkata, penganugerahan darjah kebesaran itu mendorong beliau untuk terus gigih dalam bidang lakonan.

Menurutnya, beliau terkejut apabila mendapat tahu menerima anugerah tersebut dan terus menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand untuk menghadiri upacara penganugerahan pingat hari ini.

"Saya sedang menjalani penggambaran di Bangkok semasa mendapat panggilan telefon daripada ibu yang memberitahu saya mendapat pingat Datuk Seri. Ibu minta saya pulang hari ini untuk menerima anugerah tersebut," katanya. - UTUSAN

p/s : Tahniah! Semoga Datuk Michelle terus cemerlang dalam bidang lakonan.

Monday, May 21, 2012

Sunday, May 20, 2012

Mark Zuckerberg Sudah Kahwin. Tahniah Mark!


Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengakhiri minggu yang padat dengan urusan pengapungan syarikat laman sosial itu dengan mengumumkan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2012.

Status terbarunya di laman sosial ialah "sudah berkahwin".

Dia mengumumkan perkahwinan dengan teman wanita lamanya, Priscilla Chan, 27, yang dikenali sejak belajar di Harvard, kelmarin.

Majlis perkahwinan yang dihadiri sekitar 100 orang telah diadakan di rumahnya di Palo Alto, California.

Seperti Zuckerberg, Chan, pelajar perubatan, juga melalui hujung minggu yang padat kerana menghadiri majlis konvokesyen.

Laporan media menyebut tetamu-tetamu dijemput menjangkakan bahawa mereka akan menghadiri majlis sambutan hari graduan Chan, tetapi dikejutkan dengan majlis perkahwinan.

Cincin perkahwinan direka bentuk oleh Zuckerberg, yang mengasaskan Facebook pada 2004.

Pasangan itu kemudian berpindah ke California - lokasi ibu pejabat Facebook ditempatkan manakala Chan pula mengikuti pengajian perubatan di University of California, San Francisco.

Apa-apapun tahniah Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan. Semoga perkahwinan anda berdua bahagia selamanya.

Friday, May 18, 2012

Ekspo Hari Guru Peringkat Kebangsaan Di Kuala Kangsar, Perak

Assalamualaikum semua.

Pada hari sabtu minggu lepas hinggalah hari rabu 16 Mei 2012, telah berlangsungnya ekspo sempena hari guru serta pada hari rabu 16 Mei 2012, telah berlangsungnya sambutan hari guru peringkat kebangsaan di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Sambutan ini telah dilaksanakan dengan meriah disambut pula dengan kehadiran para guru dan murid-murid yang datang dari pelbagai negeri termasuklah saya dan juga beberapa lagi kawan saya. Sebenarnya saya datang sini pun malam hari saje, tak dapat pergi waktu siang sebab sambutan hari guru ni disambut pada hari bekerja, jadi pada masa tu kan saya belajar, jadi tak berpeluang untuk ke sana pada siang hari.

Pada sambutan hari guru ni terdapat persembahan yang menarik minat saya. Antara artis yang sempat saya lihat depan mata, Asmidar dan Aliff Satar. Terbaiklah mereka berdua ni. Suara Asmidar sangat merdu, begitu juga dengan kelincahan suara Aliff yang pandai mencuri tumpuan umum. Tapi saya terkilan masa tu saya terlupa bawa kamera, jadi tak dapatlah saya nak tunjukkan kat kawan-kawan semua. Lagu yang sempat saya dengar melalui persembahan mereka ialah Biar Sampai Ke Bintang - Asmidar dan Lelaki Seperti Aku - Aliff Satar. Selain itu juga terdapat persembahan gamelan dan tarian dari sebahagian peserta persembahan pada malam itu.

Di bawah berikut ialah gambar yang saya sempat ambil pada hari Selasa malam Rabu. Maksudnya persembahan ni dibuat pada malam hari. Dengan duduk kat tempat jauh dan terdapat ramai orang yang datang pada masa tu membuatkan saya cuma dapat ambil gambar ni dari kedudukan yang sangat jauh. Ni dah zoom habis. Maaf kalau tak jelas. Jom kita tengok gambar ni dulu ye.


Tarian apa ntah namanya ni? Lupa lak.


Sibuk je mamat dua orang ni. Mentang-mentang saya nak ambik gambar, dengan tak semena diorang sengaja halang. Sebenarnya diorang nak saya ambil gambar diorang juga. Mentang-mentang saya pegang kamera masa ni.ermmm


Disebabkan diorang halang tadi, terpaksalah saya tangkap gambar dari jauh. Nasiblah jelas.


Diorang menunjukkan ketajaman tanduk diorang. Tak silap saya ni tarian dari Sabah. Mungkin kot. Saya pun tak pasti. hehe


Tengok tu bersemangat diorang hayun kompang tu, dahla dengan pakai tanjak tajam pulak tu. Dalam banyak-banyak kumpulan tarian yang buat persembahan, kumpulan ni yang paling kelakar dan paling bersemangat saya tengok. Terbaiklah..


Menurut pengacara majlis, nama penyanyi ni Aisyah. Tapi saya tak tau pulak dia ni artis ke apa, yang pasti suara dia sedap.


Tarian ni tarian yang paling ayu. Lemah gemalai gitu.


Ni penyanyi laki pulak. Namanya, errr.... Ntah.


Tarian Indian malam-malam buta macamni mampu buatkan mata saya yang kuyu terus segar bugar. Terima kasih sebab segarkan mata saya ye.


Indian mari.. Saya pun tak pasti diorang ni betul-betul Indian atau tak.. Muka macam Melayu.


Diselangi dengan nyanyian Aisyah lagi..


Tadi tarian Indian, kali ni tarian Chinese pulak ye..


Dengan alunan muzik cina yang lunak dengan tarian mereka yang cun begini, memang tak rugi kalau tengok.


Cantik sangat bila diorang buat kipas pusing macamni.


Teringin jugak dalam hati nak belajar tarian camni.hehe


Cantikkan tarian diorang ni? Bila tengok tarian ni, teringat saya waktu kecik-kecik dulu suka masuk boria. hehe


Di akhir persembahan mereka.

Oklah, itu saje saya nak tunjuk. Disebabkan kekurangan gambar, saya tak dapat ceritakan lagi perkara yang best pada hari guru ni. Maaf sangat-sangat ye semua. Selamat malam.