Lazada Malaysia

Friday, February 7, 2014

Home » » Mee Udang Berasap Di Sungai Baru, Kuala Kurau, Perak

Mee Udang Berasap Di Sungai Baru, Kuala Kurau, Perak

Assalamualaikum.

Sekali lagi saya makan mee udang di Kedai Makan Kak Ros Mee Udang Berasap Sungai Baru ketika cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Pada mulanya nak makan ketam lembut di Kuala Gula, Perak tetapi ketam lembutnya sudah habis pula. Jadi kami patah balik ke kampung atok semula untuk singgah ke kedai makan mee udang ini. Jika ingin tahu lebih lanjut dimanakah terletaknya kedai makan ini, bukalah link yang saya bagi tadi. Sesampai saje di sini, meja makan sudah penuh. Hebatlah kedai makan ini, makin lama makin laku.



Saya order jus epal dan mee udang. Yang beruntungnya, ketika kami berada di sini kami sempat bersembang dengan pekerja kedai makan ini. Dia sembang dengan kami pun ketika pelanggan sudah ramai yang balik. Untuk pengetahuan semua, udang yang digunakan dalam mee udang ini ialah udang rotan. Patutlah sedap, memang pakarlah mereka masak mee udang ini. Yang penting, mee udang ini berasap. Inilah istimewanya mee udang ini. Apa lagi, jom kita singgah makan-makan di Kak Ros Mee Udang Berasap Sungai Baru.

3 sweet comments:

Farah Waheda Wahid said...

tengok pun dah mengiurkan, hari ni banyak cerita pasal mee udang...he he he...

nuna said...

dkt taiping ke sis?

Cik Nur™ said...

nampak sedap..!