Lazada Malaysia

Thursday, December 5, 2013

Home » » Tutorial : Scroll Box Untuk Blog List dan Blog Archive

Tutorial : Scroll Box Untuk Blog List dan Blog Archive

Assalamualaikum.

Tutorial ini diminta oleh Liniey Nor dan Noor Aina. Pertama kalinya, minta maaf sebab lambat sangat buat tutorial ni. Maklumlah tutorial ini agak sukar dibuat. Ini kerana bahagian template blog sekarang menggunakan Edit HTML yang baru. Berharap sangat adik berdua paham tutorial ni. Jika tak paham, nanti tanya ye.

1. Wajib buat bloglist terlebih dahulu. Buka Dashboad > Layout > Add a Gadget > Blog List. Isikan tajuk bloglist dan klik di bahagian "Add a blog to your list" untuk mengisi link blog. Setelah mengisi link blog, klik "Add" dan setelah selesai mengisi semuanya, klik "Save".

2. Kemudian, pastikan kedudukan susunan bloglist yang ingin dibuat skroll nanti berada di bahagian paling atas dari Blog Archive dan Blog List yang lain-lain. Buat seperti gambar di bawah. Setelah susunan sudah betul, klik "Save arrangement".


3. Dashboard > Template > Edit HTML.

4. Klik pada mana-mana kod di dalam bahagian Edit HTML. Tekan butang CTRL+F pada keyboard laptop untuk dapatkan kotak search di dalam bahagian Edit HTML.

5. Taip nama bloglist yang korang buat tadi di dalam kotak search tu.


6. Cari kod di bawah ini. Jumpa?

<div class='widget-content'>


Jika sudah jumpa, ubahkan kod di atas ini kepada kod di bawah ini :

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>

* Boleh ubah 200px mengikut kesesuaian blog.

7. Cuba preview template dulu. Jika scroll box ini menjadi, bolehlah klik "Save template".


Jika korang nak buat scroll box untuk "Blog Archive ataupun Bloglist yang lain-lain" pula, korang kena susun kedudukan seperti langkah 1 di atas. Maksudnya jika nak buat scrollbox untuk blog archive, wajib susun blog archive di bahagian atas sekali kemudian barulah bloglist lain di bawah-bawah. Begitu juga jika nak buat scrollbox untuk bloglist yang lain-lain. Utamakan kedudukan yang ingin dibuat scrollbox terlebih dahulu. Paham ke? Kalau xpaham, sila pm FB di SINI.

6 sweet comments:

Noor Aina W Azmi said...

TQ AKAK :) faham .

kayyana said...

tq for sharing solehah.. cmne nak pandai main coding mcm awak ek ek ek. hahaha

Deqla Manjew said...

nice tuto.. akak pun dah ada.. tp blogger lain yg tlg buatkan.. akk pening la nk main ngan coding ni dik. hihi..

Cik Nur™ said...

Nur dah sedia ada dah.. :)

N.A said...

:( xdapat. coding mcm xok.blur dengan coding dah

N.A said...

:( xdapat. coding mcm xok.blur dengan coding dah