Lazada Malaysia

Tuesday, August 6, 2013

Home » Bertindik Telinga Di Kedai Emas Dzul, Teluk Intan

Bertindik Telinga Di Kedai Emas Dzul, Teluk Intan

Assalamualaikum.

Kelmarin (4 Ogos 2013) mama dan abah saya temankan saya pergi ke Kedai Emas Dzul Teluk Intan untuk bertindik telinga. Ini pertama kali saya bertindik telinga. Sebelum ni saya tak pernah bertindik telinga sebab takut.haha Tetapi ada cerita di sebalik keberanian saya untuk bertindik.

Pada masa tu, saya tonton Wanita Hari Ini. Ada satu rancangan mengenai aktiviti bertindik telinga yang dianjurkan oleh pengasas Vida Beauty. Saya tak pasti anak siapa yang bertindik telinga ketika siaran langsung tu. Mula-mula saya jadi kecut nak tengok budak tu kena bertindik, tetapi saya jadi berani sebab budak tu tak menangis langsung selepas bertindik telinga. Bermulanya hari tu, saya berazam untuk bertindik. Terus jadi berani tu.hehe Sebelum ni saya ada bagitau mama saya hasrat hati untuk bertindik, tetapi kelmarin baru berkesempatan untuk bertindik.


Harga bertindik hanyalah RM 10. Harganya murah sebab subang yang saya pakai ni jenis nikel. Kalau pakai subang emas pada mulanya, harganya akan beratus ringgit. Lagipun tuan kedai tak berapa galakkan saya pakai subang emas pada awal bertindik kerana sakitnya akan lebih sakit dari memakai subang jenis nikel. Kalau korang alergik pada nikel, korang perlu pakai emas. Mama saya ada belikan subang (separuh emas) untuk saya ketika menunaikan umrah tempoh hari. Jadi, bila raya nanti saya akan pakai subang yang mama saya belikan tu. Tak sabar nak pakai! :)

* Kadang-kadang tu pengalaman orang lain akan membuatkan kita berani. Kemudian menjadi azam kuat buat kita untuk menjadi seorang yang berani juga. Betul tak?

5 sweet comments:

Deqla Manjew said...

laa.. solehah baru bertindik.? akk kecik2 lagi dah bertindik.. hihihi..tp bila besar akak bertindik lagi tau.. tambah lagi 2,3 tindik kat telinga.. x cukop tu bertindik pulak kat hidong.. huhu.. tu zaman remaja nakal akk dulu tu.. skng tindik tu pun dah makin hilang.. huhuhu..insafff... ;)

Cik Aini said...

baru nk btindik ke Solehah..Ai dah btindik kalo x silap umo 7 thun ms tu.xde lg jenis canggih2 mcm ni.ms tu btindik pun dgn tok mudim je siap kena gantung2 kunyit hidup bagai.hahhaha tp skrg skejap je kan..5 min dah siap dgn subang kan :)

lelamaisara said...

akak lagi kecik dah tidik..tapi dah lame tak pakai subang..:)

Cik Nur™ said...

solehah tindik telinga sbb tercabar dgn budak kecik ke..?hehehe

rasanya bila dah besar baru nak tindik lagi takut la..hehehe..

tapi tahniah..solehah berjaya.. :)

Chic Na said...

bolehla pakai subang cantik2 lepas ni.. cikna dulu bertindik umur 12 tahun kot.. huhu.. seriau je masa kena tindik tp tak sakit pun.