Lazada Malaysia

Monday, June 22, 2015

Home » Salam Ramadhan 2015 Buat Semua Muslimin Dan Muslimat

Salam Ramadhan 2015 Buat Semua Muslimin Dan Muslimat


Assalamualaikum. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan ucapan Salam Ramadhan buat semua. Hari ini sudah masuk Ramadhan yang kelima buat rakyat Malaysia.


Marhaban ya Ramadhan. Kullu am wa antum bikhair ila kulli muslimin wa muslimat. Termenungku seketika mengenangkan dosa, salah dan silap yang lalu. Jika saya ada salah dan silap, mohon sepuluh jari memohon keampunan dari semuanya. Saya hanya insan biasa. Minta halal semuanya juga. Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua rakan-rakan janganlah sesekali meninggalkan puasa tanpa sebab kerana puasa adalah suruhan Allah. Dan carilah malam lailatul Qadr kerana kepada sesiapa yang mendapatnya hati akan merasa tenang dan mohonlah taubat kepada Allah atas segala dosa yang kita telah lakukan pada tahun ini. Allah Maha Pengampun. Dan selalulah melakukan solat terawih kerana setiap amal ibadat yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini Allah akan gandakan ganjaran pahala sebesar-besarnya. Dan jangan lupa untuk bersedekah di bulan Ramadhan, paling mudah setiap kali kita ingin melakukan solat terawih sediakan duit walaupun RM1 dan masukkan duit ke dalam tabung masjid atau surau. Akhir kata, salam Ramadhan Al-Mubarak

Kepada sesiapa yang nak download ataupun melihat jadual waktu imsak dan berbuka puasa pada tahun ini, boleh masuk ke link di bawah. Semoga perkongsian saya ini dapat memudahkan semua.

★Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1436H/2015M★


★Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1436H/2015M★