Lazada Malaysia

Saturday, October 11, 2014

Home » Setiap Kesakitan Itu Pasti Ada Penawarnya

Setiap Kesakitan Itu Pasti Ada Penawarnya

Assalamualaikum.

Ini pertama kali saya post entri guna apps Blogger. Jadi jika entri ini elok, kemungkinan selepas ini saya akan cuba update entri guna hp ASUS saya ini saja.

Berkenaan entri semalam, saya ada bagitau yang sekarang ini saya dalam cuti rehat. Sebenarnya saya sakit... Eh2, nantilah dulu. Saya cerita dari awal ye. Pada bulan lepas, saya tahu yang pada dada saya ada tumbuh sesuatu yang pelik. Ketumbuhan itu kecil. Tapi selepas saya makan ketam, tiba-tiba saya terasa di kawasan situ gatal. Merah juga jadinya. Semakin hari makin membesar. Saya tak adalah syak apa-apa kerana saya selalu berfikiran positif. Akan tetapi yang paling merungsingkan saya, tiba-tiba tumbuh bisul pada ketumbuhan tu. Ya Allah, punyalah tak lena tidur saya jadinya. Sampai saya mesej mama dan bagitau perkara ni. Mama telefon saya dan suruh saya balik. Esoknya saya terus balik. Nak dijadikan cerita, saya balik pada hari rabu lepas. Jadi kesakitan ini terasa pada hari Selasa lepas. Kira sudah 3 hari saya berada di rumah.

Rabu (Pagi) : Selepas saya habis kelas (kelas batal), saya terus packing beg dan menunggu kedatangan mama dan abah untuk ambil saya dengan kereta. Saya tak sangka, itulah pertama kali saya jadi selemah-lemahnya. Nak angkat beg dan buku pun asyik jatuh saja ketika saya nak pergi ke kelas dan pulang dari kelas. Nasiblah ada kawan saya, dialah tolong saya angkatkan buku dan nasihat saya supaya bertahan. Ini kerana sakit saya itu membuat saya terlalu lemah.

Sesampainya mama dan abah di hadapan asrama, saya mesej abah untuk angkat beg saya. Saya nampak terdapat linangan airmata dari mata abah ketika jumpa saya. Masuk saja kereta, nampak mama pula baru lepas menangis. Dalam hati saya, saya cuba tenangkan diri untuk berfikiran positif. Jadi dalam kereta, saya cuba menahan airmata kerana terlalu sakit dan sebolehnya saya taknak menangis di hadapan mama dan abah. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, saya cuba tidur dan Alhamdulillah Allah beri saya tidur yang lena.

Keesokan pagi hari Khamis, mama bawa saya ke hospital dan saya hanya dirawat di bahagian pesakit luar. Doktor menyuruh saya untuk check darah dan Alhamdulillah tiada apa-apa yang negatif. Doktor hanya beri ubat demam, antibiotik, ubat bengkak dan ubat tahan sakit. Cuma saya pelik, ketumbuhan apa yang ada pada dada saya. Disebabkan saya ingin tahu, saya pergi ke klinik pula. Dan dari klinik, saya baru dapat jawapan. Sebenarnya ketumbuhan itu kemungkinan datang dari saya kecil dulu tapi ia membesar sekarang. Doktor menamakannya sebagai kiloits. Eh betul ke ejaanya ni? Asalkan namanya sama je tau. Jadi ketika di klinik itu, doktor pecahkan bisul dan biarkan ketumbuhan itu. Doktor bagitau, jika ia membesar lagi, tolong bagitau dia. Ok doktor.

Kesimpulannya di sini, penyakit saya tidak merbahaya jika tidak terlalu besar dan jika ia membesar, ia akan membuat saya lebih sakit. Jadi operation bergantung pada tahap ketahanan saya. Tetapi apa yang saya tau, kadang-kadang ketumbuhan ini menyakitkan saya dan kadang-kadang tidak. Jadi rasanya, saya dah lali dengan kesakitan. Sebab itu saya tidak kisah dan tidak mahu buat operation. Apa-apapun, saya berharap kawan-kawan doakan saya supaya sakit ini beransur reda. Biiznillah.




2 sweet comments:

Encik X said...

rajin-rajinla makan ubat dan jaga kesihatan ye.

Diya Hanun said...

Yaa Allah macam teruk je bunyi dia. Papehal semoga cepat sembuh n sihat semula ya..