Lazada Malaysia

Sunday, April 20, 2014

Home » » Tips : Bagaimana Seorang Wanita Boleh Berubah Menjadi Seorang Muslimah

Tips : Bagaimana Seorang Wanita Boleh Berubah Menjadi Seorang Muslimah


Assalamualaikum.

Tahukah wanita Muslimah sekalian, menutup aurat adalah wajib bagi kalian semua. Bukan tutup urat ye, tetapi menutup aurat. Ingat ye. Beranikah kalian menanggung dosa besar disebabkan kerana tidak mahu menutup aurat? Menurut aurat bukan sekadar memakai tudung sahaja, tetapi ia meliputi kesemua aurat kita. Adakah kalian sedar, menutup aurat bukannya hanya sekadar untuk memelihara aurat kita di luar rumah sahaja tetapi juga meliputi di dalam rumah ketika kita bersama lelaki yang bukan mahram dengan kita. Seperti : Ketika bersama sepupu, ipar dan lain-lain yang bukan mahram dengan kita ketika di dalam rumah. Peliharalah aurat kita dari pandangan mereka. Gambarajah di bawah dapat membantu kita di dalam hal ini. Jadi dengan mereka ini pun kita wajib memelihara aurat, kita juga diharamkan untuk bersalam dengan mereka juga. Ingat ye. Ada satu lagi pesanan yang ingin saya sampaikan, kaki wanita juga adalah aurat. Ingat tu, kalian wajib juga menutup aurat kaki. Pakailah stokin supaya aurat sentiasa terjaga. Maafkan saya jika teguran ini membuatkan kalian ada yang terasa hati dan marah di benak hati, tapi saya menegur kalian atas dasar tanggungjawab dan sayangkan kalian semua. Lelaki pun sama juga, pelihara aurat kalian juga ye. Peace! Pesanan ikhlas daripada saya sendiri.


5 Langkah Awal Untuk Wanita Belajar Menutup Aurat







Ramai yang tanya saya, kenapa saya berubah secara tiba-tiba. Saya tidak mahu bagitahu sebab utamanya mengapa, kerana saya tahu tidak salah sekiranya saya berubah menjadi yang lebih baik dan sedar dengan masa lalu kita. Alhamdulillah, sekarang saya dalam proses perubahan. Memakai stokin dan sarung tangan sudah saya berjaya terapkan setiap kali ketika keluar dari rumah. Ketika bersama sepupu pun saya sudah berjaya pakai tudung dan memakai baju lengan panjang setiap masa ketika bersama mereka di kampung. Cuma bab tudung sahaja masih tidak labuh seperti yang diinginkan. Kawan-kawan, doakan saya semoga dapat berubah sepenuhnya ye. Saya berharap untuk menjadi seperti Irine Nadia dan Syafynas Shahrizan. Mereka berdua ialah idola saya setiap hari, teringin nak jadi seperti mereka suatu hari nanti. Irine dan Fyn, doakan akak dapat jadi seperti kalian berdua ye. Terima kasih sebab bagi contoh yang baik untuk akak berubah :)

5 sweet comments:

Nadia Johari said...

Terima aksih memberi peringatan...nad pun ingin berubah...

Syazwani Zunidan said...

Salah satu cara yang bagus . Dan buatlah perubahan itu kerana Allah ta'ala .

Zam said...

bagus tipsnya :))

Chic Na said...

sedang berusaha ke arah itu.. inshaAllah.. thanks for sharing.. :)

FiqaAkmal said...

Alhamdulillah, semoga kita sama-sama istiqamah. Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya.