Assalamualaikum.
Terima kasih untuk entri Positively Malaysia yang telah dikongsikan oleh Hanis Zalikha kepada pembacanya. Entri tersebut bagi saya inspirasi untuk update entri terbaru mengenai Positively Malaysia atau dikenali juga sebagai Kebaikan Rambang. Apa yang boleh difahami dengan "Kebaikan Rambang"?
Tolong-menolong
Sejak saya menjadi blogger, saya merasakan semua blogger di Malaysia ni terlalu baik hati. Walaupun saya baru 2 tahun menjejakkan kaki dalam dunia blogging, saya dapat merasakan blogger di Malaysia ini mempunyai sifat yang suka tolong-menolong di antara satu sama lain. Sebagai contoh : jika blog ada masalah dan kita tak tahu macamna nak selesaikannya. Tanya saje pada blogger Malaysia yang lain, pasti akan ada yang menolong sehingga masalah selesai. Yang paling best, bila bantuan itu hanyalah percuma. Cuba tanya pada blogger luar negara yang lain, pasti ada berkira.
Murah Dengan Senyuman
Rakyat Malaysia ni memang murah dengan senyuman. Bila kita jumpa sesama kita, pasti kita akan senyum secara automatik pada orang yang kita jumpa tu. Setuju? Semua itu terjadi secara spontan kerana kita telah dilatih untuk sentiasa senyum pada orang lain ketika kecil lagi. Tidak hairanlah jika orang luar negara mengatakan yang rakyat Malaysia ni memang peramah orangnya. Sentiasa senyum tak kira masa. Senyuman itu satu sedekah.
Hormat-menghormati
Saya terima mesej ni dari kawan luar negara saya. Cikgu dari negara Jepun puji pelajar Malaysia yang sentiasa hormat terhadap guru. Dari dulu lagi, sememangnya rakyat Malaysia mempunyai sifat hormat-menghormati sesama sendiri dan juga tetamu. Tidak hairanlah jika pelancong asing suka melancong ke Malaysia. Ini kerana mereka bangga dengan sifat hormat-menghormati yang tersemai di dalam hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan Agama. Alhamdulillah, saya bersyukur jadi rakyat Malaysia.
Sebenarnya banyak lagi kebaikan rambang rakyat Malaysia. Sila kongsikan kebaikan rambang yang korang lakukan atau rasai dengan menggunakan hashtag #PositivelyMalaysia dan tagkan negeri korang di My Malaysia.
8 sweet comments:
betul kak,ramai blogger yg baik hati..alhamdulillah syukur dapat kenal dengan diorang yg banyak membantuu..n yes tak dinafikan sememangnya negara kita kebanyakkannya masih bersopan santun,cuma segelintir je yg kurang ajaq..hihi nice entryy
congratulations for your blog. from now your follwer also passes through me, and be my follwer
http://lacucinadipitichella.blogspot.it
ermm sy harap sy ad kwn blogger jugak. :)
Please support and visit to my beautiful blog https://lemonteaicenia.blogspot.com
betul tu kak... bak org kata, biar org buat jahat dengan kita tapi kita jangan sesekali buat jahat.. just relaks and be positive
rasanya lebih ramai yg baik dlm talian..tapi hakikatnya....kalau kat luar dgn jiran2 pun xkenal sapa?...agaknya nya rakyat mesia ni pemalu kot?
betul tu solehah..beruntung jadi blogger ni dapat kenal ramai orang yg baik hati kan...nice n3...:)
memang happy sebab dapat jumpa & kenal ngan orang2 yg baik hati.. proud to be Malaysian.. ;)
yeahh... setuju..kalo terpndg org mmg automatik nk senyum..dah terbiasa mcm tu.. alhamdulillah.. bangga kan menjadi anak malaysia.. =)
Post a Comment