Assalamualaikum.
9 Julai 2013 (Selasa) - Kisah ini mengenai saya dan si dia. Si dia yang saya maksudkan SINI. Orang yang sama seperti dalam entri yang dulu. Ye, ini kali kedua saya dan si dia berjumpa. Ramai yang tanya, si dia tu pakwe saya ke. Sebenarnya si dia tu bff saya. Tapi bagi saya, si dia adalah teman tapi mesra. Kami baru dua kali jumpa, tapi yang saya pelik kerana saya merasakan seperti terlalu rapat dengannya.
Kali ni kami dating di Kuala Kangsar & Taiping. Si dia sampai di KK dalam tengahari camtu. Berbaju biru, sama dengan saya. Kami tak rancang tau. Hehe secara spontan. Sesampainya dia di KK, kami makan di Roti Segar. Selepas makan, kami pergi ke stesen bas semula untuk naik bas Red & Yellow. Bas ni boleh tahan juga, macam nak roboh pun ada. Lucu okay. Nasib baik bas ni ada aircond, kalau tak memang kepanasan kami dalam bas tu. Tambang dari stesen bas KK ke stesen bas Taiping ialah RM 3.90.
Sampai saje di stesen bas Taiping, kami terus menuju ke stesen teksi Taiping (bersebelahan The Store Taiping). Tempat yang ingin ditujui, Taiping Sentral & Tesco Taiping. Tambang ke sana ialah RM 10.00. Mahalkan? Tapi si dia yang bayar. Hehe tq awak.
Menyinggah sebentar di Big Apple @ Tesco Taiping.
Beli sebab kempunan. Hehe :)
Comelkan lolipop ni? Dibeli oleh saya untuk kami berdua.
Konon sweet. Haha :)
Selepas tu kami singgah foodcourt Tesco untuk beli dinner. Lepas beli, kami terus balik. Tak sempat nak tengok wayang. Sedih okay. Tapi yang terbaiknya, saya terlupa nak minta nombor pakcik teksi. Haish apalah saya ni. Si dia dah buat muka risau. Haha dengan berkat kerajinan saya bertanya orang, alhamdulillah mereka beritahu teksi ada di hadapan Taiping Sentral. Fuh hilang risau tau tak. Tapi kalau betul-betul tak ada teksi, terpaksalah saya contact Cik Nur. hehe peace Cik Nur! :)
Sekali lagi duit RM 10 si dia melayang untuk bayar teksi. Tapi tak pe, tambang bas saya support. Tambang pergi dan balik untuk teksi RM 20 dan tambang pergi dan balik untuk bas RM 15.60. Sampai saje di stesen bas, konduktor bas Red & Yellow dah terjerit-jerit panggil penumpang. Kami terus naik bas tu. Kira kami bernasib baik sebab masa tak terbuang untuk tunggu bas. Dalam bas tu kami diam saje sebab saya ...... Sebab saya ...... Saya nangis. Ye saya nangis sebab nanti si dia nak balik dah. Dan saya tak tau bila lagi kami akan berjumpa. Yang pasti, tahun hadapan. Lama tu :'(
Kami sampai di stesen bas KK dalam pukul 7.45 malam. Si dia terus beli tiket bas untuk pulang. Masa bertolak balik si dia pukul 8 malam. Masih da 15 minit lagi. Dalam masa tu la saya bagi hadiah kat dia. Nak tau hadiah apa yang saya bagi? Tengok bawah ni ye.
Saya peminat setia Zalora.
Sudah semestinya tali pinggang ni dari sana. Hehe :)
Balut simple saje.
Nanti dia buang juga pembalut ni. Hehe :)
Lepas bagi hadiah pada dia, saya minta dia untuk temankan saya ke stesen teksi. Maklumlah dah malam, saya pun takut nak jalan seorang diri. Selepas dia hantar, saya naik teksi dan dia pun balik. Sampai saje rumah, saya nangis lagi... :'(
* Si dia ni kawan WeChat saya. Dan saya tak pernah terfikir untuk jumpa dia di awal perkenalan. Apa yang saya kagum, dia sanggup datang jumpa saya. Rumah kami bukannya dekat, jauh pulak tu. Tapi saya teruja sebab dia sanggup bertolak seawal pagi dari rumah untuk jumpa saya dan balik hari juga. Awak, terima kasih sebab sudi jumpa saya dan saya tak akan lupakan kenangan kita ni sampai bila-bila. Pada 11 Julai 2013 (semalam), si dia sudah pulang ke tempat kerja dia semula (Yaman). Jadi perkara ni amat menyeksakan saya. Awak, sanggupkah saya untuk tunggu awak sehingga tahun depan untuk kita berjumpa lagi? Saya rindu awak :'(