Lazada Malaysia

Saturday, August 18, 2012

Home » » Tips : Teknik Mudah Untuk Fasih Berbahasa Arab

Tips : Teknik Mudah Untuk Fasih Berbahasa Arab

Assalamualaikum.

Siapa di sini ingin fasih berbahasa Arab? Cuba tips di bawah ni daripada saya ye.
Selamat mencuba.

1. Mendengar lagu dalam bahasa Arab - untuk mengetahui sebutan yang betul, maklumlah lidah kita ni lidah Melayu. Jadi kita kena belajar cara sebutan bahasa Arab yang betul. Lagi bagus kalau korang dapat hafal salah satu lagu Arab. Sebagai contoh; Fares Karam-Albi Nadak. Lirik lagu ni memang senang untuk dihafal.

2. Rajin-rajinkan diri untuk selalu guna google translate walaupun kadang-kadang tu terjemahan yang google translate bagi salah. Kadang-kadang tu, ayat yang pelik-pelik pun ada. Kalau nak pastikan istilah tu betul, apa kata korang cuba cari di google pula.

3. Selalu bersembang dan cuba bercakap menggunakan istilah bahasa Arab yang mudah dengan bangsa Arab. Alhamdulillah saya berpeluang bercakap dengan mereka sendiri. Pada mulanya memang berasa takut dan tidak yakin, maklumlah itu bukan bahasa harian kita.

4. Selalu mencuba berchatting dengan sesiapa pun dengan menggunakan bahasa Arab di facebook ataupun di mana-mana laman sosial lain. Kalau takut nak berchatting dengan bangsa Arab sendiri, berchattinglah dengan bangsa kita sendiri.

5. Rajin-rajinkan diri untuk mengetahui berita di negara Arab. Pada mulanya memang sukar nak paham, bila lama-lama sudah biasakan diri untuk baca berita daripada mereka, sebenarnya mudah nak paham. Sebagai contoh; Al-Jazeera.

6. Selalu baca buku cerita yang menggunakan bahasa Arab mudah. Buku cerita kartun dalam bahasa Arab pun ok juga. Korang boleh cuba beli buku cerita kanak-kanak tu dari SINI.

7. Menonton video kartun Arab atau cerita Arab yang menggunakan kosa kata yang mudah untuk dipahami di Youtube. Sebagai contoh; كرتون القط الضائع (Kartun Kucing Sesat).

8. Rajin bertanya mengenai bahasa Arab daripada orang lain yang pakar dalam bahasa Arab.

9. Rajinkan diri untuk selalu buka kamus terjemahan dan terjemahan Al-Quran. Sungguh indah pada sesiapa yang dapat memahami 100% isi kandungan Al-Quran ketika membaca Al-Quran.

10. Sebelum korang hendak fasih berbahasa Arab, korang kena fasih dulu bahasa Arab yang berkenaan dengan kehidupan seharian. Contoh : Saya(ana), satu(wahid) dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi tips yang saya boleh berikan. Cukuplah korang cuba semua tips di atas dulu. Bak kata orang nak fasih berbahasa Arab memang mudah tapi pabila mereka bercakap dengan kita menggunakan bahasa Arab pasar, memang menguji korang masa tu.

Contoh bahasa Arab pasar:
Apa khabar - (keef halak-L/keef haleek-P) *sebutan asal : kaifa haluka/kaifa haluki
Apa nama kamu - (masmuk) *sebutan asal : ma ismuka/ma ismuki
Bagaimana keadaan kamu - (keef el hal) *sebutan asal : kaifa al hal
Syurga - (janneh) *sebutan asal : jannah
Fikir - (fakkir) *sebutan asal : fikkir

Sebenarnya bukan susah nak fasih berbahasa Arab pasar ni, cuma kita perlu rajin-rajinkan diri untuk bersembang dengan diorang. Nanti dapatlah kita paham apa yang diorang cakap tu. Pada mulanya saya sendiri pun tak tahu apa-apa, tapi bila saya dah mula belajar rupanya baru saya tahu yang bahasa Arab ni mudah sebenarnya. Bahasa Arab bahasa Al-Quran. Cukup indah jika kita sendiri dapat paham bahasa Arab ketika mana membaca Al-Quran dan kita dapat merasakan kepahaman ayat tu cepat sampai pada diri sendiri. Insya-Allah.

4 sweet comments:

9n0L4 said...

same jugak kalau nak improve bahasa lain kan. ;)

Solehah Shamsuddin said...

yup :)

Cik Nur said...

setuju dgn tips2 yg solehah beri ni, lagi2 tang lagu tu.. mmg kita mudah hafal melalui lagukan..

Aini Akmalia said...

Jazakillah kheir atas perkongsian menarik di atas. Sangat2 membantu dan mencetuskan inspirasi kepada saya yang baru menjejakkan kaki di bumi Anbiya', Tanah Arab, The Hashemite Kingdom of Jordan... :)