Lazada Malaysia

Monday, April 21, 2014

Home » Minta Pendapat : Belajar Di Universiti Jepun Atau UPM?

Minta Pendapat : Belajar Di Universiti Jepun Atau UPM?

Assalamualaikum.

Sebenarnya saya teringin nak sambung belajar lagi. Tetapi kalau boleh, jurusan saya nanti mestilah berbeza dari diploma saya yang sebelum ini. Saya sebenarnya teringin nak sambung belajar dalam bidang bahasa pula selepas ini kerana jika boleh saya ingin menguasai 5 bahasa. Tetapi sekarang ini, hanya 3 bahasa yang saya sudah kuasai iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selepas ini, target saya nak menguasai Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis pula. Dari dulu lagi saya berhasrat nak belajar kedua-dua bahasa ini. Tetapi sabarlah dulu ye, bukan mudah untuk kuasai 5 bahasa serentak. Kita belajar salah satu bahasa ini dulu ye. Mungkin selepas ini, Bahasa Jepun. Doakan saya ye, kawan-kawan.


Target saya dah tetap untuk belajar Bahasa Jepun tapi saya keliru samada ingin belajar di dalam Malaysia ataupun luar Malaysia. Buntu... Sebelum ini saya pernah bermimpi (mimpi biasa bukan mimpi selepas solat istikharah) yang selepas ini saya akan belajar di Universiti Putera Malaysia. Adakah UPM pilihan tepat saya untuk belajar Bahasa Jepun? Selepas mimpi ini pun saya ada buat solat istikharah dan jawapannya masih sama juga di UPM. Sebenarnya saya teringin nak belajar di Jepun, tetapi saya tak pernah travel seorang diri. Walaupun ramai kawan saya di Jepun, saya masih mengharapkan yang saya berdikari sendiri di sana.


Sesiapa yang ada pendapat, saya minta kalian share di sini. Saya mengharapkan sangat bantuan dari kalian semua. Terima kasih.

10 sweet comments:

husna yusof said...

wahhhh tahniah,, kalau akak, akak akan pilih untuk belajar dijepun, sbb jepun disiplin, dan lebih cepat awak belajar sbb awak dikelilingi orang yang berbahasa jepun jee.. heheh tp tepulang kt awak la, mane yang awak selesa.. skali skal merantau seronok juga..

*singgah BW sambil follow, salam kenal :)

Farah Waheda Wahid said...

kalau ada peluang dan kesempatan apa salahnya belajar di Jepun...

Mrs Velentine said...

solehah bagi kak solehah ikut kata hati yg mana lebih kuat k....apa2pun good luck

Deq's Qienz said...

assalam solehah, negara sendiri oke juga la..takut juga nk ke negara org ni kan..macam² ujian bila tinggal brjauhan gan family, bak kata pepatah ujan emas negera org xsama ujan batu sndiri sndiri..hahaa betoi ka pepatah ni..kihkih apapon buatla keputusan y baik n bijak :)

Zamani Abe said...

naluri lebih kata kuat ke mana? di malaysia shj atau jepun?

kalau zam, terngin nak ke jepun

misz sheyla said...

belajar kat sini pun ok..tapi kalau g jepun, maybe lebih cepat belajar..sebab nak pape kena ckp jepun...

N.Aima K said...

seronok juga kalau berpeluang belajar di Jepun. banyak pengalaman baru akan ditimbah :)

Chic Na said...

kat mana2 pun tak kisah solehah.. janji dapat belajar yg solehah nak.. buat pilihan betul2 ye..

Nadia Johari said...

bagus solehah..banyak bahasa kita belajar..dekat mana-mana nanti kita boleh survive

Anne Idris said...

Hi. Nice to read your blog. Jom lawati saya http://www.mommyanneshop.com/ . Tq