Lazada Malaysia

Tuesday, May 28, 2013

Sinetron Aliya


SINOPSIS SINETRON ALIYA

Aliya mengisahkan sepasang ibu dan anak perempuannya yang terpisah akibat pengkhianatan cinta sebelum akhirnya dipertemukan kembali oleh nasib.

Cerita diawali dengan seorang wanita hamil tua bernama Shinta (Jian Fahira) yang mencari suaminya, Anjar (Gunawan). Suatu ketika dia berhasil bertemu dengan suaminya itu. Namun, dia sudah bersama Mutia (Marchia Caroline) yang sedang hamil dan ternyata adalah isteri pertama Anjar.
Shinta dan Mutia melahirkan di waktu dan tempat yang sama. Namun bayi Muthia meninggal. Kuatir cucunya tak bisa hidup dengan layak akibat kemiskinan, Laila (Marini Burhan), ibu dari Shinta, memberikan bayi yang baru saja dilahirkan Shinta kepada Mutia sebagai ganti dari bayi yang meninggal.
Aliya (Dea Anisa) tumbuh dewasa di bawah asuhan Mutia. Sementara Shinta telah menikah lagi dengan Wisnu yang memiliki anak bernama Gilang (Irwansyah). Secara kebetulan, Wisnu berpacaran dengan Aliya.
Singkat cerita, Gilang meninggal akibat kecelakaan. Oleh keluarga Wisnu, Aliya dianggap sebagai penyebab malapetaka itu karena Gilang akan menemui dirinya sebelum kecelakaan terjadi.
Sinta mengusir Aliya dari rumahnya, tanpa sadar bahwa gadis itu adalah anak kandungnya sendiri. Klimaks dari cerita ini adalah saat Shinta mengetahui bahwa Aliya adalah anak yang dulu pernah dia lahirkan.
Cerita bergulir dramatis dan penuh air mata, dengan Aliya sebagai titik fokus drama.

LAGU TEMA SINETRON ALIYA

Letto - Menyambut Janji

NAMA DAN PERWATAKAN PELAKON
SINETRON ALIYA

  • Dea Annisa (Aliya)
Aliya sebenarnya anak kandung Pn. Shinta, tetapi selepas Aliya dilahirkan ibu Pn. Shinta telah memberikan Aliya kepada ibu Pn. Mutia kerana pada masa itu mereka miskin dan tidak mampu menjaganya. Jadi Aliya bukanlah anak kandung Pn. Mutia, Aliya cuma anak angkat Pn. Mutia. Pabila Pn. Shinta sedar dari tidur selepas bersalin, dia mendapati anaknya tiada. Ibu Pn. Shinta berbohong pada Pn. Shinta yang anaknya sudah meninggal secara tiba-tiba. Pada saat Pn. Shinta melahirkan anaknya, dia masih menjadi isteri kepada En. Anjar. Jadi En. Anjar sememangnya bapa kandung Aliya. Aliya dibuktikan sebagai anak kandung Pn. Shinta yang sebenar kerana terdapat tanda lahir di belakang bahu Aliya. Aliya juga merupakan kekasih Gilang Wardhana pada mulanya, akhirnya Aliya memilih Faris sebagai suaminya

  • Irwansyah (Gilang Wardhana)
 Sebenarnya dia anak kandung En. Wisnu dan Pn. Sandra, jadi Gilang bukan anak kandung Pn. Shinta. Pada mulanya, En. Wisnu merahsiakan hal ini kepada Pn. Shinta. Gilang juga mempunyai seorang adik kembar yang bernama Galang Wardhana serta dia merupakan kekasih Aliya. Gilang sudah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika bersama Aliya.

  • Irwansyah (Galang Wardhana)
Adik kembar Gilang Wardhana. Di akhir cerita, Galang meretui permintaan Aliya untuk bernikah dengan Faris dan bersetuju untuk menganggap Aliya sebagai adik-beradik.

  • Restu Sinaga (En. Wisnu)
Dia merupakan suami pertama (bekas suami) Pn. Sandra dan suami kedua Pn. Shinta. Pn. Sandra meninggalkan Gilang dan En. Wisnu kerana pekerjaan En. Wisnu ketika itu tidak stabil (miskin). Dia juga merupakan bapa kandung kepada Gilang Wardhana dan Galang Wardhana.

  • Jihan Fahira (Pn. Shinta)
Isteri pertama (bekas isteri) En. Anjar dan isteri kedua En. Wisnu. Sebenarnya dia ibu kandung Aliya dan Gilang itu cuma anak tirinya. Dia juga bukan ibu kandung Gisha.

  • Gunawan (En. Anjar)
Suami pertama (bekas suami) Pn. Shinta dan juga suami pertama Pn. Mutia. En. Anjar mengahwini Pn. Shinta secara senyap tanpa pengetahuan Pn. Mutia pada awalnya tetapi sekarang sudah terbongkar rahsianya. Dia bekerja sebagai pemandu peribadi En. Wisnu pada mulanya. Setelah terdapat pelbagai masalah, En. Anjar telah menukar pekerjaannya. Sebenarnya dia memang merupakan bapa kandung Aliya.

  • Marchia Caroline (Pn.Mutia)
Dia merupakan isteri En. Anjar. Sebenarnya anak Pn. Mutia sudah meninggal selepas dilahirkan, tetapi ibu Pn. Mutia mengambil Aliya sebagai anak angkat untuk Pn. Mutia di hospital. Jadi sebenarnya Aliya bukanlah anak kandung Pn. Mutia yang sebenar. Jadi Pn. Mutia sebenarnya tiada anak. Di akhir cerita, Pn. Mutia mati kerana ada kanser hati.

  • Pn. Sandra
Isteri pertama (bekas isteri) En. Wisnu dan ibu kandung kepada Gilang Wardhana dan Galang. Kerana harta, dia sanggup menghasut Galang untuk mendapatkan harta En. Wisnu. Di akhir cerita, cuma menunjukkan yang Pn. Sandra melarikan diri dari penjara bersama Dita.

  • Gege Elisa (Gisha)
Sebenarnya Gisha anak kandung Pn. Atikah dan En. Hendri. Dia bukannya anak kandung Pn. Shinta. Di akhir cerita, Gisha memaafkan En. Hendri dan mereka berbaik semula.
  • Primus Yustisio (En. Hendri)
Dia merupakan bekas suami Pn. Atikah. Sebenarnya En. Hendri adalah bapa kandung Gisha dan En. Hendri bukannya bapa kandung Dana. Di akhir cerita, Gisha, Faris & Dana berbaik sesama mereka. Mereka bertiga berjanji akan menjaga En. Hendri sepenuh hati.

  • Dana
Sebenarnya dia bukannya anak kandung En. Hendri tetapi dia merupakan anak kandung Pak Raja. Di akhir cerita, Dana insaf dan berubah menjadi anak yang baik. Dana berkahwin dengan Marina kerana dia mahu bertanggungjawab untuk menjaga Putra bersama Marina.

  • En. Raja
Sebenarnya dia ayah kandung Dana, bukannya En. Hendri.


  • Pn. Atikah
Dia merupakan bekas isteri En. Hendri. Pada asalnya, Pn. Atikah sememangnya ibu kandung Gisha, tetapi Pn. Atikah telah menipu Pn. Shinta bahawa Gisha adalah anak kandung Pn. Shinta. Pn. Atikah terpaksa menipu Pn. Shinta supaya Gisha tidak akan keseorangan dan hidup anaknya itu lebih terjamin jika Pn. Atikah meninggal suatu hari nanti. Pn. Atikah juga melakukan penipuan ini kerana dia tidak mahu Gisha mencari ayah kandungnya nanti. Oleh kerana Pn. Atikah merupakan jururawat yang merawat Pn. Shinta ketika Pn. Shinta bersalin, dengan ini dia dapat meyakinkan Pn. Shinta bahawa Gisha adalah anak kandung Pn. Shinta dengan bukti kalung yang ada di leher Gisha. Sebenarnya pada mula kalung itu bukan di leher Gisha, tetapi di leher bayi Pn. Shinta. Kalung itu dengan tidak sengaja terjatuh dan Pn. Atikah terjumpa serta dia menyimpannya terlebih dahulu. Dia berazam untuk memulangkan kembali kalung itu kepada Pn. Shinta. Disebabkan perkara itu telah lama berlalu, maka Pn. Atikah memberikan kalung itu kepada Gisha. Jadi, Gisha bukanlah anak kandung Pn. Shinta. Sebenarnya dia ibu kandung Dana dan Gisha. Dana hanyalah anak luar nikah bersama En.Raja. Gisha pula anak yang tidak diakui oleh En. Hendri pada mulanya kerana En. Raja menghasut En. Hendri mengatakan yang Pn. Atikah bukan mengandung anak En. Hendri. Di akhir cerita, Pn. Atikah tidak ditemui langsung setelah Gisha diserahkan kepada Pn. Shinta.

  • Afifa Syahira (Marina)
Pada awalnya, Marina bakal dijodohkan dengan Gilang tetapi terbatal kerana Gilang meninggal disebabkan kemalangan. Anak yang dikandung oleh Marina ialah anak Dana, bukannya anak Gilang. Di akhir cerita, Marina bernikah dengan Dana.

  • Natasha Dewanti (Pn. Winda)
Ibu kandung Marina.

  • Billy Davidson (En. Faris)
Kawan rapat Aliya di pejabat. Dia juga merupakan anak kandung En. Hendri. Di akhir cerita, Faris berkahwin dengan Aliya.

  • Shandy Isabella (Anindita)
Pada awalnya, Dita memang kekasih Galang. Akan tetapi mereka terpisah kerana keluarga Dita merancang untuk menikahkan Dita dengan Ruben. Semuanya tidak menjadi kerana Dita selalu mengelak dari Ruben dan meminta pertolongan Galang. Akan tetapi, Galang sudah tidak mencintai Dita.
 
  • Marini Burhan (Pn. Laila)
Nenek kandung Aliya dan ibu kandung Pn. Shinta.

  • Suzy
Pembantu rumah kepada keluarga En. Wisnu dan Pn. Shinta.

PENGAJARAN

1. Inilah akibatnya jika tiada penggunaan kad pengenalan. Anak sendiri pun boleh tertukar. Kalau macamnilah akibatnya, sesebuah institusi keluarga sentiasa dalam bahaya.

2. Pentingkan kasih sayang, bukannya harta. Kerana harta, semua orang sanggup menipu untuk menjadi ahli keluarga orang berada.

Sebagai contoh, Marina yang tetap mahukan En. Wisnu dan Pn. Shinta bertanggungjawab ke atas bayi yang dikandungnya disebabkan harta kerana tidak mahu bayinya itu lahir tanpa bapa dan masa depan, padahal anak itu anak Dana bukannya anak Gilang.

3. Pada awalnya, tinggalkan seseorang itu disebabkan miskin. Selepas tu mulalah gelojoh harta ketika si miskin tadi menjadi kaya.

Sebagai contoh, Pn. Sandra tinggalkan Gilang dan En. Wisnu disebabkan En. Wisnu kehilangan pekerjaan tetapi bila En. Wisnu sudah kaya, Pn. Sandra menghasut Galang untuk bekerja dengan bapanya supaya dapat merebut harta En. Wisnu.

 EPISOD AKHIR

  • Pn. Mutia meninggal dunia.
  • Pn. Sandra melarikan diri dari penjara bersama Dita. 
  • Galang meretui perkahwinan Aliya dan Faris dan berjanji akan menjaga Aliya seperti adiknya sendiri.
  • Aliya dan Faris bernikah.
  • Dana dan Marina bernikah.
  • Kevin ditangkap kerana mencuba untuk membunuh Dana di hari pernikahan Dana.
  • Aliya dan Faris tinggal bersama En. Wisnu dan Pn. Shinta, kemudian Aliya hamil.

Berakhir sudah sinetron Aliya harini. Esok bermula sinetron Annisa. Layan... :)

Monday, May 27, 2013

Selamat Hari Lahir Yang Ke-23, Solehah



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, harini saya genap 23 tahun. Dan harini adalah hari lahir saya yang ke-23. Yeayyy! Mestilah yang ke-23 sebab saya dah berumur 23 tahun. Umur saya sebaya dengan Hanis Zalikha. Kenalkan Hanis Zalikha tu? Mestilah kenalkan :)

Selamat hari lahir untuk saya. Semoga saya cepat habis belajar, cepat dapat kerja dan cepat kahwin. Eh?... Amboi cepat betul nak kawin ye. Calon pun tak ada lagi. Gatai sangat ye.haha Tunggulah saya dah umur 24 atau 25 ke, baru saya fikir ye. Bak kata mama saya, dia harap sangat saya cepat-cepat kawin. Tapi mama, calonnya pun tak ada lagi, camne? Tak apalah ye, lepas belajar adalah tu kan.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang wish befday saya di facebook, blog, twitter, whatsapp dan sebagainya. Saya sayang korang sangat-sangat! Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup saya. Tanpa kalian, sunyilah hidup ini. Muahhh!

Saturday, May 25, 2013

Tips : Kempiskan Perut & Turunkan Berat Badan

Pilihan 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi dan perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu anda bolehlah jadikan ia air minuman setiap kali selepas makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama 1 bulan dan berat badan anda akan beransur turun.

Pilihan 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Pilihan 3 : Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Ia akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan anda jadikan ia minuman selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Pilihan 4 : Setiap kali selepas makan, amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina ditambahkan dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.

Pilihan 5 : Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambil 5 halia bara (Halia Cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Pilihan 6 :Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Kapur dan limau dicampurkan dan digaul sehingga sebati. Sapukan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi.

Pilihan 7 : Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.

Semoga berjaya! :)

Friday, May 24, 2013

Tips : Hentikan Anak Hisap Puting


1. Biarkan anak berhenti menghisap puting sendiri.

2. Berikan contoh adik beradik yang lebih tua yang tidak menghisap puting. Atau sekiranya anak dijaga oleh pengasuh, tunjukkan padanya kanak-kanak lain yang tidak lagi menggunakan puting.

3. Berikan dia banyak aktiviti lain supaya dia tidak lagi memikirkan tentang puting. Contohnya, berikan dia banyak barang permainan baharu.

4. Berikan peraturan kepada anak, dengan menetapkan puting cuma boleh digunakan ketika hendak tidur sahaja.

5. Berikan ganjaran sekiranya anak berjaya berhenti menghisap puting.

Monday, May 20, 2013

What Love Means To A 4-8 Year Old?


A group of professional people posed this question to a group of 4 to 8 year-olds, ’What does love mean?’. The answers they got were broader and deeper than anyone could have imagined. See what they think :


‘When my grandmother got arthritis , she couldn’t bend over and paint her toenails anymore.. So my grandfather does it for her all the time , even when his hands got arthritis too. That’s love.’ – Rebecca, age 8

‘When someone loves you, the way they say your name is different.You just know that your name is safe in their mouth.’ – Billy, age 4

‘Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other.’ – Karl, age 5

‘Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs.’ –Chrissy, age 6

‘Love is what makes you smile when you’re tired.’ -Terri, age 4

‘Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him , to make sure the taste is OK.’ – Danny, age 7

‘Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing , you still want to be together and you talk more. My Mommy and Daddy are like that.
They look gross when they kiss’ – Emily, age 8

‘Love is what’s in the room with you at Christmas if you stop opening presents
and listen.’ –Bobby, age 7

‘If you want to learn to love better , you should start with a friend who you hate” –Nikka, age 6

‘Love is when you tell a guy you like his shirt , then he wears it everyday..’ –Noelle, age 7

‘Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well.’ –Tommy, age 6

‘During my piano recital , I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling. He was the only one doing that. I wasn’t scared anymore.’ – Cindy, age 8

‘My mommy loves me more than anybody. You don’t see anyone else kissing me to sleep at night.’ –Clare, age 6

‘Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken.’ –Elaine, age 5

‘Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsomer than Robert Redford.’ –Chris, age 7

‘Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day.’ -Mary Ann, age 4

‘I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones.’ –Lauren, age 4

‘When you love somebody , your eyelashes go up and down and little stars come out of you.’ - Karen, age 7

‘Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn’t think it’s gross..’ –Mark, age 6

‘You really shouldn’t say ‘I love you’ unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget.’ –Jessica, age 8

The winner was a four year old child whose next door neighbor was an elderly gentleman who had recently lost his wife. Upon seeing the man cry, the little boy went into the old gentleman’s yard, climbed onto his lap, and just sat there. When his mother asked what he had said to the neighbor, the little boy said, ‘Nothing , I just helped him cry’.

Tuesday, May 14, 2013

Happy Birthday Ayu

Never had I imagined that I could know a true friendship through a computer. But over time and our chats through the small screen, I noticed that you are indeed a wonderful and interesting person.

At yours words I'm increasingly curious to meet you personally. Have sure that never will lack subject for us to put in days. You has been very sympathetic.

A big hug and happy birthday!
May Allah bless you forever!

Happy Birthday Ayu! :)

Monday, May 13, 2013

Tips : Memilih Cincin Kahwin


1. Biasanya, trend perkahwinan sekarang cincin bukan hanya untuk pengantin perempuan sahaja sebaliknya pengantin lelaki. Oleh itu, pilihlah cincin tersebut bersama dengan pasangan anda. Pilihlah bentuk cincin yang sesuai dengan kehendak bersama. Bukankah anda akan melayari hidup berdua seumur hidup? Mulakan dengan pemilihan ikatan perkahwinan yang serasi iaitu cincin perkahwinan.

2. Kalau bakal pengantin menyukai cincin emas tradisonal yang bundar dan mengilat, maka anda boleh memilih antara cincin 14k,18k atau 24k. Apa yang membezakan jenis cincin ini? Semakin tinggi karat emas, cincin itu akan berwarna semakin keemasan.

3. Tentu sahaja sukar menentukan sama ada mahu cincin emas putih atau cincin emas atau platinium. Mungkin mak mertua mahu kekal kepada tradisi lama, iaitu cincin emas kuning sahaja. Tetapi anda mahu tampak elegan dan bersahaja maka cincin emas putih boleh menjadi pilihan. Namun tidak salah memilih untuk menggabungkan keindahan antara tradisional, moden dan elegan dengan menggabungkan emas putih dan emas kuning.

4. Ketika memilih cincin kahwin, haruslah diingatkan bahawa cincin ini akan dipakai seumur hidup dan sepanjang masa. Fikirkan reka bentuk yang sesuai dengan gaya hidup sehari-hari. Jangan kerana reka bentuknya yang cantik tetapi tidak praktikal untuk dipakai sehari-hari. Tentu menyedihkan melihat cincin kahwin kita hanya terletak di dalam kotak sahaja.

5. Selalu bakal pengantin akan memilih belian sebagai batu yang menghiasi cincin kahwin. Jangan hanya terikat pada satu batu permata sahaja. Boleh sahaja memilih batu permata yang lain seperti, delima, firuz. Pilihlah mengikut karakter dan kegemaran anda.

6. Pilihlah kedai emas yang boleh dipercayai. Jangan malas untuk melakukan survey dan memilih cincin kahwin yang terbiak sekali untuk anda. Pilihlah sehingga anda berpuas hati dan tidak jemu memandangnya seumur hidup anda.

7. Bukan baju sahaja perlu fitting, cincin juga begitu. Lakukan final fitting ukuran cincin kahwin anda semasa suhu badan yang normal dan anda berasa tenang. Jangan lakukan di waktu pagi kerana jari akan membengkak dan tidak mendapat ukuran cincin yang sesuai.

p/s : Menanti bakal suamiku menyematkan cincin ke jari manisku.hehe :)

Friday, May 3, 2013

Tips : Mencari Jodoh (Bagi Wanita)


  • Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi didunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah' kesedian hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
  • Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya mudah dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki senang pula untuk dipersiakan.
  • Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin dikalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tetapi wasilah (ikhtiar atau jalan) semata-mata.
  • Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu'anda dimatanya.
  • Minta ibu bapa,abang atau saudara mara mencarikan utk anda.
  • Jika anda dirisik secara langsung oleh lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat! Cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah adalah sunnah Rasulullah SAW.