Lazada Malaysia
Showing posts with label Ephyra. Show all posts
Showing posts with label Ephyra. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Berjaya Lagi Menjadi Pemenang Fasa Kedua Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sekali lagi bersyukur ke hadrat Allah kerana saya disenaraikan lagi di dalam senarai Pemenang Fasa Kedua Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga. Saya menang lagi dan itulah orang kata rezeki ada di mana-mana. Jika kita rajin, Insya-Allah Allah akan beri. Sejujurnya, entri untuk fasa kedua ini sangat sukar untuk saya buat kerana saya sudah terlalu banyak buat review untuk Ephyra ini sehingga saya sendiri memerah otak untuk melihat perubahan yang dialami saya serta berusaha untuk bekerjasama sekali lagi dengan Ephyra. Terima kasih Ephyra kerana beri kepercayaan sekali lagi pada saya untuk mencuba Ephyra. Dan yang penting, saya pengguna tegar Ephyra.

Untuk kali ini, 10 pemenang telah dipilih. Setiap 10 orang pemenang itu akan diberikan wang tunai RM200 serta cenderahati Ephyra. Cenderahati Ephyra yang dimaksudkan ialah mug Ephyra (edisi terhad). Nanti bila hadiah sudah sampai, saya akan buat entri sekali lagi. Juga tidak dilupakan, saya juga akan mendapat 1 kotak Ephyra (pek percubaan-10 sachet) kerana menjadi 20 peserta terawal yang buat entri review sebelum ini. Alhamdulillah, dapat minum Ephyra lagi.

Semua detail telah diberi, hanya tunggu hadiah sampai ke rumah.
Terima kasih kepada pihak penganjur dan pihak penaja.

Wednesday, July 16, 2014

Review Bersama Ephyra. Berkesankah Ephyra?

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih kepada Ephyra dan kak Mialiana.com kerana memilih saya sebagai pemenang tempat ketiga untuk Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga. Saya dapat hadiah wang tunai, sekotak Ephyra (30 sachets) dan t-shirt ekslusif Ephyra.





Ephyra tersergam di sana-sini,
Menjadi idaman setiap masa,
Andai sesiapa yang ingin mengenali,
Inilah produk kebanggaan Malaysia.

Bak kata orang, sesiapa yang tidak pernah cuba menggunakan produk Ephyra ini akan rugi. Ini kerana terdapat banyak khasiat yang kita boleh dapat melalui pengambilan Ephyra. Nak tahu apa khasiat yang boleh anda dapat? Jom baca penjelasan daripada saya di bawah.


Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Antara khasiat yang terkandung dalam Ephyra ini ialah kolagen ikan laut dalam, buah Acai, gam akasia, L-glutathione, Astaxanthin, serbuk tomato, Acerolla ceri, marigold bunga ekstrak dan Superberry.


Terlalu banyak khasiat dalam Ephyra ini kan. Boleh dikatakan 100% khasiat yang diperlukan dalam badan ada di dalam Ephyra. Ini bukannya kali pertama saya minum Ephyra. Tapi ini sudah kali ketiga saya minum Ephyra. Nak tahu apa kesan pengambilan Ephyra kepada saya? Jom baca review di bawah setelah pengambilan Ephyra ini.

1. Seperti review saya sebelum ini untuk kotak pertama dan kotak kedua, kesan yang saya beritahu pada review dahulu masih kekal sehingga sekarang. Untuk review pertama saya dulu ialah kulit muka & kantung bawah mata makin cerah, tenaga bertambah di waktu pagi & malam dan alergik vitamin C hilang. Untuk review kedua saya dulu pula ialah kadar metabolisme saya semakin bertambah dan sistem pelawasan berjalan lancar, rambut saya kurang gugur selepas minum Ephyra dan mengurangkan masalah resdung. Kesemua kesan pengambilan Ephyra ini masih kekal dari dulu sehingga sekarang. Alergik dan apa-apa yang saya nyatakan dalam kedua-dua review ini tidak pernah berulang kembali kepada saya dan ia meyakinkan saya bahawa Ephyra memang berkesan dan semua orang mesti cuba. Ephyra boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Itu yang terbaik!
2. Berikut adalah gambar selfie saya sebelum dan selepas penggunaan Ephyra selama sebulan.

Sebelum 


Selepas



Semakin cerah muka saya kan? Walaupun kecerahan muka saya tidak begitu ketara, tetapi ia boleh dilihat dengan perbezaan tona kulit muka saya. Yang paling penting, tona kulit tangan saya juga semakin putih berbanding dulu. Saya terlupa nak snap gambar tangan saya sebelum dan selepas. Tetapi memang semakin putihlah. Tengoklah tangan saya dalam gambar di atas, kecerahan kulit tangan saya sudah sama dengan kecerahan muka saya. Ewah, makin cun orang kata! Sesiapa yang nak tangan putih melecun macam saya ni, jom pakat beli Ephyra ramai-ramai. Alang-alang menyeluk pekasam dah nak dekat raya ni, elok sangatlah tu korang beli Ephyra. Jadikan diri korang putih, biar saudara-mara korang jeles. Nanti diorang boleh ikut jejak langkah tips kecantikan korang tu. Haaa gitu...

3. Sejak di bulan Ramadhan ini, pasti ramai orang akan seperti kekurangan tenaga kerana tiada sumber yang cukup untuk meningkatkan tenaga. Maklumlah sumber tenaga dari makanan dan minuman berkurangan. Apa kata kepada sesiapa yang terasa seperti selalu penat dan tidak bermaya untuk melakukan sebarang kerja ketika di bulan Ramadhan, ambil secawan Ephyra ketika bersahur dan berbuka sebagai supplement tambahan untuk tenaga. Insya-Allah akan terasa perbezaannya. Saya pun minum Ephyra ini ketika sahur dan berbuka. Alhamdulillah tenaga yang saya dapat bertambah-tambah dari kebiasaannya. Jujur ni, jujur. Kalau nak jadi seperti saya, ikutlah jejak langkah saya ini ye.


4. Sistem pelawasan bertambah baik dan berat badan menurun sebanyak 5 kg. Inilah review daripada saya yang dari tadi saya nak cerita. Berat badan saya bukannya turun mendadak sebanyak 5 kg sekaligus tapi dalam masa 5 hari saya menggunakan Ephyra pasti dalam 1 kg begitu berat badan saya akan menurun. Berat saya menurun bukannya atas faktor puasa, padahal saya masih makan nasi dalam kuantiti yang sama ketika bersahur dan berbuka. Maksudnya, kuantiti nasi yang saya ambil ketika hari bukan puasa masih sama dengan kuantiti nasi yang saya ambil ketika puasa. Sebenarnya saya tak suka diet nasi kerana jika saya tak jumpa nasi dalam sehari, pasti nafsu makan saya untuk hari berikutnya akan membuak naik. Jadi kerana itu, saya masih makan nasi dalam pengambilan yang konsisten setiap hari. Alhamdulillah walaupun saya tak pernah skip pengambilan nasi pada setiap hari, saya masih mampu menurunkan berat badan saya.


5. Air oren menjadi pilihan saya setiap hari setelah segala alergik vitamin C saya hilang dengan pengambilan Ephyra buat kali yang pertama. Air oren telah menjadi pilihan utama saya ketika di restoran mahupun di rumah pada masa kini, maklumlah kempunan punya pasal setelah bertahun-tahun saya menghidap alergik vitamin C. Dengan bantuan Ephyra, saya sudah mampu minum air oren tanpa sebarang keraguan ataupun takut. Yang paling best, Tropicana Twister telah menjadi air kegemaran saya setiap hari. Setiap hari saya mesti akan minum air ni. Ephyra memang terbaik!

 

Inilah review saya setelah pengambilan Ephyra selama sebulan.
Untuk sebarang pembelian Ephyra, sila hubungi :


Laman Web :

Fb Fanpage :

Twitter :

Instagram :

No.Telefon :
03-41417889 / 019-3999238

E-mel :
info@oceanlife2u.com

Monday, December 23, 2013

Review Setelah 1 Bulan Menggunakan Ephyra


Siapa pernah menggunakan Ephyra? Okay, saya tahu ada sebilangan daripada pembaca entri ini yang pernah menggunakan Ephyra. Kepada sesiapa yang tidak pernah menggunakan Ephyra, cepat-cepatlah cuba Ephyra ini kerana Ephyra mempunyai banyak kelebihan berbanding daripada kolagen lain. Antara kelebihannya ialah :



Setelah menggunakan Ephyra, pasti ada kesannya.
Antara kesan yang saya alami sendiri ialah :

.: Kulit Muka & Kantung Bawah Mata Makin Cerah :.


Gambar di bahagian atas adalah muka saya sebelum menggunakan Ephyra dan gambar di bahagian bawah pula adalah muka saya tanpa sebarang edit dan tanpa mekap setelah penggunaan Ephyra selama sebulan. Boleh nampak dengan jelas, muka saya makin cerah dan tiada jerawat. Muka makin licin dan bintik hitam hilang. Sebagai seorang blogger juga mesti banyak mengadap laptop dalam sehari. Dengan kesan ini, kantung bawah mata cepat letih dan gelap. Setelah menggunakan Ephyra, kantung bawah mata saya dah tak gelap macam dulu. Teruja saya dengan keberkesanan Ephyra ni tau.

.: Tenaga Bertambah Di Waktu Pagi & Malam :.


Saya mengamalkan Ephyra ini pada waktu siang dan malam. Ephyra sememangnya menambahkan tenaga saya seharian. Selama ini saya selalu lemah dan tidak bermaya untuk melakukan sebarang kerja kerana antibodi saya tidak kuat. Dulu saya selalu demam, selesema dan batuk. Sekarang tiada masalah untuk saya buat kerja tanpa henti. Setelah menggunakan Ephyra saya mampu melakukan pelbagai perkara dalam sehari. Yang pelik tu, walaupun saya banyak buat kerja, saya langsung tak rasa letih. Ajaibnya Ephyra ni!

.: Alergik Vitamin C Hilang :.


Kalian sedar tidak selama ini ketika minum Ephyra, kalian merasakan air ini seperti berperisa sugus oren. Dan yang pasti, kalian mesti pelik kenapa saya sanggup minum air Ephyra ni sampai habis sekotak padahal sebenarnya saya alergik vitamin C. Yang paling ketara, saya alergik pada buah oren. Kepada pelawat setia blog ini sememangnya sudah tahu sebelum ini saya alergik buah oren dan apa-apa yang berkaitan vitamin C. Pabila saya hidu ataupun makan makanan yang mempunyai vitamin C, saya pasti akan sesak nafas. Bukan calang-calang alergik tau. Sejujurnya saya bagitahu, pada mula saya dapat kotak Ephyra ni saya takut untuk mencuba Ephyra kerana saya tahu Ephyra ini ada kandungan vitamic C yang tinggi. Tetapi berkat keberanian saya untuk mencuba, setelah paket Ephyra yang ke-11 hingga paket ke-30 alergik oren saya hilang secara tiba-tiba. Saya kagum dengan Ephyra kerana mampu menghilangkan alergik vitamin C saya ini. Testimoni ini saya jujur tau, buat apa saya nak tipu kalau produk ini paling berkesan. Kepada sesiapa yang alergik pada vitamin C, mestilah cuba Ephyra ini ye. Lepas ini, saya dah boleh makan vitamin C tanpa rasa takut. Terima kasih Ephyra.

Untuk mengetahui bagaimana untuk dapatkan Ephyra, sila hubungi :


Website : Oceanlife2u
Facebook : Oceanlife2u
Email : oceanlife2u@gmail.com
No.Hp : +60193999238 / +60341417889
Alamat : Oceanlife Marketing Sdn Bhd 
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur.