Assalamualaikum.
Kepada yang sedia maklum, sebelum ini saya pernah bagitau dalam dua bulan yang lepas saya ada pergi Hari Keluarga Pejabat Abah di Port Dickson. Lamanya saya baru nak update sekarang. Hari keluarga ini diadakan pada 28-29 Novemeber 2014, bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Pengangkutan kami ke sana hanyalah menggunakan bas SMK Seri Perak dan bas (xtau nama).
Inilah bas yang saya tak tau nama tu. Yang best, bas ni selesa dan luas. Sampaikan orang yang naik bas SMK Seri Perak pun jeles. Tetapi ketika di dalam bas ini saya hanya main hp sajelah...
Port Dickson
Sebelum sampai ke Corus Paradise, korang akan melalui dua penanda tempat di atas terlebih dahulu iaitu kem tentera dan SK Si Rusa, Port Dickson.
Kemudian, barulah korang akan jumpa T-junction ini dan belok ke kanan. Dah sampai pantai Port Dickson. Sebenarnya resort ini berhadapan dengan pantai Port Dickson. Pemandangannya memang cantik.
Perkarangan Corus Paradise Resort
Sesampainya di sini. Walaupun penat, semuanya masih bertenaga. Tengok makcik tu, sempat senyum depan kamera hp saya lagi.hehe
Check-in Bilik Resort
Selepas dapat kunci bilik, kami terus check-in. Resort ini bertaraf, err berapa bintang ye? Lupa pula nak tanya owner resort ni tapi yang pasti bukannya 5 bintang. Walaupun bukan bertaraf 5 bintang, tapi kemudahannya serba lengkap. Selepas check-in, saya terus tidur. Maklumlah jika dah dapat tempat begini, mestilah kena menikmatinya.
Makanan Menyelerakan
Kami sampai di resort ini dalam pukul 4 petang. Tengahari tadi ketika dalam perjalanan kami semua dah makan nasi ayam. Malam ini pula pihak resort yang sediakan semua makanan untuk kami. Diantara makanannya adalah seperti di atas. Hanya makanan ini saje yang saya sempat snap. Makanan yang lain, sudah habis diserbu dan saya pun lapar jadi terus makan sampai lupa segala. Yang penting, makanannya sedap sehingga tidak terkata. Okay saya bagi 5 bintang untuk makanannya. Terbaik.
29 November 2014
Sarapan Pagi
Yang di atas ini pula, sarapan pagi yang saya dan famili saya makan. Walaupun makanannya nampak biasa, tetapi yang penting adalah sedap.
Aktiviti Sukaneka
Selepas sarapan pagi, kami main sukaneka pula.
Permainan laluan berhalang
Permainan tiup bola pingpong dalam air
Permainan susun tin bertingkat dengan menggunakan lidi
Permainan masukkan bola pingpong ke dalam bekas di kepala
Permainan susun magnet bertingkat dengan menggunakan lidi
Pemandangan Luar Resort - Kawasan Beting Pasir
Selepas selesai bermain sukaneka, saya berjalan-jalan di sekitar beting pasir pula.
Di sini, pihak resort banyak menggunakan pokok kelapa untuk mengindahkan kawasan resort. Rupanya pokok kelapa boleh diangkat tinggi sebagai pokok hiasan di resort ataupun hotel. Tengok tu, cantikkan...
Okay, inilah banggunan resort kami. Walaupun nampak biasa, tetapi ia dah cukup untuk nampak cantik.
Dan ini pula Port Dickson. Subhanallah, tidak sangka rupanya saya berjaya menjejakkan kaki ke sini. Dulu hanya dapat tengok dari tv saje, sekarang dah boleh tengok depan mata. Airnya kehijauan dan langit kebiruan. Cantik sangat.
Jika nak tau beting pasir apa yang saya maksudkan tadi, tengok kat pokok kelapa yang banyak tu. Itulah kawasan beting pasir yang saya maksudkan. Dan yang best, bilik resort kami berhadapan dengan beting pasir. Buka saje tingkap bilik resort, boleh nampak terus kawasan beting pasir ini. Pemandangan yang sangat cantik. Jadi kepada sesiapa yang nak datang ke sini, pastikan korang dapat bilik 810 untuk mendapatkan pemandangan sebegini.
Ada yang bertanya saya, saya guna kamera apa untuk snap semua gambar ini. Saya hanya menggunakan applikasi kamera Zenfone 5. Dan yang penting, orang yang snap gambar mestilah pandai ambil sudut gambar dan menghayati setiap apa yang kita snap.
Semoga saya dapat kembali ke sini lagi. Bye.