Lazada Malaysia

Monday, April 29, 2013

Buah Aprikot


KELEBIHAN APRIKOT UNTUK RAWATAN KANSER

Aprikot berasal dari Negara China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun lalu. Buah ini turut di tanam di India & Tibet. Aprikot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya kaum yang berumur panjang amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dahulu. Dalam bahasa nutrient, biji Aprikot ini disebut mengandungi Amigdalin dikenali sebagai Vitamin B17. Vitamin B17 ini dapat membantu membunuh sel-sel kanser dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini. Kanser merupakan pembunuh senyap.


● Vitamin B17 boleh diperolehi didalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada B17, jika tiada B17 dalam diet pemakanan, anda boleh dihidapi penyakit kanser. Selain dari biji Aprikot, Vitamin B17 juga boleh diperolehi dari badam pahit (amigdalin mempunyai rasa pahit – badam manis tidak mengandungi B17), epal pipis, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren & biji benih yang lain.


● Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Diantaranya membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat & dapat melindungi anda dari kanser. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan (supplement with antioxidants) yang dapat melawan carcinogens dalam tubuh badan anda. Bagaimanapun Vitamin B17 menggunakan cara yang sangat unik. Iaitu secara langsung menyerang sel kanser (directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah disebutkan di atas.


● Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian Vitamin B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan "cyanide" ia adalah lengai secara kimia & tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.


● Perkara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam biasa sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. 2 unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium & klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya "klorin". Sudah tentu jika ada makan banyak garam pada satu masa anda akan sakit.


● Perkara yang sama juga berlaku dalam biji Aprikot, makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah diberikan. Bagaimanapun amigdalin adalah kurang toksik daripada garam & jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.


● Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan "stress" atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah & sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.


● Vitamin B17 dari Biji Aprikot akan berkerjasama dengan sistem imun dalam badan dan membunuh sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda dalam sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka "ikatan kimia" yang terpadu dalam Vitamin B17 (Biji Aprikot) iaitu cyanide. Maka cyanide akan dibebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam Vitamin B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah Vitamin B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. Vitamin B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.


● Enzim yang terdapat dalam sel kanser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasillah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.


● Hati (liver) bekerja dengan lebih kuat jika terdapat unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak dikeluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal menghidap kanser hati pula.


● Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser , hasil kajian mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada didalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.


● Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga PH tubuh dengan baik , tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat pengidap-pengidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.


● Pada permulaan abad ke-21 adalah dijangkakan bahawa satu dari lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu dari empat orang lelaki akan mendapat kanser prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, dijangkakan tiada keluarga yang bebas dari penyakit kanser.

Sunday, April 28, 2013

Buffered Earning Pertama & Kedua


Alhamdulillah sejak blog ni terabai dari minggu lepas, Buffered Earning ataupun singkatannya BE datang menjengah blog ni. Wah ni pertama kali BE datang. Yang saya pelik, CTR tu 0.00%. Eh, kenapa jadi camni. Pelik. Tapi amount tu boleh dikira banyak jugak. Apa-apapun, terima kasih Nuffnang kerana sudi bagi BE pertama dan kedua untuk blog ni.

Saturday, April 27, 2013

Kemahiran Menulis Entri Blog

Assalamualaikum.

Hai, apa khabar semua? Diharapkan semuanya sihat belaka. Alhamdulillah, kesihatan saya makin pulih. Syukur. Dah baca tajuk entri ni kan. Harini saya nak buat entri mengenai kemahiran menulis entri blog. Ada yang bagitau saya yang saya tulis entri blog ni skema. Eh, skema ke? Rasanya tak kot. Saya rasa saya masih taip entri macam blogger lain juga. Tapi kadang-kadang tu adalah skema jugak. Biasalah tu kan.

Antara sebab mengapa saya taip entri sebegini :

1. Pembaca blog saya ni terdiri dari pelbagai jenis orang. Dulu saya pernah buat entri dengan tulisan singkat, tapi ada di kalangan pembaca tak paham dengan apa yang saya tulis. Selalunya, masalah ni terjadi untuk pembaca yang berumur atasan. Sejak dari tu, saya cuba tulis entri blog ni secara skema. Pembaca blog saya ni ada juga yang bukan dari orang Malaysia, jadi agak sukar untuk mereka memahami apa yang saya tulis. Jadi, sewajarnya saya tulis entri secara penuh.

2. Sebenarnya ada rahsia tersembunyi disebalik penulisan entri saya selama ni. Rahsia di sebalik "mengapa blog saya ni cepat naik ranking Alexa". Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya saya buat entri secara penuh dan skema adalah kerana ia akan memudahkan entri yang saya buat akan cepat mesra SEO. Mungkin saya tak pernah bongkarkan selama ni, tapi inilah kebenarannya. Kalau tak percaya, cuba korang buat. Insya-Allah, berhasil.

3. Tajuk entri dan isi entri mestilah bertepatan. Janganlah buat tajuk entri lain, tapi isi entri lain. Dan carilah tajuk entri yang mesra SEO jugak. Jangan main hentam saje. Yang penting, isi entri mestilah skema. Ingat pesan saya ni tau kalau korang nak ranking blog korang cepat naik.

Rasanya ni saje saya dapat bagitau. Kalau ada lagi, saya akan tambah lagi di kemudian hari. Okaylah, selamat menulis entri... :)

Friday, April 26, 2013

Assignment Fiqh Kitab


Mengenai "Cara Bacaan Al-Fatihah Di Dalam Solat"



Mengenai "Kelebihan Surah Al-Fatihah"

Sebenarnya banyak lagi buku, tapi saya tak tau kenapa tak boleh upload gambar lagi dah dalam entri ni. Apa-apapun, saya nak sambung buat assignment ni. Pulun untuk siapkan malam ni jugak sebab esok dan ahad nak outing, jadi nanti bolehlah rehat.

Thursday, April 25, 2013

Suratkhabar Percuma



21 April 2013 - Sebenarnya banyak lagi suratkhabar yang kami dapat. Tapi saya dan kawan saya tak ambil kesemuanya sebab terlalu banyak. Cukuplahlah hanya ini saje. Suratkhabar akan dihantar percuma dua minggu sekali.

Tuesday, April 23, 2013

Wadai Kiping

Pada hari Ahad yang lepas, saya dan keluarga balik ke kampung untuk menziarahi atok, makngah dan maklong. Selalunya, kalau balik mestilah ada aktiviti masak-masak. Jadi pada hari Ahad yang lepas, saya, mak saya dan adik saya tolong makngah untuk buat wadai kiping. Korang tau wadai kiping tu apa? Kalau tak tau, tengok gambar-gambar di bawah ni ye. Pasti korang akan kenal terus nanti... :)




Ada tiga talam yang kami gunakan untuk menggentelkan tepung-tepung ni jadi bulat kecik seperti gambar di atas. Nampak senang, tapi lama jugakla mengadap tepung-tepung ni.


Selepas siap gentelkan, kami pun masak.
Muat dalam satu periuk.


Tengah mendidih.


Wadai kiping siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.


Aikk, miaw pun ada. Iklan, iklan... :D



Dua mangkuk saya makan.
Sedap sangat-sangat! Korang cubalah... :)

p/s : Update entry, guna laptop kawan. Kalau ada masa, saya bw blog korang nanti ye.

Happy Birthday Miss Banu


Happy Birthday Miss Banu

Happy Birthday!
We all love you...
Hope you get what you wish for.
May Allah bless you everyday and forever.

Sunday, April 21, 2013

WeChat


Alolo comelkan Shaheizy Sam & Lisa Surihani. 
Memang bestla diorang jadi duta WeChat.
 Kawan-kawan, jom WeChat! :)

Id WeChat saya : Solehah_Official

Saturday, April 20, 2013

Senarai Penuh Calon PRU 13 Untuk Seluruh Negeri Di Malaysia


SENARAI CALON PRU 13 SELURUH NEGERI
  1. PERLIS 
  2. KEDAH 
  3. PULAU PINANG
  4. PERAK
  5. SELANGOR
  6. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
  7. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
  8. NEGERI SEMBILAN
  9. MELAKA
  10. JOHOR
  11. KELANTAN
  12. PAHANG
  13. TERENGGANU
  14. SARAWAK
  15. SABAH
  16. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
      
SENARAI CALON PRU 13 MENGIKUT PARTI :
  1. BN 
  2. PAS 
  3. PKR 
  4. DAP

JOM SEMAK SENARAI PENCALONAN BAGI NEGERI MASING-MASING

Scheduled Entry Untuk 3 Bulan

Assalamualaikum.

Mesti korang terkejut dengan tajuk entri saya ni kan. Ye memang betul saya scheduled entri untuk 3 bulan. Entri pun bukan untuk hari-hari, banyak yang selang seminggu. Ini kerana saya akan sambung belajar lagi dan tidak akan bawa laptop saya ke tempat belajar. Siapa kata tak sedih, mestilah sedih tak dapat online blog untuk 3 bulan. Tapi alhamdulillah saya masih ada handphone yang hanya boleh saya online facebook sajelah. Nak update blog jangan haraplah untuk taip entri. Nak blogwalking? Ini pun tak pasti boleh atau tak. Uhukzzz.

Kepada geng GSF kesayangan, Solehah minta maaf sangat-sangat. Solehah tau masa ni terlalu lama buat Solehah menyepi dari blog kalian. Maafkan Solehah. Solehah tak dapat nak elak dari kesibukan belajar ni dan Solehah tau, pasti trafik blog ni akan turun mendadak nanti. Yang ni Solehah paling risau. Solehah harap, nanti korang akan tetap jenguk blog ni nanti ye.

Harini hari terakhir Solehah pegang laptop sebelum sambung belajar. Petang ni nak balik dah. Diharapkan blog ni tetap akan korang kunjung. Terima kasih semua.

* Entri selepas entri ni ialah entri yang discheduled kan. Solehah akan laporkan di facebook nanti bila Solehah akan habis belajar. Sayang korang sangat-sangat! :)

Friday, April 19, 2013

Kes Penipuan Kad Bank - 21.8.2011

Assalamualaikum.

Oleh kerana sejak-sejak ni saya lihat ramai blogger yang asyik bercerita mengenai kes penipuan kad bank yang dilakukan oleh individu luar, jadi saya rasa saya nak ceritakan kembali mengenai pengalaman seperti ini juga yang saya pernah kena pada 21.8.2011. Alhamdulillah, polis sudah tangkap individu tersebut. Berikut kisah ini :

21.8.2011 - Saya rasa, harini betul-betul saya bernasib baik. Nak tau sebab pe? Saya terselamat daripada penipuan pemberian hadiah wang tunai berupa RM5000 daripada simkad melalui Celcom Center. Sebenarnya, penipu tu bukan daripada Celcom Center. Korang nak tahu macamne saya boleh kesan betul atau tidak individu ni, cuba ikuti dialog antara saya dan penipu licik tapi dia ni bukan licik, sebenanrnya dia lagi bodoh daripada orang yang tak belajar ke sekolah.huh! geram saya dibuatnya.

Kejadian ni berlaku pada 21 Ogos 2011 hari Ahad pukul 1.09 p.m. Saya dihubungi daripada nombor yang tidak dipaparkan. Cuma yang muncul daripada handphone saya “withheld”. Korang nak tahu kenapa “withheld” ? Sebabnya, dia guna nombor private (takut orang kesan diorang la tu) dan kemungkinan lain, dia guna nombor daripada luar negara. Maka kita akan dapat panggilan daripada “withheld”.

Berikut adalah dialog kami.

Penipu : Hello..good afternoon.
Saya : Hello..yes, can i know who’s speaking??
Penipu : Ya cik..boleh saya sah kan ni nombor 019******* ??
Saya : Ya,ni nombor saya..kenapa??
Penipu : Cik, saya dapat nombor ni daripada Abdul Latif yang memberitahu bahawa cik telah memenangi hadiah berupa wang tunai RM5000 daripada simkad ini pemberian Celcom Center. Jadi,saya ingin memberitahu berita gembira ni. ( Tiba2 dia cakap Melayu..kemungkinan dia ni guna private nombor. Amboi2, Abdul Latif mana pulak ni. Nama siapa dia main cilok ni. )
Saya : Saya xtahu pe2.
Penipu : Jadi, saya nak cik sah kan kemenangan ni dan saya nak cik tuntut hadiah ni dalam kadar segera. Cik, cik ada nombor akaun x?
Saya : Ada..awak nak watpe??
Penipu : Oh..ok. Bagusla camtu..cik sekarang da pegang kad bank atau buku akaun x??
Saya : Ada..tapi
Penipu : (Tiba2 dia mencelah..) Baguslah cik..cik sekarang guna bank pe?? kami da bank Islam, Maybank, HSBC..n lain2 cik..tapi CIMB xda cik..boleh saya tahu cik guna bank apa??
Saya : Bank Islam..Awak nak watpe tau semua ni?? saya xcaye la awak ni..japppp
Penipu : Saya tahu cik da Bank Islam..dan kami xkan ambik nombor bank dan nombor pin bank cik..kerana kami daripada celcom center,kami daripada syarikat sah n xkan menipu customer kami sebab selama ni banyak kes penipuan melalui nombor pin..Jadi cik, saya nak sahkan wang ni cik..boleh saya tahu nombor yang tertera pada kad bank cik..sebab nombor tu semua orang memang tahu. dan cik sekarang da berdekatan dengan cawangan bank Islam x?? (huishhh..pandai ko nak kelentong aku ye dasar penipu..ko ingat aku bodoh ke, sekarang dah canggih la..kalau orang tahu nombor dihadapan kad bank pun, diorang still leh trade masuk..nombor mle2 memang sama, tapi nombor yang belakang tu nombor rahsia la..kalau xcaye,korang check dengan kawan2 yang da kad bank Islam.))
Saya : Maaf..sekarang ni saya xberdekatan dengan bank Islam..
Penipu : Cik da katne sekarang??
Saya : Perak.
Penipu : Oh perak..okay2..Kalau cik nak pergi ke bank Islam tu ambil masa yang lama x??
Saya : Ha’ah. Sebab di sini memang xda bank Islam. Kalau nak pergi sana, jauh sangat..(Aku rasa macam sakit hati sebab dia asyik cakap pasal bank je, xbagitahu langsung pun pasal tawaran Celcom atau pasal duit tu..nampak sangat dia penipu akaun kad bank.. ))
Penipu : Xpelah cik..kalau macam ni,cik bagitahu dulu nombor yang tertera kat depan kad cik..
Saya : Maaf cik, saya xberminat..
Penipu : Cik ni pu**mak betul. Cik ni pelac** ke. Memang betul cik ni pelac** (kemudian, dia terus letak phone.)

Astaghfirullahhala’azim. eeeiii dia mencarut depan saya tu! Ya Allah, masa tu hati saya geram dan marah sangat-sangat. Yang sedihnya, sebab dia sampai hati mencarut pada saya. Ya Allah, ni lah pertama kali orang mencarut depan saya. Memang masa tu hati marah bercampur nak nangis sebab saya tak tahu camne nak gtau korang semua. Mencarut tu kan guna bahasa tak sopan, dengan kata lain kurang ajorrr. Yang gembiranya, saya terlepas daripada tertipu dengan dia.


p/s : Kepada kawan-kawan, jika suatu hari korang dapat panggilan macamni, baik korang letak dan jangan layanlah. Diorang ni semua penipu. Nak dapat duit senang, tapi dengan cara menipu. Saya tak akan maafkan jantan penipu ni! Dia akan dapat balasan yang setimpal daripada Allah.

Hentikan penipuan akaun bank. Jangan libatkan diri dengan mereka. Kerana tersilap langkah, korang akan jatuh miskin. Beringat sebelum kena.

 

Gwiyomi

Assalamualaikum.

Dulu popular dengan Gangnam Style, lepas tu Harlem Shake. Sekarang ni musim Gwiyomi pulak ye. Sebelum saya tengok video-video Gwiyomi ni, dengar nama Gwiyomi ni saya dah boleh agak mesti benda yang comel-comel tengah hot sekarang. Dan betul tekaan saya, semua video Gwiyomi comel-comel belaka. Bertepatanlah dengan nama Gwiyomi tu kan.hehe Gwiyomi aka Cute. Jom kita layan video-video di bawah ni. Empat video ni adalah video yang paling saya suka! :)

  

  



Orang Korea pandai buat trend kan. Jom Gwiyomi! :)

Thursday, April 18, 2013

Jumpa Doktor Lagi - Klinik Nurul Huda, Teluk Intan


Semalam saya pergi ke klinik ni lagi. Doktor pun terkejut sebab saya tak elok lagi. Kali ni doktor bagi ubat yang betul-betul kuat sehinggakan malam tadi selepas makan ubat saya terus tertidur. Ubat ni memang bagi saya cepat mengantuk. Ubat yang saya maksudkan ni ialah ubat batuk, warna oren. Oklah, saya online ni pun baru lepas makan ubat batuk ni. Online kejap saje ni. Doakan saya cepat sembuh ye. Offline dulu.

* Thanks Apit untuk doodle Muslimah tu... :)

Wednesday, April 17, 2013

Kelengkapan Untuk Jemaah Haji & Umrah - Beg Pakaian Beroda











Set of 3 Lightweight Luggage

Alhamdulillah, beg mama dan abah yang ditempah dari MyDeal.com.my telah pun sampai. Dihantar dengan menggunakan van GD Express. Masa penghantaran dalam 1 minggu sahaja. Beg ni dibeli dengan harga promosi yang sangat berbaloi dan ia adalah untuk kegunaan umrah mama dan abah nanti. Beg ni tahan lasak dari hentakan dan sesuai untuk dibawa di dalam kapal terbang. Kulit beg liat, ringan dan mempunyai roda yang boleh dipusing 360 darjah. Jadi, mama dan abah akan mudah bawa beg ni nanti. Terima kasih MyDeal kerana memudahkan urusan mama dan abah saya. 

* Alhamdulillah, beg dan simkad dah ada. Nanti apa pula ye? :)

Tuesday, April 16, 2013

Happy Birthday To My Lovely Friend, Shuhada Othman ♥

Did u still remember this photo?haha :p

To my sweetheart, Shuhada.

Happy Birthday to you. Yeayyy now u already 23. Don't be jealous, I still 22 years okay! Dear, whatever and however you are you still my lovely friend forever. Ya because we study together, we eat together, we dating together, we rempit together but not sleep together ya.haha but now we already far, but doesn't mean that I will forget u forever. Uhukzz okay I'm in touching mood now. Like wanna cry la. Deiii jangan nangis la, ayoyo... But this special entry just for u. Sorry no birthday gift for u this year. If u want, come dating with me... :)

* I miss you so much, Shud. Uhukzzz... :(

Proven Perfect 1, Zirana Infrared Slimming Suit & Freebies Asience




Tiga bungkusan yang saya terima dari Pos Laju.
Jom tengok ketiga-tiga bungkusan ni... :)


 

Dapat trial pack Proven Perfect 1 secara percuma di SINI.
Tapi request trial pack tu dah tamat tau. Thanks Proven.




Korset Zirana Infrared Slimming Suit. Sangat kemas balutan bungkusannya sehinggakan saya sendiri teruja nak tengok korset ni. Siap ada bagi dua tisu muka. Wah, sangat bestla shopping dengan Abg Eqbal Zack ni. Terima kasih Abg Eq. Kepada sesiapa yang nak korset ni jugak, boleh order di SINI. Harganya RM100 (percuma kos penghantaran). Murah tau! Abg Eqbal tengah buat orfer ni. Cepat rembat harganya sebelum terlambat! :)


Freebies dari Asience. Freebies ni pun dah tamat.

Masih banyak lagi hadiah yang belum sampai. Tengah menunggu... :)

Kelengkapan Untuk Jemaah Haji & Umrah - Simkad Arab Saudi


Pada hari Ahad (14 April), saya saje ikut mama dan abah saya pergi kursus umrah di masjid. Selesai kursus, abah saya beli dua simkad Arab Saudi ni untuk digunakan ketika umrah nanti. Satu untuk abah dan satu lagi untuk mama. Jadi senang untuk contact sesama sendiri nanti bila ada di sana.


Maaf terpaksa hide nombor telefon dan nombor id. Disebabkan warnanya pink, rasa teringin nak beli juga. Tapi abah tak bagi saya beli sebab membazir. Yela saya bukan nak pergi sana pun. Alahai, bilalah saya dapat jejak kaki ke Mekah jugak ye. Nak ikut mama dan abah juga.

Monday, April 15, 2013

Doa Untuk Menangani Anak Nakal Atau Lasak

1. Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.



2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

 

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

 

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

 

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembus pada susu.

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

 

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani anak-anak belajar.
 

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya".

 

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

 

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

 

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Sunday, April 14, 2013

Top 10 Most Expensive Cat Breed

Cat is a beautiful domesticated animal that is available in different species. Some are worth nothing but its own life and some are worth view hundreds up to view thousand dollars. On the following list, we are going to explore 10 most expensive cat breed in the world. Their pureness, rarity, and originally are 3 things which make them special.


1. Bengal Cat

Bengal cat is an exotic cat and cuddle. They are hybrid from the domestic feline and an Asian Leopard Cat. Most of the time, the cat is active and love to hang out with people or play. The price tag of Bengal cat is ranging from view hundred to view thousand bucks.


2. Savannah Cat
 
Savannah cat or also popular as wild African Cat is a medium size cat that was coming from the cross breed of a domestic cat and a serval. They are social; love to play, loyal, and purchasable. The price of the cat is starting from few thousand until 20 thousands grand.


3. Scottish Fold 
 
Scottish fold is a spoiled cat and it often meow to get attention. It is coming from a natural gene mutated breed that has cartilage foldable ears. The price of the cat ranges from few hundred dollars to few thousand bucks.


4. British Shorthair

British Shorthair is known as the “Bulldog of cat world”. It is bulky, muscular, and has strong supportive legs. Historically, Romans brought for the first time in Britain and then they were hybridized with wild native species. It is dominant but cute. They are sold from less then $500 to $1000.


5. Persian Cat
 
Persian Cat is known as a “fancy cat” since the early 20th century. Persian cat is a longhaired breed with character round face, shortened muzzle, small ears, short legs and long fur. It is lazy cat but cute, cuddle and playful breed when they are waking up. Cat breeders sold Persian cat from view hundred to one thousand dollars.


6. Russian Blue
 
Russian Blue is silver-blue fur cat breed originated from Arkhangelsk, Russia. The fur is thick, they are intelligent, cuddle, and has Mona Lisa smile on its face. Cat breeders sale them start from view couple bucks to $2,000.


7. Maine Coon
 
Maine Coon is a domesticated breed from Maine, North America and it is known as the oldest natural breed in the country. Their distinctive character is their long fur on their long tail. The price of the cat is ranging from few of couple bucks to under $2,000.


8. Siamese Cat
 
Siamese cat is popular as Oriental cat and it is coming from an unknown breed origin. The cat is sociable, Active, lovesome, and sometimes is playful and noisy. In breed cat market, Siamese cat is commercialized starts from $200 up to $1000.


9. Manx cat
 
Most Manx cat is tailless or very short. They are naturally mutated cat and is known as one of the most skillful hunters in farm. According to the Cat Fanciers Association, white Manx cats are very rare and they can be worth more than $4,000. The common Manx cat is sold from few hundred bucks.


10. Sphynx cat

Sphynx cat or Canadian Hairless is an energetic, cuddle and they need special treatment because they are coat less since the time they were born. Their price tag are starting from few couple hundred bucks up to $2,000.