Lazada Malaysia

Thursday, February 28, 2013

Makan Malam Di Pizza Hut Teluk Intan


Semalam, saya dan famili makan malam di Pizza Hut Teluk Intan.
Semestinya Teluk Intan, sebab sini kan tempat kelahiran saya.


Kami ke sini kerana nak dapatkan diskaun ni. Oleh kerana semalam hari rabu, jadi kami pilih Wednesday punya sajian. Ada diskaun untuk Meatball Bolognaise Spaghetti (Chicken/Beef), Passion Mint Fizz dan Garlic Bread+Soup-of-the-day. Jadi, kami pilih spaghetti kerana mau kenyang. Nanti tak perlulah beli pizza banyak-banyak dah.


Inilah spaghetti nya.
Sesampai saje spaghetti ni, terus capture gambar.haha :D


Kami juga order Regular Super Supreme Pan Pizza.
Nyiammm sedap. Apa perasaan korang masa ni? haha :D


Gambar ni cuma nak tayang air saje.
Iced Coffee Float, harganya RM 7.50.




Cuba teka gambar siapa ni? =.=


Lepas makan, mestilah kena bayar.
Tengok, sikit saje kami makan tapi ... (sila sambung)


Dalam bil ni saya tak pandang harga makanan dulu.
Tapi saya tengok cukainya dulu. blurppp =.=



Apa-apapun kami merinduimu, Pizza Hut Teluk Intan.
Perut kenyang semalam, tapi sekarang mestilah lapar.
Apa lagi, jom makan tengahari semua.
Selamat menjamu selera.

Tips : 7 Tips Kulit Cantik Bebas Jerawat


1) Pilih Sabun Bebas Minyak

Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

2) Jangan Picit Jerawat Anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

3) Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

4) Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak

Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.

5) Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

6) Jangan Sentuh Muka Anda!

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

7) Minum Banyak Air

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda.

♥ Sharing is Caring 

Tuesday, February 26, 2013

♥ Happy Birthday Syafynas Shahrizan ♥


Wah, u totally Sweet21 now.
Happy Birthday Syafynas Shahrizan.


Our hot mommy getting birthday today.
Walaweh, u totally awesome okayh! you.


♥ Whatsapp 



Dear Syafynas Shahrizan aka Fyn Tsukusyi, I wanna wish u :

Always strong in your life 
 Be the best woman ever that I know 
Wish your family happy and sweet together 
♥ Keep yourselves in beauty and charm everyday ♥ 
 The most importand ; I hope our friendship forever 
♥ Thanks for become my friend, dear Fyn 
 I love you 123456789 
♥ Muahhhxx! 

Tutorial : Muat Turun Video Youtube - iLivid.com

Assalamualaikum.

Akhirnya, software yang mudah dan senang digunakan untuk mendownload video dari Youtube telah saya jumpa. Dan semestinya apa-apa yang baru, akan saya kongsikan pada korang semua. Jika korang masih tiada software untuk memuat turun video dari Youtube ke dalam laptop/komputer korang, silalah cuba software ni ye. Ia amat mudah dan senang untuk digunakan. Berikut cara-caranya :

1. Mula-mula, klik SINI.

2. Korang akan buka website seperti gambar di bawah. Untuk langkah seterusnya, klik ikut anak panah pink di dalam gambar.



3. Korang download iLivid ni terlebih dahulu. Setelah selesai download, buka fail yang di download tadi dan install fail iLivid ke dalam komputer ataupun laptop yang korang guna sekarang.

4. Setelah selesai install fail iLivid, buka fail iLivid. Sebagai contoh gambar di bawah (versi Mac Os). Jadi setelah siap install kesemuanya, saya akan dapat fail seperti di dalam gambar bawah. Setelah itu, copy url video dari Youtube dan paste di dalam kotak download. Kemudian, klik "Download".



5. Download dalam proses.


6. Siap juga akhirnya. Mudah kan nak download video guna iLivid.com? :)


Akhirnya dapat juga software untuk download video. Sejak setahun lepas software download video saya expired, saya malas nak perbaharuinya - kena bayar. Kepada kawan-kawan yang masih tiada software untuk download video dari Youtube, korang patut cuba iLivid ni. Cuba ye... :)

Monday, February 25, 2013

Tips : Candy Buffet

Candy buffet seolah-olah menjadi trend perkahwinan pada masa kini. Candy buffet diletakkan adalah untuk menarik minat kanak-kanak yang datang di dalam suatu majlis yang diadakan.

Harga untuk candy buffet ni bergantung kepada item di dalam candy buffet dan perkhidmatan yang disediakan. Jika mahu bajet yang jimat, kita boleh buat candy buffet ini dengan idea dan kreativiti sendiri.

Contoh item yang dicadangkan di candy buffet ialah buah-buahan, marshmallow, kuih-muih, apam polkadot, biskut-biskut comel, gula-gula dan lain-lain lagi.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat candy buffet di dalam majlis perkahwinan, boleh cuba lihat servis yang disediakan di bawah. Servis candy buffet yang disediakan oleh mereka sangat cantik dan menarik. Jom terjah servis-servis ini! :-)

















Ok korang, setakat ni sajelah yang saya boleh sharekan.
Mwahx!

Sunday, February 24, 2013

Tutorial : Install New Theme For Android Phone

Assalamualaikum.

Adakah korang tau yang pengguna telefon android boleh menukar theme lain untuk handphone mereka? Jawapannya, semestinya boleh. Dan baru-baru ini saya baru saje menggunakan theme baru untuk handphone saya yang lebih cantik dan elegan. Flower Love GoLauncher Theme adalah theme baru handphone saya sekarang.





Cantikkan theme ni? Saya tau theme ni hanya sesuai untuk perempuan dan yang sukakan pink. Bukan theme ini saje yang ada, sebenarnya banyak lagi theme yang smart dan cun di app Play Store. Kepada yang mahukan theme baru ini dan tidak tahu bagaimana untuk install app ni, jom ikut tutorial di bawah ni ye.

1. Mula-mula, korang wajib ada handphone android. Kalau tiada, korang tak boleh install theme baru ni. Kalau korang ada handphone android, korang boleh ikut langkah yang seterusnya.
2. Buka Play Store.
3. Taip GO Launcher EX di bahagian kotak search.
4. Korang ambil search yang paling atas sekali iaitu GO Launcher EX. Install app ni dulu tau.
5. Selepas siap install app ni, korang klik Open.
6. Kemudian buka Play Store semula dan taip Flower Love_Go Launcher Theme di bahagian kotak search. Klik pada app yang ada pada carian yang paling atas. Install app tu.
7. Setelah siap install, klik Open.
8. Dah siap! Nanti korang boleh susun atur widget yang ada untuk nampak kemas. Sila tonton video di bawah untuk lihat theme baru ni.



Antara theme lain yang saya install juga ialah Love Petal GoLauncher, Kitten GoLauncher & Loving you GoLauncher. Sebenarnya banyak lagi theme yang cantik-cantik, tapi korang kena cari sendirilah ye.


Bagaimana kalau nak guna theme yang lama semula?
Oh, mudah saje ni. Sila ikut cara-cara di bawah...


Klik butang tengah-tengah handphone korang.


Nanti akan keluar macamni. Kemudian pilihlah theme lama korang tu. Senang kan? :-)
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila inbox saya di : pinkgemstone90@gmail.com

Saturday, February 23, 2013

Saya Seorang Pemandu Pelancong. Tetapi Bila?

Assalamualaikum. Korang dah baca tajuk entri ni kan. Oh tidak! Mesti korang terkejut baca tajuk entri ni kan. Sebenarnya betul lah tu saya seorang pemandu pelancong. Tetapi bila? Apa kata korang baca entri ni untuk tau kisah sebenarnya.

Petang semalam, saya sajelah main app WeChat dalam handphone saya ni. Sesiapa yang ada WeChat, mesti tau dalam app ni ada satu setting di bahagian Social, kita boleh guna setting "Shake" untuk cari kenalan baru yang jauh-jauh. Saya ingat apalah benda shake-shake ni kan. Jadi saya pun klik setting Shake tu dan terus shake handphone. Nah, sekali keluar nama orang, yang tinggal beribu-ribu batu dari Malaysia pun boleh kesan tau. Memandangkan saya tak reti nak add orang dari situ, jadi saya approve sajelah orang yang add saya... :)

Sekali sedang saya tengah seronok shake-shake handphone, adalah seorang mamat dari Saudi Arabia umur 25 tahun add saya dalam WeChat ni. Dah, apa saya nak buat ni. Saya pun approve dia dan layan sajelah. Rupa-rupanya dia add saya kerana ada tujuan penting. Sebenarnya, dia nak datang Malaysia pada bulan Mac nanti untuk berbulan madu dengan isterinya. Oh baru kawin rupanya mamat ni. Dia tanya saya camne dia nak bercuti kat Malaysia ni. Untuk tak kecewakan dia, saya pun tolonglah dia dengan bagi info-info yang dia nak walaupun saya ni bukan pemandu pelancong yang sah taraf.


Saya send semua ni ke dalam emel dia. Banyak lagi sebenarnya yang saya bagitau pada dia. Dia bagitau, dia nak lawat Kuala Lumpur dan Langkawi. Jadi rasanya, ini saje yang saya mampu tolong. Sebelum ni saya pernah belajar daripada sepupu saya bagaimana nak jadi pemandu pelancong. Dengan sedikit ilmu ini, saya mampu untuk mempraktikkannya sedikit demi sedikit. Kan best kalau saya seorang pemandu pelancong, dapatlah saya melancong sekali... :) 

Menjadi seorang pemandu pelancong adalah impian saya sejak kecik lagi. Tetapi tunggulah nanti selepas saya belajar, samada saya ingin teruskan cita-cita ni ataupun hanya jadi seorang guru. Masa kecik-kecik dulu, apa impian dan cita-cita sebenar korang? Ceritalah pada saya... :)

Friday, February 22, 2013

Cuti CNY, Masa Untuk Bershopping! :)


Selamat malam dan selamat pagi. Eh? =.= Diharapkan semuanya sihat belaka. Harini entri saya adalah mengenai cuti Tahun Baru Cina. Wah cuti CNY dah lama lepas, baru nak cerita ye.hahaha Semestinya kalau ada cuti yang panjang sikit, saya dan keluarga akan balik ke kampung atok di Perak. Walaupun rumah kami di Perak juga, tetapi perjalanan kami tetap juga mengambil masa yang panjang kira-kira 5 jam. Maklumlah kampung atok di utara Perak manakala rumah kami pula di selatan Perak. Kalau perjalanan yang panjang ni, mesti akan ada tempat persinggahan kan.hehe

Hari Sabtu (9 Feb) - Ketika perjalanan kami untuk ke rumah atok, kami sempat singgah di Aeon Manjung. Singgah Aeon sebab nak makan tengahari di KFC. Lupa pulak nak snap gambar makan-makan. Maklumlah bila ayam KFC dah ada depan mata sampai tak ingat dengan kamera lagi dah. Semestinya kalau singgah di Aeon akan ada shopping-shopping kan. Saya beli beg baru. Cuba tengok beg baru saya di bawah ni. Cantikkan? hehe :)


Selepas selesai membeli-belah di Aeon, kami meneruskan perjalanan ke rumah atok. Memandangkan kami sudah melalui Manjung, jadi kami ikut jalan Segari sehinggalah sampai ke rumah atok. Korang tau tak Segari ni kat mana? Segari ni dalam kawasan Lumut, Perak. Dan tempat yang korang patut lawat pabila datang ke sana ialah Lumut Port Industrial Park. Jom korang, layan gambar-gambar di bawah ni ye... :)














Maaf kalau ada sesetengah gambar tak berapa jelas. Gambar-gambar ni diambil di dalam kereta dalam keadaan kereta tengah bergerak. Kami tak boleh nak hentikan kenderaan kerana kapal-kapal ini hanya dapat dilihat ketika melalui jambatan. Kalau nak masuk terminal ni, ada waktunya. Mama saya cakap, saya pernah masuk terminal ni ketika saya masih kecil. Tapi saya dah lupa dengan kenangan saya masa kecik-kecik dulu. Saya ni pelupa kan?haha Kami bercuti di kampung atok dari hari Sabtu seingga hari Selasa. Banyak juga kenduri di rumah atok, jadi layan sahajalah. (Tak boleh makan banyak-banyak tau, nanti gemuk :p)

Hari Selasa (12 Feb) - Cuti pun dah habis, jadi harini kami pulang ke rumah semula. Terasa puas bercuti walaupun hanya 4 hari. Sepanjang perjalanan, semestinyalah ada tempat persinggahan kan.hehe Kali ni kami singgah Tesco Taiping untuk makan tengahari di food court. Selesai makan, kami pergi bershopping. Kali ni saya shopping kasut. Dua pasang kasut pula tu.hahaha :)


Jangan tengok harga kasut tu. Malulah, harga murah sangat. Brand kasut yang saya beli ni tak sehebat brand kasut korang. Brand kasut ni jenis cikai punya. Saya teringin nak beli kasut yang jenis branded sikit, tapi duit pula tak cukup.uhukzzz kesian saya kan...

Okay lah itu saje yang saya nak cerita. Nanti kalau cerita panjang-panjang lagi, boleh mengantuk pula korang baca entri ni.haha shopping yang seterusnya nanti ialah baju dan tudung. Harap-harap bajet baju dan tudung ni tak mahal sangat...