Lazada Malaysia

Sunday, March 31, 2013

Usahawan Kecil | Tip-Tip Usahawan

Usahawan Kecil | Tip-Tip Usahawan


Usahawan Kecil - Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan adalah perkara biasa yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan yang berjaya masa kini. Kebanyakan mereka berniaga dengan saiz pasaran perniagaan yang kecil dengan modal yang kecil dan sudah tentu tidak mengharap untung terlalu besar.

Bidang perniagaan dalam talian atau e-dagang semakin popular dalam kalangan usahawan hari ini. Ia menjadi medium terbaru membolehkan mereka meningkatkan penjualan dengan lebih efisien dan berkesan.

Penggunaan laman web, blog atau rangkaian sosial Facebook untuk menceburi bidang perniagaan secara sambilan adalah satu idea kreatif kerana tidak memerlukan modal yang besar dan menjimatkan masa.

Tidak mustahil dengan menggunakan pendekatan terbaru itu dan strategi perniagaan yang mantap, ia mampu memberi impak, malah dapat membawa pulangan lumayan kepada usahawan dan individu terbabit.

Adakah usahawan dilahir atau dicipta?

Dalam Business Horizons, Edisi September-Oktober 1986, John G Burch menyatakan bahawa seseorang usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:

  1. Keinginan untuk mencapai : daya usaha untuk mengatasi masalah dan melahirkan usaha niaga yang berjaya.
  2. Kerja keras : sikap mabuk kerja.
  3. Sikap pembelaan : kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha mereka sehingga ia boleh berdikari.
  4. Pengakuan bertanggungjawab : kesanggupan memikul tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undang dan mental.
  5. Orientasi ganjaran : keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar ; ganjaran boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti pengiktirafan dan rasa hormat.
  6. Sikap yang optimistik : pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
  7. Orientasi kepada kecemerlangan : pencapaian sesuatu yang dapat memberi kebanggaan.
  8. Pengurusan : kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha serta dalam pengelolaan manusia.
  9. Orientasi mendapat untung : keinginan mendapat ganjaran, akan tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.

Daripada sifat-sifat ini, salah dua antaranya lebih merupakan sifat yang semula jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerja keras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan projek yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat diransang secara dibuat-buat.

Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat, yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu yang dapat diperolehi. Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu dilahir dan sebahagian lagi harus diperolehi. Sesiapa yang tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahir tidak dapat menjadi usahawan ataupun tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua ciri ini tetapi malas memperolehi ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan berjaya sebagai usahawan.

Tip-Tip Usahawan

  • Berani mengambil risiko.
  • Percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahawa dapat membuat sesuatu untuk dunia.
  • Menikmati apa yang sedang dilakukan.
  • Berpandangan positif terhadap apa yang dilakukan.
  • Mempunyai banyak cara untuk meningkatkan jualan.
  • Menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, tetapi menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.
  • Berkawan rapat dengan usahawan yang telah berjaya.
  • Belajar daripada orang yang biasa atau pernah gagal dalam perniagaan.
  • Selalu mengikuti kursus atau membaca buku mengenai keusahawanan.
  • Pandai mencari modal niaga.
  • Mendalami pengetahuan dalam bidang usahawan yang diceburi.

Bila bersaing dalam perniagaan pun, biarlah tetap berkawan. Rezeki ada untuk semua. Tidak akan ke mana kalau rezeki itu rezeki kita kan. Tidak perlu bermusuh-musuh... :)

Saturday, March 30, 2013

Siti Nurhaliza - Galau



Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan


Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku

Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu

Gangster Celop


Sinopsis Gangster Celop

Pelakon : Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Reen Rahim dan Hanis Zalikha.

Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Tonton Gangster Celop Di Sini


Review Daripada Saya : Cerita ni lawak terutamanya bila Adam, Aman dan Suzana berubah identiti untuk tidak tertangkap dalam operasi pemeriksaan polis. Adam dan Aman kena jadi perempuan, Suzana pulak kena jadi lelaki. Yang lawaknya juga, gangster-gangster pun boleh naik kereta Hello Kitty. Lucu sangat-sangat. Jomlah tengok cerita ni ye :D

Friday, March 29, 2013

Tips : Menghilangkan Kutu Rambut

Pilihan 1 : Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut kepala dengan kain selama 1 jam sebelum dicuci.

Pilihan 2 : Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan kira-kira 5-10 minit dan bilas dengan air bersih. Rambut akan kembali sihat dan bebas kutu.

Pilihan 3 : Ambil beberapa biji ubat gegat dan tumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.

Pilihan 4 : Sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Pilihan 5 : Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat rambut anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda. Amalkannya setiap 3 hari sekali sehingga kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.

Pilihan 6 : Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit. Selepas itu syampu rambut anda.

Cerekarama Aku Benci Mama


SINOPSIS AKU BENCI MAMA


Kesibukan kerja dan masalah ibu bapa, menyebabkan Liana terabai. Emosi Liana sering terganggu, tetapi ia tidak pernah menjejaskan prestasi pembelajaran Liana. Keputusan PMR Liana cemerlang dan ibu bapanya setuju untuk menghantar Liana ke sekolah berasrama penuh supaya mereka mempunyai lebih banyak masa untuk diri mereka. Pada waktu ini, surat cerai sudah ditandatangani. Liana tidak bersetuju untuk dihantar ke sekolah berasrama, dia tidak suka dikurung dan dikongkong. Hari pertama Liana di asrama tidak berlalu dengan baik. Dia perlukan perhatian keluarganya. Liana menjadi remaja yang bermasalah di asrama. Dia selalu didenda oleh warden asrama, Pn. Faridah. Hidup Liana kembali bermakna selepas Pn. Faridah banyak memberikan perhatian kepadanya. Mereka menjadi rapat. Pada hari terakhir persekolahan, Liana berjanji akan kembali melawat Pn. Faridah tetapi dia tidak pernah hadir.




Lakonan : Hanis Zalikha, Afiq Muiz, Wan Sharmilla, Eja, Zila Bakarin


Review Daripada Saya : Tiap kali tengok cerita ni, asyik mengalir saje air mata ni. Cerita ni memang sedih+touching. Kalau ulang tengok cerita ni, rasanya banjir lagilah air mata ni. Hanis, tahniah sebab lakonan Hanis memang menjadi. Tahniah Hanis Zalikha.

Thursday, March 28, 2013

Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April


Pencarian Bloglist Fizgraphic Bulan April

Assalamualaikum.

Oleh kerana pencarian bloglist yang dulu tu saya tak terpilih, jadi kali ni saya nak cuba nasib untuk mencuba lagi. Harap-harap kali ni dapatlah masuk dalam bloglist Blog FizGraphic ni kan. Sebenarnya saya teringin nak masuk dalam bloglist fizgraphic kerana  saya tak pernah masuk dalam bloglist blog yang hebat-hebat macam blog Apit ni. Ye sejujurnya saya memang teringin nak masuk dalam bloglist Apit. Bolehkan Apit? Walaupun sebulan saje pun jadilah... :)

Kekuatan blog saya ni ialah blog saya ni memang dah ada pembaca tetap. Terima kasih pada readers dan pengomen tegar yang selalu jenguk blog ni. Selain itu, ranking Alexa blog ni makin hari makin meningkat. Macam tak percaya saje sekarang ranking Alexa dah sekitar 600,000 daripada dua minggu yang lepas iaitu ranking ke 1,000,000 keatas. Wah, pencapaian yang baik. Saya yakin saya akan dapat jadikan blog ni dalam ranking 500,000 dalam masa terdekat ni. Insya-Allah.

Selalunya saya update blog saya ni dalam satu atau dua atau tiga entri sehari. Kadang-kadang tu tak tetap juga, bergantung pada aktiviti seharian saya. Nak dikatakan sebagai blogger tegar yang kerap update entri tu tak adalah jugak kan. Saya seorang pelajar, jadi rutin harian tu sentiasa penuh. Kalau nak mengadap blog ni selalunya malam-malam la kan. Kalau siang tu susahla sikit. Tapi jangan risau. Kadang-kadang tu kalau saya nak post entri pada waktu siangnya, selalunya saya dah buat scheduled siap-siap. Jadi waktu update entri saya ni memang tak menentu. Yang penting, saya tak akan tinggalkan blog ni dalam seminggu.

* Berharap sangat dapat masuk bloglist Apit. Aamine :)

Saya Selesai Mendaftar Haji. Anda Pula Bagaimana?

* Maaf sebab ada yang kena dihitamkan. Maklumat rahsia.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, kelmarin saya selesai mendaftar Haji. Buat pengetahuan semua, jangkaan untuk saya dapat mengerjakan Haji ialah pada tahun 2059. Wah lambat lagi tu, tergigit jari nak menunggunya. Lagi berapa tahun ye kawan-kawan? Ermmm korang kiralah ye, dengan umur saya sekarang dah 23 tahun (tahun 2013). Korang camne pulak? Dah mendaftar ke? Jangan lambat-lambat tau. Semakin lambat korang daftar, semakin lama lagi turn korang boleh pergi menunaikan Haji. Tahun yang saya dapat ni jangkaan saje tau, bukan tarikh sebenar. Peluang seseorang untuk mengerjakan Haji ialah bergantung pada kuota yang diberi untuk mengerjakan Haji bagi sesebuah negara pada setiap tahun.

Berikut perbualan saya dengan staff Tabung Haji. Ada yang lucu di sebalik perbualan kami. Baca tau :)

Staff : Assalamualaikum.
Saya : Waalaikumussalam.
Staff : Nak daftar Haji ye?
Saya : Ye saya.
Staff : Penat ke tunggu?
Saya : Ha... =.=
Staff : Penat kamu tunggu sampai sejam setengah kat sini. Orang yang buat pendaftaran Haji di kaunter ni memang sikit. Sebenarnya daftar Haji ni boleh dibuat secara online. Selain itu bukan Tabung Haji saje boleh buat pendaftaran Haji, bank-bank lain pun boleh seperti ................... (Maaf saya tak dengar apa yang dicakap, kerana saya hanya fikir yang saya dah da di kaunter ni, jadi saya nak cepat-cepat daftar.)
Saya : Oh yeke, tak tau pula boleh daftar secara online. (Dalam hati) Apesal saya tak tau pasal ni. Kalau saya tau, dah lama saya daftar Haji... ohooo =.=
Staff : Mintak IC (sambil ambil buku akaun Tabung Haji saya)
Saya : Ok kejap (sambil keluarkan IC dari beg tangan)
Staff : (Sambil belek buku akaun Tabung Haji saya) Wah banyak duit kamu ni. Bolehla belanja saya nanti. Tapi nape lambat sangat daftar ni? Sepatutnya sejak 2002 lagi kamu dah boleh daftar.
Saya : Ha? Kiranya saya umur 12 masa tu. Saya tak tahu pun pasal ni, sebab saya masih sekolah rendah pada masa tu.
Staff : Kalau nak daftar Haji ni, dalam akaun bank Tabung Haji mesti ada RM1300. Tapi akaun kamu ni dah lebih dari cukup. Oklah xpe2. Lama juga ye tak berupdate buku akaun ni.
Saya : Ha ye memang dah lama.
Staff : Kenapa daftar Haji sorang-sorang? Mana suami?
Saya : ........... (tettt...soalan cepu emas betul la. Apa punya soalan ni =.=)
Staff : Solehah dah kawin ke?
Saya : Belum lagi... =.=
Staff : Oh patutla tak jawab soalan saya tadi. Solehah, eh cik Solehah la ni kan bukan puan kan? (sambil senyum-senyum)
Saya : Ha, ye. Saya masih cik... =.= (sambil tengok staff dan cakap dalam hati) Eh staff ni kan, dah tau saya tak kawin lagi, dia pergi tanya soalan camni lagi. Dia ni nak kenakan saya ke... =.=
Staff : Ok cik Solehah, mengikut jangkaan di sini. Cik Solehah boleh pergi Haji pada tahun 2059. Cuba kira umur Cik Solehah berapa.
Saya : (Saya terkejut dan terus tanya) Alamak, nape lambat sangat ni? Tak boleh cepat lagi ke? Adui camne ni? Tak boleh pergi tahun depan ke? Ha, tak nak lambat sangat. Tua la saya nanti. Apa nak buat ni? (Sambil buat muka terkejut sangat-sangat)
Staff : Hahahaha :D
Saya : (Dalam hati) Alamak, nape mulut saya terlepas cakap ni. Ahhh malunya saya... 
Staff : (Masih gelak) Itula. Nak buat camne. Kuota memang had camni. Mak dan ayah daftar bila? Kalau diaorang daftar pada tahun 2007, kemungkinan nama diorang akan dapat naik senarai untuk tahun ni dan tahun depan.
Saya : Abah dan mama daftar selepas 2007 rasanya. Saya pun tak pasti. Tapi mama dan abah nak pergi umrah dulu, sebab kalau tunggu Haji memang lambat lagi.
Staff : Oh takpe lah camtu. Insya-Allah boleh dapat cepat tu. Sebenarnya boleh saje dapat cepat. Solehah pelajar lagi ke?
Saya : Ye.
Staff : Ini alamat rumah Solehah sekarang ye? (Sambil tunjuk dalam komputer)
Saya : Ye.
Staff : Eh, mana nombor telefon? Tak update baru ye?
Saya : Tak ada sebab masa saya buat buku bank ni, saya umur 16. Tak pakai telefon lagi.
Staff : Nanti isi borang ni ye (sambil bagi saya borang untuk update akaun Tabung Haji saya)
Saya : Oh terima kasih.
Staff : Sama-sama. Ni helaian yang saya print berkenaan dengan daftar Haji.
Saya : Terima kasih.
Staff : Itu sajelah ye. Terima kasih sebab mendaftar Haji. Assalamualaikum.
Saya : Sama-sama. Waalaikumussalam.

* Malu saya nak jumpa staff tu lagi. Dahla kena pulangkan borang yang dia bagi ni pada dia semula nanti. Camne ni? =.=

Shopping Di Zalora Malaysia Buat Kali Kedua

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, barang Zalora dah sampai. Yeayyy shopping-shopping lagi di Zalora untuk menghabiskan voucher dan diskaun yang saya dapat lagi dari Zalora. Memang pening jugak nak buat pilihan kali ni. Maklumlah rambang mata tengok barang yang cantik-cantik. Harga pun boleh tahan juga. Jadi kena bijak berbelanjalah kan. Jom tengok apa yang saya dan mama shopping kali ni. Kali ni saya ajak mama pula... :)








Inilah barang yang saya beli tu.

Catalyst Bowler double zipped handy pouch


Harga Sebenar : RM 18.00
Harga Sebenar + Harga Shipping : RM 18.00 + RM 5.00
Harga Selepas Diskaun + Harga Shipping : RM 22.31



Ini pula blouse yang mama saya beli.


First Lady Blouse



Harga Sebenar : RM 45.00
Harga Sebenar + Harga Shipping : RM 45.00 + RM 5.00
Harga Selepas Diskaun + Harga Shipping : RM 5.00

Jika korang tengok harga barang kami, kami hanya boleh bayar di kaunter bank. Semestinya kami bayar di CIMB Bank. Selesai bayar, kami kena hantar bukti pembayaran pada Zalora. Kepada yang tak tau camne nak hantar bukti pembayaran ni, sila ikut cara-cara di bawah ye.


Peringatan : Buat pembayaran + Hantar bukti pembayaran = Hanya dalam masa 24 jam. Jika tidak, order korang akan terbatal secara automatik.


Zalora - Bank Transfer Confirmation

1. Mula-mula, korang capture dulu slip pembayaran yang dah dibuat. Gambar yang dicapture tu mesti jelas.
2. Kemudian, korang klik SINI. Sila isi detail yang diminta dan upload gambar slip yang korang dah capture tadi. Jika korang bayar melalui kaunter, sila pilih Other.
3. Klik Confirm Payment. Sila tunggu sehingga proses ini 100% selesai.

Pertanyaan Dari Kawan Facebook & Blogger Mengenai Zalora

1. Bagaimana Nak Buat Jika Barang Zalora Lambat Sampai?

Jikalau order terbatal, Zalora akan bagitau pada korang di dalam emel. Jika order korang berjaya, Zalora tak akan inform apa-apa pada korang. Dan jika Zalora lambat hantar barang korang lebih dari 3 hari waktu bekerja, saya syorkan korang tanya Zalora dengan cara emelkan pada Zalora. Cara-caranya ialah :

Tajuk Emel : Mengenai Order
Hantar emel ke : customer@zalora.com.my

Hai, saya ingin bertanya. Adakah slip pembayaran untuk order "nombor order korang" telah diterima oleh pihak Zalora? Terima kasih.

* Nanti Zalora akan reply emel korang dengan memberikan tracking number + cara nak check order korang tu.

2. Bagaimana Jika Ingin Batalkan Order Dari Zalora?

Jika korang nak batalkan order secara cepat, korang kenalah hantar emel pada Zalora terlebih dulu. Buka emel korang. Buat tajuk yang sesuai untuk emel. Sebagai contoh :

Tajuk Emel : Masalah Dengan Pembayaran
Hantar emel ke : customer@zalora.com.my

Hai Zalora. Maaf saya ingin bertanya. Saya ingin bertanya pada pihak Zalora, bagaimanakah caranya jika saya nak batalkan order kerana saya tersilap pilih payment method. Item tu dah order, tapi saya memang tak boleh nak bayar dengan IPay88 dan adakah kupon RM50 yang saya guna dalam order tu akan terus hilang jika payment tak dibuat?

* Zalora akan reply korang dengan bagitau yang order tu dah dibatalkan.


3. Bagaimana Ingin Shopping Di Zalora Dengan Voucher RM50?

Sila klik SINI untuk mengetahuinya.

Okaylah setakat ni saje saya update mengenai Zalora. Kalau ada yang tanya soalan pada saya lagi, saya akan jawab soalan tu di entri lain ye. Selamat bershopping semua.

Wednesday, March 27, 2013

Terima Kasih Adik Nabila Medan & Adik Miraa Hussin

Assalamalaikum.

Rasanya ada yang sudah sedia maklum yang saya dapat sesuatu yang special daripada dua orang blogger yang masih muda serta cun-melecun lagi ni. Terima kasih kepada adik Nabila dan adik Miraa atas kesudian adik berdua untuk buat cover page dan doodle untuk akak. Akak sayang kamu berdua! :)

Daripada : Adik Nabila Medan



Cover page untuk online shop.
Cantikkan cover page ni, macam ada berlian tu! :)



Cover page untuk facebook.
Walaupun simple, tapi cantik sekali! :)

Daripada : Adik Miraa Hussin


Doodle yang cukup manis senyumannya.
Terima kasih adik Miraa! :)

Kreatif sungguh adik berdua ni.
Jom terjah blog adik Nabila di SINI dan adik Miraa Hussin di SINI.

Contest Header Paling Sempoi 2013 By NabilaMedan



Header yang saya pertaruhkan di dalam contest ini ialah :


Wordless Wednesday-27 Mac 2013





I bought CD Album Hafiz Hamidun and my mum bought CD Album The Best Of Islamic Music vol.1. All these in original. Yeayy I have it now! Thanks mama :)

Tuesday, March 26, 2013

Review Untuk 5 Blogger Bertuah

Assalamualaikum.

Seperti nama yang tertera di entry INI, hari ini saya ingin review kelima-lima blogger yang bertuah. Jom baca review saya ni... :)



Kak Fieda merupakan seorang blogger yang dah lama saya kenal. Selain menjadi seorang blogger, beliau juga merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Statusnya, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata yang sangat comel iaitu Asyraf, Syahmi & Maira. Blog beliau banyak mengisahkan mengenai kehidupan peribadinya sendiri. Jom berkenalan dengan kak Fieda! :)



Aina Husna merupakan seorang blogger yang baru saya kenal. Nama sebenar beliau ialah Nuraina Husna yang bermaksud 'Cahaya Mata Yang Cantik Bersinar'. Sungguh cantik namanya sepertimana orangnya. Pada 8 September 2013 nanti, Aina akan menjejakkan diri ke sweet16. Oh masih bersekolah rupanya Aina ni. Merupakan seorang pelajar di SMK Bukit Rahman Putra. Selamat berkenalan Aina! :)



Merupakan seorang blogger Sabahan yang cukup manis persis seperti anak dara yang masih cun-melecun. Ewah kak, jangan tersipu-sipu malu ya. Saya perkenalkan akak Suzyanna kepada korang semua. Seorang mama kepada 3 orang cahaya mata iaitu Haikal, Ayu dan Wani. Kepada sesiapa yang mahu berkenalan dengan akak ni, bolehla jenguk ke blog beliau ataupun datang melawat ke Kota Kinabalu. Pasti best KK! :)


Wanieys Qalief


Merupakan seorang blogger yang manis juga orangnya. Wanieys nama diberi. Merupakan seorang mama kepada Muhammad Qalief Rezza Bin Mohd Fardaus. Apabila diteliti, wajah Qalief memang begitu mirip sekali dengan kak Wanieys. Blog ini juga banyak mengisahkan mengenai kehidupan kak Wanieys sekeluarga. Yang pasti, senyuman manis Qalief tu tidak akan menjemukan sesiapa yang berkunjung ke blog kak Wanieys ni! :)


Sally Yatiey

Nama sebenar beliau ialah Syaliaty A. Merupakan seorang blogger yang dilahirkan di Mukah, Sarawak dan dibesarkan di Miri, Sarawak. Blog ini merupakan blog peribadi beliau yang berumur 19 tahun (2013) dan merupakan gadis yang berbangsa Melanau. Beliau juga mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Cina. Wah sungguh hebat Sally ni. Mari kita berkenalan dengan Sally! :)

* Ini merupakan pengalaman pertama saya untuk cuba review blog. Tahniah kepada kelima-lima blogger ni. Salam perkenalan buat semua... :)

Firasat Telinga Berdengung



TELINGA SEBELAH KANAN 

antara jam 06-07 pagi
bermakna akan mendapat khabar buruk.

antara jam 07 - 08 pagi 
bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan guncingan orang.

antara jam 08 - 09 pagi 
bermakna akan merancang utk berjalan jauh, samaada bersendiriran atau bersama orang lain.

antara jam 09 - 10 pagi
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga.

antara jam 10 - 11 pagi 
bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu.

antara jam 11 – 12tgh
bermakna akan ada khabar yang kurang menyenangkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat.

antara jam 12.00 tgh – 1.00petang
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama.

antara jam 1.00 – 2.00petang
bermakna akan ada ajakan maka-makan.

antara jam 2.00 – 3.00petang
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat.

antara jam 3.00 – 4.00petang 
bermakna akan ada berita dari keluarga yang entah itu yang menyenangkan atau menyedihkan.

antara jam 4.00 – 5.00petang 
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu dekat.

antara jam 5.00 – 6.00petang 
bermakna anda sedang menjadi perbualan banyak orang.

antara jam 6.00 – 7.00petang
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda.

antara jam 7.00 – 8.00malam
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri.

antara jam 8.00 – 9.00malam
bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda.

antara jam 9.00 – 10.00malam
bermakna akan ada yang mengancam anda.

antara jam 10.00 – 11.00malam
bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda.

antara jam 11.00 – 12.00tgm 
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta.

antara jam 12.00tgm – 01.00pagi
bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh orang tua.

antara jam 01.00 – 02.00 pagi
bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri.

antara jam 02.00 – 03.00 pagi 
bermakna segala perjalanan yang ada kerjakan akan selamat sampai tujuan.

antara jam 03.00 – 04.00 pagi 
bermakna akan ada yang sesuatu yang hilang yang anda nilai sangat berharga.

antara jam 04.00- 05.00 pagi
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari pimpinan.

antara jam 05.00- 06.00 pagi 
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda.

TELINGA SEBELAH KIRI 

antara jam 06.00 –07.00 pagi
bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu dekat.

antara jam 07.00 –08.00 pagi 
bermakna akan melakukan perjalan jauh dalam waktu dekat.

antara jam 08.00-09.00 pagi 
bermakna akan kedatangan keluarga dekat.

antara jam 10.00-11.00 pagi 
bermakna akan selamat dalam perjalanan yang akan datang.

antara jam 11.00-12.00 tgh
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan.

antara jam 12.00 tgh -1.00 tgh 
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu dekat.

antara jam 2.00 –3.00petang 
bermakna akan kedatangan tamu.

antara jam 3.00 – 4.00petang
bermakna akan bepergian jauh baik beurusan usaha atau urusan kerja, sendiri atau bersama-sama.

antara jam 5.00 – 6.00petang 
bermakna dalam waktu dekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha dagang yang dirintis dan dalam waktu dekat akan naik pangkat bagi pekerjaan.

antara jam 7.00 – 8.00 malam 
bermakna akan menerima pernyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.

antara jam 9.00 – 10.00 malam 
bermakna akan menerima undangan perkawinan dari teman dekat.

antara jam 10.00 – 11.00malam 
bermakna akan kedatangan pencuri.

antara jam 11.00 – 12.00 malam 
bermakna akan menghadapi penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi.

antara jam 12.00tgm – 01.00pagi
bermakna semua cita-cita akan yang direncanakan akan segera tercapai 

antara jam 01.00 – 02.00pag.
bermakna akan menerima khabar yang sangat menyenangkan.

antara jam 02.00 – 03.00pagi
bermakna akan ada perseteruan dalam keluarga.

antara jam 04.00 – 05.00pagi 
bermakna and akan mendapat usaha pekerjaan baru.

antara jam 05.00 – 06.00pagi 
bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan keluarnya.