Assalamualaikum.
Topik entri kali ini akan berkisarkan mengenai jenis wallet yang bersesuaian untuk anda yang minimalist. Basically mereka yang minimalist menggemari rekaan yang simple.
Dan apabila menyentuh mengenai rekaan wallets pula, kini terdapat pelbagai rekaan wallets yang terkini boleh anda temui di pasaran. Ada belt wallets, bifold wallets, trifold wallets, money clip wallets dan banyak lagi.
Well, tahukah anda bahawa banyak kajian menunjukkan bahawa pemilihan wallet boleh memberikan gambaran mengenai personality si pemakai. Oleh itu, jom kita lihat apakah jenis wallets yang paling sesuai dan digemari oleh anda yang minimalist ;
Jenis Wallets untuk Anda yang Minimalist
Koleksi wallets yang digemari oleh ramai minimalist biasanya boleh anda temui dalam pilihan safe colours seperti coklat, hitam, putih dan biru tua.
Ciri-ciri yang berikutnya adalah koleksi wallets yang multipurpose atau serba boleh. Seorang individu yang minimalist biasanya lebih gemar menggunakan koleksi wallets yang boleh memuatkan segala barangan peribadi mereka.
Dan point yang terakhir adalah koleksi wallets yang mudah dibawa dan praktikal. Salah satu jenis wallets yang sering menjadi pilihan ramai wanita minimalist adalah koleksi clutches. So what’s yours?
.: Trendy Fashion Just For You. Express Your Self-Confidence :.