Lazada Malaysia

Wednesday, April 8, 2015

Borong Shawl Real Hijab Yang Super-Duper Cantik

Assalamualaikum.


Hai gegirl! Apa khabar? Hari ini saya nak share shawl yang sudah lama saya beli sejak bulan Januari 2015. Amboi, lama kemain baru nak share. Hahaha...

Cantikkan shawl-shawl yang saya beli ni. Sebenarnya saya beli shawl ini di Realhijab Collection. Ini bukan saje2 saya beli untuk menghabiskan duit tau, saya beli ini pun sebab ada promosi. Beli 5 dengan harga RM110. Promosi awal tahun tau. Bila saya tengok promosi ini, terus saya order secara online. Rembat dulu sebelum habis. Maaf sangat sebab tak share promosi hebat ini kat korang.

Dah lama saya nak beli shawl dari Realhijab ini secara borong, akan tetapi bila saya nak beli saje tetiba dah habis promosi dan shawl sudah banyak kehabisan warna. Kali ini, warna shawl yang saya nak beli semuanya ada. Sebab itu saya rembat cepat2.

Pada mulanya saya ingat nak post entri ini dengan muka saya pakai shawl2 ini. Akan tetapi seganlah pula ramai yang tengok nanti. Jadi saya share dalam instagram saya sajelah ye. Sekarang dah tertunai impian saya nak beli shawl di online shop Realhijab ini. Terima kasih Realhijab sebab buat shawl yang labuh2 dan cantik ini. Semoga Realhijab sentiasa maju jaya <3

Tuesday, April 7, 2015

Dapat Anugerah Dekan Untuk Semester 1 Tahun 2014

Assalamualaikum.

Update, update, update. Ya Allah, sejak saya masuk belajar semula ini bukan kemain saya sibuk sampaikan sekarang baru nak update. Masih layakkah saya digelar blogger? Sehinggakan saya biarkan blog saya begitu saje. Sebagai penuntut ijazah, saya terlalu sibuk dengan pelajaran saya. Bukan setakat sibuk dengan pelajaran, akan tetapi saya sibuk dengan bisnes jualan topup saya. Ini kisah dululah, sekarang ini saya sudah berhenti menjual kerana banyak sangat penipu-penipu yang tak bayar. Aduyai, fobia kalau kena camni.

Nak dijadikan cerita, pada pertengahan semester kedua saya ini saya dapat satu berita yang buat saya gembira dalam bulan ini iaitu anugerah dekan. Sebenarnya saya tak tahu anugerah dekan ini dari pointer berapa ke berapa. Akan tetapi bila saya rujuk senarai nama dekan di dalam gambar bawah ini, seronok tak terkata saya jadinya.



Dekan!
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!

Terima kasih ya Allah. Terima kasih mama, abah dan famili yang sentiasa support saya. Terima kasih juga kepada rakan² sekelas yang sentiasa support saya terutama kepada rakan study group saya. Dengan doa kalian semua, saya berjaya. Insya-Allah saya akan cuba kekalkan untuk semester 2 ini. Allahummaamin. Bittaufiq wannajah.