Lazada Malaysia

Friday, September 20, 2013

Home » » Tips : Cara Mengelakkan Diri Dari Ditipu Oleh Penjual Online Shop

Tips : Cara Mengelakkan Diri Dari Ditipu Oleh Penjual Online Shop

Sebagai peringatan bersama. Kasihan pada roomate ku, ditipu oleh online shop yang menjual handphone. Alhamdulillah, si penjual berjanji akan pulangkan semula duit yang dah dibank-in. Itupun dipaksa setelah laporan polis dibuat. Sebenarnya bukan semua online shop yang menipu, ada sesetengah saje yang tak boleh dipercayai. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh kerana saya ada pengalaman shopping di online shop, saya nak bagi tips pada korang supaya tidak mudah ditipu.

1. Pastikan nama penjual, emel penjual, alamat penjual dan nombor telefon penjual ada dalam simpanan. Ini untuk memastikan korang boleh contact penjual secara direct jika mereka menipu.

2. Simpan/capture/printscreen slip bank-in.

3. Saya tak sarankan korang beli sesuatu yang berharga beratus-ratus keatas melalui online shop. Jika nak beli juga, pastikan website/online shop tu sudah dikenali ramai. Jika website/online shop tu hanyalah kecil-kecilan saje, sila lihat testimoni/pengalaman orang membeli dengannya. Maksudnya, si penjual ni dikenali ramai. Ha, lagi satu nasihat saya. Korang tau laman web Mudah.my kan? Hati-hati dengan peniaga dalam website tersebut, banyak yang tak boleh dipercayai.

4. Jika korang nak beli barang berharga seperti handphone, laptop, emas atau sebagainya, saya tak mengesyorkan korang beli barang-barang seperti ini secara online. Ini untuk mengelakkan kecacatan barang dan penipuan dalam urusan jual beli. Apa salahnya beli secara by hand, boleh tengok keadaan barang tersebut.

5. Jika korang beli barang, sila pastikan korang bayar harga barang tu mencukupi. Maksud mencukupi di sini ialah tiada lebihan bayaran, untuk mengelakkan duit lebihan bayaran hilang ketika proses penghantaran. Ini kerana, terdapat sesetengah penjual masukkan duit lebihan bayaran di dalam parcel korang. Jika korang shopping melalui website luar negara pula, parcel korang akan melalui scanner parcel di pejabat kastam terlebih dahulu. Jadi jika scanner parcel tu dapat mengesan wang di dalam parcel tersebut, penghantaran tak dapat dilakukan pada kita. Korang kena pick up sendiri barang tersebut. Selalunya, kes ni terjadi di Pejabat Kastam KLIA.

* Saya berharap dengan tips daripada saya ni dapat dijadikan panduan ketika shopping di website/online shop.

8 sweet comments:

Cinta hazanis said...

nice tips. tq awk. :)

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. memberi tempias juga untuk peniaga online macam mek cah, :)

Solehah Shamsuddin said...

@Cinta hazanis ha, tau xpe. samalah dgn solehah. tp solehah xsehebat mek cah. mek cah dah tahap pro, kami ni baru je nk jinakkan diri. kesian pada kita yg ikhlas berniaga, tiba-tiba dikotori oleh penjual yang menipu customer. sangatlah sakit hati.

trah zain said...

kalo brg yg mhl2 tu, sy rasa xpyh la beli online kan?hehe

Chic Na said...

mmg kena hati2.. setakat ni tak pernah lagi.. harap2 takde la.. huhu..

Leyla said...

haah . ade jugak hari tu terbace . ramai jugak yg kene tipu sebb beli fon on9 .

Cik Nur™ said...

beli bertaus2 ataupun beribu2 mmg tak digalakkan la...lebih baik beli ke kedai sendiri kan..

Deqla Manjew said...

owh.. gitu.. apapun akak mmg x suka soping on0... mmg x meyakinkan...huhu..

LYAfrina said...

tq for sharing.. lya stakat ni xde lg ttipu.. cma delay tu pnh la