Lazada Malaysia
Showing posts with label Food - Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Food - Malaysia. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Makan Malam Di SABA Restaurant, Cyberjaya

Tarikh : 14 Jun 2014


Alamat

4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor.

No.Telefon

03-8320 2544

Laman Web


Selepas kami menaiki cruise pada hari yang sama, kami solat jamak dulu dan kemudian kami singgah di sini pula. Akhirnya tertunai juga impian saya untuk singgah makan ke Saba Restaurant di Cyberjaya. Sebelum masuk ke restoran ini, kami kena ambil tempahan nombor meja terlebih dulu. Ini kerana pelanggan restoran ini terlalu ramai dan kena ambil turn. Nasiblah masa kami datang ketika ini pelanggannya tidak terlalu ramai, jadi sekejap saje kami tunggu.

Kami order Nasi Kabsah Lamb dan Adani Tea Cup. Semenjak kami pernah cuba air teh Adani, kami selalu order air ini ketika mengunjungi di mana-mana restoran arab. Sedap. Korang pun boleh cuba nanti ye.

Rating yang saya boleh bagi untuk restoran ini ialah 5 bintang.

Saturday, June 28, 2014

Al Warith Restaurant, Kuala Kangsar, Perak

Al Warith Restaurant
(Berhadapan BASEMENT KITCHEN CAFE AND BAKERY SHOP)

Original Arabian Food
Menerima Tempahan & Catering
010-2567675

Monday to Sunday
12.00 p.m - 12.00 a.m

Menu such as : Kabsah Lamb Rice (RM 26), Kabsah Chicken Rice, Adani Tea Cup, etc.

Tuesday, June 24, 2014

Restaurant Bandar Hadramawt, Kuala Kangsar, Perak


Kini di Bandar Di Raja Kuala Kangsar.

- Nasi Mandy
- Nasi Kabsah
- Masywi
- Makanan Arab Yaman seperti Ma'sub
- Air buah-buahan dan aneka citarasa arab

Menerima tempahan untuk kenduri, majlis keraian, berbuka puasa dan perseorangan.


Mango Juice With Milk : RM 3
Nasi Mandi Lamb : RM 14
Nasi Kambing Steam : RM 7


Restaurant Bandar Hadramawt
No.1188,  Persiaran Puteri 3/3,
Taman Chandan Putri, 33000 Kuala Kangsar, Perak
013-5914984

Monday, June 2, 2014

Sambutan Hari Lahir Kami Bertiga Di Restaurant Hadramout Paradise, Ipoh, Perak

Assalamualaikum.

Pada bulan lepas, kami sudah pernah menjejakkan kaki ke restoran makanan Arab ini. Untuk entri bulan lepas mengenai restoran ini, boleh rujuk di SINI. Dan untuk bulan Mei pula, kami mengambil keputusan sekali lagi untuk datang ke sini untuk menyambut hari lahir kami tiga beradik. Saya (27 Mei), adik kedua (19 Mei) dan adik ketiga (25 Mei). Adik yang bongsu tidak sama dengan kami bertiga kerana dia dilahirkan dalam bulan Mac. Jom tengok suasana restoran ini.














Restoran ini agak besar dan cukup untuk memuatkan ramai pelanggan dalam satu masa. Yang penting, makanan yang disediakan sangat sedap. Kawan-kawan bolehlah cuba juga. Untuk sebarang maklumat mengenai restoran ini, korang boleh rujuk entri lama saya di SINI. Saya ada sertakan sekali alamat dan nombor telefon untuk dihubungi di dalam entri tersebut. Jika kawan-kawan pergi ke sini nanti, jangan lupa buat review mengenai restoran ini ye.

Saturday, April 26, 2014

Makan Malam Bersama Keluarga Di KFC Teluk Intan, Perak

Assalamualaikum.


Pada hari Rabu (26 April 2014) yang lepas, saya dan famili pergi ke KFC kerana abah saya kempunan nak makan ayam KFC pula pada hari tu. Dengan voucher MySurvey saya itu, saya gunakan untuk belanja keluarga saya.



KFC ini berdekatan dengan TF Value-mart, Teluk Intan.
Ini cawangan kedua KFC di Teluk Intan.



Saya order 1 set Zinger Burger.



Abah dan adik saya juga order set Zinger Burger dan mama saya pula order set Dinner Plate. Alhamdulillah semuanya kenyang dan saya senang hati bila dapat belanja mereka pada hari itu. Kawan-kawan, doakan semoga saya dapat belanja keluarga saya lagi ye. Gigih mengumpul point MySurvey lagi ini :)

Wednesday, April 16, 2014

Restaurant Hadramout Paradise, Ipoh, Perak


Facebook

Alamat
K1, Kinta Riverfront, Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak

Waktu
Isnin - Ahad : 11:00 - 00:00

Telefon
(Restoran) : 05-255 4255
En Moaath Almekhlafi (Pengarah) : 013-3833637

Laman Web

Assalamualaikum.
Ahlan wasahlan ila Mat'amul-Yaman wal Arab. Sejujurnya saya agak terkejut bila mereka ucapkan sebegini pada saya ketika sampai di sini. Dalam fikiran saya tertanya-tanya, diorang ni kenal saya ke sampai bagi ucapan selamat datang. Dengan selambanya saya hanya balas dengan senyuman tanpa sebarang kata-kata.


Ketika memijakkan kaki ke dalam restoran, terus saya terbayang makanan yang sedap-sedap di sini. Bukan apa, sebelum saya singgah ke sini saya sempat jenguk page fb restoran ini. Terbayang-bayang terus gambar makanan mereka. Sampai sini, terus kami order makanan dan minuman.



Air Barbican ini adik dan abah saya yang order.


Jadi, saya dan mama order satu set teko air teh pudina (pot of tea and mint).


Salad sayur-sayuran ini mama yang order. Sedap juga salad ini.



Nasi Kabsa Kambing (Lamb Kabsa) - nasi yang warna kuning tu. Adik saya yang order nasi kabsa kambing ini. Harga sepinggan nasi ini ialah RM20. Tapi kami berempat yang lain pula order Nasi Mandi Kambing (Lamb Mandy). Harganya sama dengan Nasi Kabsa Kambing iaitu RM20 untuk sepinggan.




Inilah nasi Mandi Kambing (Lamb Mandy). Nasi ini yang paling sedap saya pernah rasa. Tapi adik saya bagitau, nasi kabsa kambing lagi sedap dari nasi mandi ini. Jadi, untuk lain kalinya saya akan cuba makan nasi kabsa pula. Apa yang penting kedua-dua jenis nasi ini sedap sangat!




Alhamdulillah, kenyang. Lepas makan, saya pergi meronda kawasan persekitaran restoran ini. Ini bahagian luar restoran. Walaupun ringkas, tapi masih kelihatan eksklusif.




Sebenarnya restoran ini boleh tahan besar juga. Ini bahagian kedua untuk tempat makan. Tapi kami bukan makan di kawasan sini tapi kami makan di kawasan tempat makan yang ada air-cond. Kiranya, kita boleh pilih sama ada ingin makan di luar ataupun di dalam restoran.



Tempat yang seperti berkaca itu pula adalah bilik makan VVIP. Jadi sesiapa yang teringin mendapat layanan VVIP, bolehlah tempah bilik itu nanti ye. Tapi harganya mahal sikitlah.





Gambar di atas ini pula ialah kawasan belakang restoran. Sejujurnya, kawasan belakang restoran ini cantik sangat. Saya teringin nak jalan-jalan di kawasan bawah ini tetapi ketika ini sudah lewat malam. Jadi hasrat tak kesampaian, hanya dapat snap gambar dari atas sajelah.



Ini tempat letak kenderaan. Agak luas tempat letak kenderaan ini. Ketika ini nampak seperti tiada kenderaan kerana pelanggan tidak terlalu ramai. Selalunya kalau singgah ke sini di antara pukul 9 malam-11 malam, mesti kawasan ini akan penuh.


Restoran ini berdekatan dengan Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh, Perak dan juga Kinta Riverfront, Ipoh, Perak. Jadi agak mudah untuk sesiapa yang ingin datang ke sini kerana lokasinya yang strategik.

Mari semua orang Perak, kita pakat serbu restoran ini. Yang penting, sedap. Saya bagi 5 bintang penuh untuk restoran ini. Tahniah Hadramout Paradise sebab bagi saya jatuh cinta dengan restoran anda! Jumpa lagi di lain hari... :)

Saturday, April 5, 2014

Pertama Kali Makan Lokan

Assalamualaikum.

Siapa sini pernah makan lokan? Sesiapa yang pernah makan, mesti korang kempunan nak makan lagi lokan ini. Maaflah, saya buat entri ini sebab teruja punya pasal. Ini pertama kali saya makan lokan. Abah beli sekilo setengah, harganya sudah mencecah RM 6. Sedap tidak terkata. Disebabkan kami sekeluarga tak tahu bagaimana nak masak lokan ini, kami suruh makngah kami untuk masak. Terima kasih makngah sebab masak untuk kami.


Isi lokan. Banyak ini pun sudah RM 6 tau.
Kalau dah masak, lagilah mahal.


Proses mengasingkan kulit lokan dan isinya.



Inilah hasilnya setelah siap dimasak. Hanya tumis biasa saje.
Rasanya cukup manis daripada lala. Tetapi agak liat daripada lala.
Sesiapa yang tak pernah cuba makan, nanti cubalah makan. Sedap...

Thursday, April 3, 2014

Makan-Makan Di Yemen Restaurant, Manjung, Perak

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad yang lepas, 30 Mac 2014 saya dan keluarga pergi ke sini untuk makan malam. Saya boleh beri 4/5 bintang untuk restoran ini. Kami order Mendy Lamb, Barbican & Shawarma. Yang terbaiknya, kambing yang dimasak bersama nasi mandi tu sedap sangat. Lembut dagingnya. Kita boleh makan dagingnya sehingga habis. Inilah ciri-ciri makanan yang terbaik. Jom tengok gambar di bawah lagi.


Ini tempat khas kalau nak merasa makan di tempat yang bercirikan Arab. Masa ini tempatnya sudah penuh orang duduk, mungkin lain kali kami boleh duduk di sini.


Meja dan kerusi sangatlah ringkas tetapi masih bercirikan Timur Tengah.


Mendy Lamb. Bila tengok ini, jadi kempunan nak makan lagi.
Wahai perut, sabar ye.


Barbican perisa delima.


Konsepnya ringkas dan masih melambangkan ciri-ciri Restoran Arab.




Shawarma. Sejujurnya saya paling suka makan ini. Sedap...


Nampak periuk kan? Tempat ini untuk sesiapa yang nak makan kari.
Tapi kami tak ambil kerana makanan kami tidak memerlukan kari.


Sebelum balik, haruslah snap pintu gerbang Restoran Yemen ini dulu.
Jumpa lagi di lain hari.

Harga Makanan

Mendy Lamb : RM 10 / pinggan
Barbican : RM 4 / botol
Shawarma : RM 7 / pinggan

Alamat

Pusat Bandar Manjung Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak.
(belakang Horizon Garden Restaurant)

No. Telefon / Whatsapp

013 - 4344300