Lazada Malaysia
Showing posts with label Final Result Badminton Olympic 2012. Show all posts
Showing posts with label Final Result Badminton Olympic 2012. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Keputusan Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik 2012 London - Lin Dan vs Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik 2012 London.

Set 1 : 15 - 21
Set 2 : 21 - 10
Set 3 : 21 - 19



Saat Dato' Lee Chong Wei bertungkus-lumus berlawan dengan lawannya, Lin Dan.


Sungguh bersemangat Dato' Lee Chong Wei ingin menang. Sehinggakan setiap kali Lin Dan gagal balas pukulan, Dato' Lee Chong Wei pasti akan buat begini.


Apakan daya, Dato' Lee Chong Wei gagal untuk memenangi pingat emas untuk negara. Sehinggakan selepas tamat perlawanan, Dato' Lee Chong Wei terus tertunduk begini, wajahnya sedih kerana tidak berjaya menumpaskan lawannya, Lin Dan. Kasihan Dato' Lee Chong Wei. Mesti kesedihannya lebih berat daripada apa yang kita rasa.



Ketika menuju ke pentas untuk mengambil hadiah.


Sekadar beroleh pingat perak. Tidak mengapa Dato' Lee Chong Wei, anda tetap jaguh di hati kami.


Gambar ni betul-betul meruntun hati. Jangan menangis Dato' Lee Chong Wei. Kami semua tau ini Perlawanan Olimpik terakhirmu sebelum bersara, tapi apakan daya kejayaan berpihak pada Lin Dan kali ni. Walaupun anda kalah, anda tetap hero kami. Kepada peserta Malaysia lain, teruskan usaha anda semua untuk kejayaan Malaysia. Malaysia Boleh!


Melambai tangan ke arah seluruh rakyat Malaysia. Ternyata wajahnya kelihatan sayu kerana tidak berjaya mencapai kemenangan untuk Malaysia.



Dato' Lee Chong Wei, hero Malaysia.



Pingat Emas : Lin Dan (China)
Pingat Perak : Lee Chong Wei (Malaysia)
Pingat Gangsa : Chen Long (China)




Salute! Its ok Dato' Lee Chong Wei. Walaupun anda tidak menang, tapi anda tetap hero di mata kami. Sekurang-kurangnya anda adalah penyumbang pingat pertama di Sukan Olimpik 2012 untuk Malaysia. Tahniah Dato' Lee Chong Wei! You are the best! :)

Gambar : Facebook