Lazada Malaysia

Wednesday, August 29, 2012

Home » » Suasana Di Hari Raya 2012

Suasana Di Hari Raya 2012

Assalamualaikum.

Raya Pertama - Raya Keempat (19.8.2012 - 22.8.2012)

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Alhamdulillah sudah berakhirnya sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Terlalu cepat masa berlalu sehingga kadang-kadang tu saya tak percaya sekarang sudah memasuki bulan Syawal. Pada hari raya pertama sehingga hari raya ketiga, saya dan keluarga memilih untuk bercuti ke rumah atok di Kuala Kurau. Kami bertolak dari rumah selepas selesai solat hari raya Aidilfitri di masjid berdekatan dengan rumah. Kami memilih raya pertama untuk kami berkumpul bersama sanak-saudara yang lain. Alhamdulillah tahun ni kami dapat berkumpul semuanya termasuk sanak-saudara yang datang dari Sabah. Pada malam harinya kami buat makan besar bersama. Selesai makan besar, kami semua bergambar dengan atok. Larat lagi atok bergambar ye.hehe

Ehem, baju raya korang warna apa tahun ni ye? Saya memilih untuk beli sehelai jubah warna ungu untuk raya kali ni. Pakai jubah ni pun masa raya kedua saje sebab kami banyak pergi ke rumah terbuka di kampung pada hari ni. Untuk hari lain saya cuma pakai baju raya tahun lepas saje. Boleh dikatakan tahun ni memang beraya sakan. Maklumlah hari raya masih dalam cuti sekolah.

Raya Kelima - Raya Keenam (23.8.2012 - 24.8.2012)

Untuk hari raya kelima dan keenam pula saya, mama saya dan adik kedua saya mengambil keputusan untuk beraya ke rumah pakngah saya di Setia Alam, Shah Alam. Kiranya kami bermalam cuma sehari saje. Pada malam raya keenam, kami bertiga serta pakngah dan makngah pergi bersiar-siar di sekitar bandar Setia Alam untuk mencari restoran untuk makan raya bersama. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menjamu selera di Restoran Hannoon Al-Arab. Siapa yang pernah makan di sini? Jika tak pernah, apa kata korang cuba. Saya boleh bagi 4/5 bintang untuk restoran ni.

Menu yang dipilih : Lamb Henneth RM16 sepinggan* , Arabic Tea With Mints RM4 per glass / RM6 per small pot* / RM8 per big pot.










Restoran Hannoon Al Arab
49-1-1, Jalan Setia Prima U13/A,
Setia Alam, 40170,
Shah Alam, Selangor.
Opening hours: 11am-11pm (daily)
Call for details : 03-33423058/016-6850312

Pada pagi raya keenam selesai kami bersarapan bihun goreng serta kuih raya di rumah pakngah, kami bertolak pulang untuk menuju ke Kuala Lumpur. Tiga perkara yang kami ingin buat pada hari ini; buat tinted kereta, pergi IKEA dan ke kedai Berkat Madinah. Jalanraya di KL ketika ni memang sesak. Maklumlah orang dah mula bekerja. Alhamdulillah kami selamat tiba ke ketiga-tiga destinasi. Di bawah ni gambar ketika mana kami membeli-belah di kedai Berkat Madinah.







Raya Ketujuh (25.8.2012)

Kami sekeluarga beraya di kampung sebelah abah pula. Masa ni pun buat makan besar bersama sanak-saudara. Alhamdulillah semakin ramai jumlah sanak-saudara kami. Terima kasih ya Allah sebab memberi peluang kami semua berkumpul beraya untuk tahun ni. Boleh dikatakan tahun ni tahun yang paling gembira buat kami. Semoga Allah memberi kita peluang untuk bertemu Ramadhan kembali untuk tahun hadapan, insya-Allah. Akhir kata, segala silap dan salah mohon dimaafi. Semoga hari raya ni membawa seribu rahmat untuk korang semua. Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


p/s : Korang banyak dapat duit raya ke?hehe

12 sweet comments:

RIZZNA said...

Nak tuju lagu kat solehah la mcm ni lepas baca n3 raya tapau 7 hari ni...

"Seminggu berhari raya, kunjung mengunjung rumah terbuka, hoiìiìiìiì!!!!. Jalinkan kasih sesama kita, lupakan sgala sengketa, hoiìiìiìiì hoiìiìiìiì hoiìiìiìiì hoì hoì hoì"

Solehah Shamsuddin said...

kehkehkeh..amboi,duk tuju lagu lak ye.hehe tq ye. :)

Ena's Stories said...

penuh sungguh aktiviti raya yer...sempat lagi soping..
selamat hari raya...

Pwincess said...

Seronok kan dpt berkumpul sedara mara. hehe =D selamat hari raya.

RIZZNA said...

Hehehe..,lagu raya jer. Lagu pu pun asyik berdendang kt mulut ank CiM yg kecik tu.

shuhadaothman said...

balik kuala kurau x singgah rumah teman pon kan. sampai hati. uwaaaa T_T

Solehah Shamsuddin said...

@|shuhadaothman|TM eh shu sorri.mmg ak nk gtau xjadi g tpi ite xd krdt masa raya. sbnrnye malam tu kna bergegas alek cepat sbb dh lewat malam sgt kami balik umah.yela pagi sok kami dh kna g KL,penat sgt wktu tu.sori tau

Solehah Shamsuddin said...

@Ena's Palace hehe semestinya sempat shopping.penat satu minggu aktiviti full

Solehah Shamsuddin said...

@Cinta Misteri hehe lagu raya je yg solehah mampu... :)

Chic Na said...

bestnya makan makanan arab. cik na suka makanan arab. ;)

Cik Ai said...

jauhnya kalo nk g mencuba mknan arab tu :)

owh baju raya wana ungu eh?tahun ni ramai lah pakai ungu..asal pergi beraya ja mesti nmpk wana ungu tau :)

Unknown said...

wahh mcm2 ada kat kedai berkat madinah tu...mmg berkat la kalo membeli belah ye dak? hihihi