Assalamualaikum.
Siapa di sini yang ingin menambahkan kenalan? Entri ini akan saya cadangkan beberapa orang yang saya rasa layak untuk korang jadikan kawan kerana mereka semua ini tidak sombong, malahan peramah lagi. Kepada sesiapa yang teringin berkawan dengan artis dan personaliti Malaysia, bolehlah baca entri ini ye. Semoga korang dapat hubungkan hubungan silaturrahim bersama mereka.
Beliau merupakan pengacara rancangan Apa Kata Wanita dan CEO Zarra. Saya sangat kagum dengan beliau. Boleh dikatakan setiap kali rancangan beliau akan saya tonton. Kak Zamzarina ini tidak sombong, malahan sentiasa sedia kongsikan tips kepada kita.
Dulu saya selalu sembang dengan Ainan, tapi sejak dia menjadi artis ini dia agak sibuk. Dia bukan sombong, tapi dia hanya sibuk. Korang mestilah paham ye jika dia susah nak reply komen korang. Ainan suka Hello Kitty. Kepada peminat tegar Hello Kitty, bolehlah add Ainan.
Subhanallah, baru tahun lepas saya add ustazah ini tapi terasa macam bertahun kenal ustazah. Baik sungguh ustazah. Yang penting, dia tidak jemu untuk chatting dengan sesiapa yang berkenalan rapat dengannya. Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada ustazah sekeluarga.
- Chef Ammar Al-Ali (TV Al-Hijrah)
- Zahariz Khuzaimah (TV Al-Hijrah)
- Shahriah Abdullah (Masterchef Malaysia)
Agak jarang untuk saya chatting dengan si kembar ini kerana mereka lelaki. Lagipun diorang agak dikenali, jadi rasanya lebih baik saya hanya mengikuti muzik mereka sahaja. Kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengannya, apa salahnya.
Yang penting, mereka memang sempoi. Sebenarnya ramai lagi yang saya berkawan, tetapi yang saya update ini yang saya rapat sahaja. Jangan lupa add mereka ye. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.
2 sweet comments:
Ally Iskandar pun best jg.. hr tu jumpa memang sporting gilerrrrrrrr... Nampak banyak huruf r tu.. Maksudnya sporting tahap dewa sampai x ble diluahkan dengan kata2 tahap sporting tu.. :)
ramai jugak kawan yg terkenal...
Post a Comment