Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, penyanyi popular Shila Amzah telah mengambil keputusan untuk memakai tudung. Menurut laporan daripada sebuah blog hiburan tempatan, Shila atau nama sebenarnya Nur Shila Amir Amzah mengakui bahawa dirinya telah 'berhijrah' dan akan terus mengekalkan imej bertudung.
"Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyaAllah Shila akan terus bertudung,"katanya yang memberitahu gambar-gambarnya bertudung yang banyak dimuat naik di laman sosialnya itu adalah imej terkininya dan bukan hanya saja-saja untuk bertudung.
Penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila para peminatnya menyokong dan mendoakannya supaya dia terus mengekalkan imej bertudung. Sementara itu, ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Sharnaaz Ahmad serta niat untuk berkahwin, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tiga Suara' itu mengambil keputusan untuk tidak mahu mengulas lebih lanjut.
"Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal ini. Shila rasa soal perkahwinan tu eloklah ditanya pada Sharnaaz,"ujar Shila.
Sumber : Yahoo Malaysia
5 sweet comments:
Alhamdulillah..perubahan yg baik.. :)
alhammmmdulilahh makin lawa laaa!! huhuhu
Alhamdulillah.. moga beliau istiqamah :)
moga berterusan. makin comel dia bertudung.
Alhamdulillah..perubahan yg baik.. dah ramai artis pakai tudung..
Post a Comment