Lazada Malaysia

Monday, March 19, 2012

Home » Vit E Sofgel Collagen memang terbaik!!!

Vit E Sofgel Collagen memang terbaik!!!

Assalamualaikum dan hai semua.





picture credit to : Cik Yaya

Yeayy! Seperti yang saya janjikan pada Cik Yaya nak bagi testimoni selepas menggunakan Vit E Sofgel, meh kita tengok apa yang saya dapat rasai.

Saya ni bukan pengguna tegar Vit E Sofgel, tapi oleh kerana saya sudah menang satu contest yang dianjurkan oleh Cik Yaya, jadi saya diberi percubaan untuk mencuba Vit E Sofgel Collagen yang telah saya dapat. Mula-mula memang saya terkejut juga dengan perubahan kulit muka saya. Daripada kulit muka yang kasar dulu ia menjadi semakin licin(smooth), muka yang berminyak kemudian menjadi kulit yang biasa(normal) dan kulit muka saya sekarang semakin cerah(radiance). Ada satu ketika saat saya tak oleskan muka dengan sebarang alat mekap, kawan saya tegur dan bertanyakan jenis alat mekap yang saya pakai pada ketika itu. Saya cuma jawab, saya tak pakai apa-apa jenis mekap ketika tu tapi baru-baru ini saya makan 10 kapsul Vit E Sofgel Collagen yang saya menang dari satu contest yang dibuat oleh Cik Yaya. Dengan muka gembira, saya tersenyum seorang diri sebab ada yang puji dengan perubahan kulit muka saya. Saya harap suatu hari nanti kawan saya akan mencuba Vit E Sofgel Collagen ini juga.

*Cik Yaya, tq sebab bagi saya mencuba produk ni.*
Vit E Sofgel Collagen memang terbaik!