Monday, June 30, 2014

Makan Malam Di SABA Restaurant, Cyberjaya

Tarikh : 14 Jun 2014


Alamat

4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor.

No.Telefon

03-8320 2544

Laman Web


Selepas kami menaiki cruise pada hari yang sama, kami solat jamak dulu dan kemudian kami singgah di sini pula. Akhirnya tertunai juga impian saya untuk singgah makan ke Saba Restaurant di Cyberjaya. Sebelum masuk ke restoran ini, kami kena ambil tempahan nombor meja terlebih dulu. Ini kerana pelanggan restoran ini terlalu ramai dan kena ambil turn. Nasiblah masa kami datang ketika ini pelanggannya tidak terlalu ramai, jadi sekejap saje kami tunggu.

Kami order Nasi Kabsah Lamb dan Adani Tea Cup. Semenjak kami pernah cuba air teh Adani, kami selalu order air ini ketika mengunjungi di mana-mana restoran arab. Sedap. Korang pun boleh cuba nanti ye.

Rating yang saya boleh bagi untuk restoran ini ialah 5 bintang.

Sunday, June 29, 2014

WATCH MALAYSIA

Assalamualaikum.

Siapa di sini yang tercari-cari jam yang cantik, berkualiti dan harga berpatutan? Seutas jam tangan yang berkualiti dengan tawaran harga yang berpatutan merupakan suatu proses yang kadangkala merumitkan. Ini kerana, kebanyakkan jam yang berkualiti rata-rata ditawarkan dengan harga yang boleh mencecah sehingga ribuan ringgit Malaysia. Jam tangan juga bukan hanya berfungsi sebagai penunjuk masa tetapi sebagai aksesori terpenting yang mampu menonjolkan personaliti dan latar belakang seseorang individu.



Berita baik buat semua yang mendambakan seutas jam tangan yang berkualiti dengan tawaran harga serendah RM100 dan ke bawah, ZALORA Malaysia adalah destinasi fesyen yang tepat untuk anda. ZALORA membawakan ‘The Cheapest Watches’ daripada jenama-jenama tempatan dan antarabangsa dengan tawaran harga yang anda mampu milik.


Pelbagai jenis paparan jam tangan seperti analogue watch, chronograph watch dan digital watch. Selain itu, jam tangan juga dikategorikan berdasarkan jenis tali seperti bertali kulit, bertalit PVC atau bertali besi. Setiap jenis jam tangan ini boleh anda miliki dengan tawaran harga serendah RM 100 dan ke bawah apabila anda membuat pembelian secara online bersama ZALORA Malaysia. 


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, rebut peluang ini untuk memiliki seutas jam tangan online daripada ZALORA Malaysia. Sambutan Hari Raya anda pastinya bertambah meriah dengan pemakaian jam tangan yang terkini sebagai aksesori anda.



Dengan beberapa langkah mudah, segalanya boleh anda miliki dengan mudah dan pantas. Hanya layari laman web ZALORA Malaysia dan temui pelbagai koleksi jam tangan online yang terkini dengan harga yang amat berpatutan. ZALORA Malaysia merupakan butik online anda yang menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma dan juga perkhidmatan pemulangan semula secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.

KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN JAM TANGAN ZALORA : WATCH MALAYSIA
SELAMAT MEMBELI-BELAH DI ZALORA MALAYSIA

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1435 Hijrah


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Segala puji bagi Allah, bulan Ramadhan yang mulia ini muncul kembali pada tahun ini.

.اهلا وسهلا يا رمضان , شكرا جزيلا لدخل الى هذه السنة 



Kelebihan Bulan Ramadhan
Sumber : Facebook

‎1. Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka.

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7. Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun).

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

Saturday, June 28, 2014

Kenangan Omey Bersama Teh Sebelum Pergi Meninggalkan Kami

Assalamualaikum.

Pasti korang tahu yang semalam kucing saya Omey dah mati dan meninggalkan kami sekeluarga. Ya Allah, puas saya tenangkan hati saya semalam untuk tidak menangis tetapi akhirnya mengalir juga airmata saya bila teringat kembali kenangan bersama Omey. Saya rindukan kenangan bersama Omey dulu. Terasa singkat sungguh masa ini sehinggakan tidak menyedari yang Allah telah mengambil nyawa Omey. Terima kasih ya Allah kerana memberikan Omey buat kami sekeluarga ceria selalu setiap hari. Sejujurnya kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kenangan bersama Omey buat selamanya.


Omey


Omey & Teh


Teh & Omey



Omey

Aktiviti Pemberian Makanan - Teh & Omey






Teh & Omey merupakan adik-beradik. Jadi, mereka berkawan sejak mereka dilahirkan lagi. Mereka selalu makan sebekas bersama, bermain bersama, bergaduh bersama dan semuanya bersama-sama. Kini Omey pergi meninggalkan semua kenangan itu.



Sehingga sekarang masih bergenang airmata saya bila mengenangkan semua. Tubuh Omey sudah tidak bergerak sekitar pukul 3 petang semalam dalam suasana hujan yang bagaikan menangisi semuanya. Kami masih tidak pasti apa punca Omey mati tapi saya syak kemungkinan Omey terkena bisa ular kerana hanya bahagian matanya saje yang luka dan air badannya keluar busuk serta Omey hanya mampu bertahan hidup dalam seminggu saje. Allahuakbar, ini kali kedua kucing saya mati terkena bisa ular. Dan pastinya, sekarang hanya Teh saje yang ada bersama kami. Kenangan bersama Omey tetap terpahat dalam ingatan.

Al Warith Restaurant, Kuala Kangsar, Perak

Al Warith Restaurant
(Berhadapan BASEMENT KITCHEN CAFE AND BAKERY SHOP)

Original Arabian Food
Menerima Tempahan & Catering
010-2567675

Monday to Sunday
12.00 p.m - 12.00 a.m

Menu such as : Kabsah Lamb Rice (RM 26), Kabsah Chicken Rice, Adani Tea Cup, etc.

Cruise Tasik Putrajaya

Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Jeti Putra, Jambatan Putra Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu : Setiap hari (10.oo pagi-7.00 petang)
Laman Web : Cruise Tasik Putrajaya

Selepas penat berjalan di Floria Putrajaya, pada hari yang sama juga kami berkesempatan untuk menaiki cruise mengelilingi tasik Putrajaya. Subhanallah tidak tergambar betapa gembiranya hati saya. Disebabkan kami boleh buat solat jamak, kami bersetuju untuk menaiki cruise ini. Maklumlah peluang hanya sekali seumur hidup. Dan ini pertama kali kami menaiki cruise. Kami ambil tiket pada pukul 7.30 malam. Harga tiket boleh tengok di SINI. Masa mengelilingi tasik Putrajaya adalah 45 minit. Apa kata jom tengok gambar di bawah pula. Gambar ini saya sempat rakam ketika duduk di luar cruise.







Ingatkan nak duduk di bahagian atas cruise, tapi dah penuhla pula. Jadi kami duduk di bahagian bawah sajelah. Tetapi saya duduk di bahagian luar depan, boleh merasai angin bertiup dengan menikmati pemandangan malam Tasik Putrajaya. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang mabuk laut. Kepada yang mabuk laut tu, saya syorkan janganlah korang duduk di bahagian depan ataupun atas cruise. Duduk sajelah di dalam cruise tu ye. Bukan apa, cruise ni laju. Nanti korang pening, susah pula driver cruise ni nak berhenti. Apapun, pengalaman ketika di sini sangatlah best. Tak sia-sia saya pergi ke sini. Terima kasih mama kerana belanja tiket untuk kakak dan adik.

Thursday, June 26, 2014

Floria Putrajaya 2014

Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Perkarangan Presint 4, Putrajaya

Baru kali ini saya berkesempatan untuk post gambar ini ketika di Floria Putrajaya pada tahun ini. Bukan apa, sebelum ini gambar travel saya dan famili masih berderet untuk diupload. Maklumlah musim cuti sekolah katakan. Berbalik pada Floria Putrajaya, yuran masuk ke sini yang dikenakan pada tahun ini adalah RM 3 (dewasa) dan RM 1 (kanak-kanak). Walaupun berbayar, ianya berbaloi bagi saya kerana apa yang disediakan pada tahun ini lebih hebat berbanding pada tahun lepas. Terima kasih kepada pihak Floria kerana menambahbaik mutu Floria pada tahun ini. Jom tengok gambar-gambar di bawah yang sempat dirakam oleh lensa Sony Cybershot saya ini.


























































Sebenarnya bukan ini sahaja gambar yang saya rakam, tetapi masih ada banyak lagi. Boleh tengok di album Floria 2014. Semoga tahun depan, saya dapat pergi lagi ke sini. Biiznillah. Siapa yang datang ke sini juga? Komenlah sini ye :)